Maaf, aku hanya mampu copy and taste..lebih kepada simpanan rujukan sendiri sebagai satu fakta yang hampir tulin. Maklumat terbaru ini adalah antara ratusan bukti dan keraguan mengesahkan kredibiliti najib memang tahap .......sendiri fikir. camner nak respek..
Jika ahli umno ingin mengekalkannya untuk jawatan Presiden mereka atas dasar sudah tiada yang lebih baik dalam umno dari najib - kita hormati sahaja pendirian itu.
Tetapi itu bukanlah noktah kerana sebagai PM, Najib terbuka kepada tindakbalas rakyat..
Semalam blogger Otai Rocky Bru telah menulis satu entri mengenai Unit
Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang agak panas juga.
Tajuknya saja menunjukkan, sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik angin.
Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin
lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi
taklimat media di Kementerian Kewangan.
Para blogger diminta memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian
berkenaan program rasionalisasi subsidi, pembentangan Bajet 2014 dan
juga beberapa polisi.
Blogger yang hadir diminta memberikan maklumbalas berkenaan melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Selesai taklimat, blogger terus memulakan tugas diamanahkan. Maklumbalas
para blogger ialah, langkah rasionalisasi subsidi tidak akan berjaya
jika kerajaan berterusan membazirkan wang.
Pegawai Rasmi : Membazir ke atas apa?
Blogger : Saya boleh sertakan senarai 100 perkara ketika ini yang kerajaan sedang membazir wang.
Pegawai Rasmi : Seperti apa?
Blogger : Seperti membayar gaji yang tinggi kepada pakar rujuk atau konsultan yang tidak penting dan tidak diperlukan.
LANCAR SERANGAN KE ATAS PEMANDU
Menurut entri Rocky, PEMANDU kini dipandang sinis oleh para blogger
pro-kerajaan. Menurut beliau, beberapa anggota kabinet Najib turut
mengesyaki sesuatu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Idris Jala yang diamanahkan untuk memimpin PEMANDU.
Perbandingan pun mula berlaku di antara PEMANDU dan juga Unit Perancang
Ekonomi (EPU) yang lebih berkesan di Jabatan Perdana Menteri yang telah
berhasil memberikan kesan positif kepada ekonomi negara berbanding
membelanjakan jutaan ringgit kepada pakar rujuk.
Rocky turut menampilkan beberapa entri serangan blogger pro-kerajaan kepada PEMANDU ini dan isunya sekali.
Antaranya ialah tulisan Syed Akbar Ali melalui blognya
syedoutsidethebox.blogspot.com yang menulis PEMANDU memiliki beberapa
orang pegawai yang akan mengagalkan perancangan Najib dalam mentadbir
negara.
SENARAI PEGAWAI KANAN DALAM PEMANDU
Entri beliau pada 29 Ogos mengatakan beliau menerima satu email pada
awal pagi itu yang disertakan dengan senarai pegawai-pegawai kanan di
PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran Perdana Menteri.
Menurut email yang diterimanya, para individu itu masih muda tetapi
diberikan jawatan tinggi di PEMANDU dan menurut pengirim email di laman
blog Syed Akbar, ada di antara pegawai di PEMANDU juga adalah penyokong
BERSIH.
Pengirim email turut memberikan senarai 17 kakitangan PEMANDU dengan
sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa India dan Melayu cuma
enam orang.
Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di sebuah jabatan yang sensitif
di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa Melayu menjadikan populasi
hampir 60 peratus hanya boleh melantik enam orang Melayu di dalam
PEMANDU.
Rocky turut berkongsi entri tulisan blog The Benchmark pada 3 September
lepas yang mempersoalkan integriti salah seorang pegawai di dalam
PEMANDU.
KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN?
Individu dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU
beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan
Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan
bertugas di Zaid Ibrahim & Co.
Menurut The Benchmark, Farah merupakan lulusan Universiti Islam
Antarabangsa (UIA). Beliau tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting
dalam PEMANDU. Farah menguruskan program berkaitan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi
pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Farah jika mahu boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka.
The Benchmark menulis, Farah suka berparti dan juga memiliki tabiat
meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang
dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar
sebagai ‘Party Queen’ di PEMANDU.
Hubungan Farah dengan beberapa lelaki warga asing menjadikan beliau
sasaran kuasa asing dan beliau mungkin akan diugut sehingga terpaksa
mendedahkan maklumat sulit negara ke tangan pihak asing.
Farah menurut entri itu adalah satu ancaman keselamatan, gaya hidup
mewah serta tabiat minum araknya adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk
tugasnya di Jabatan Perdana Menteri.
The Benchmark mendesak pihak Najib atas nama kepentingan negara
mengugurkan Farah dan juga beberapa nama lain yang didakwa merosakkan
PEMANDU daripada terus menjawat jawatan.
Ada lagi beberapa entri yang dilihat mengkritik PEMANDU kerana dikatakan
lebih berharap kepada pakar rujuk sehingga terpaksa membelanjakan
berjuta-juta ringgit sehingga ada satu pakar rujuk ditunjukkan dibayar
hampir RM36 juta.
Pihak Jabatan Perdana Menteri dan PEMANDU diminta mengambil perhatian
serius ke atas isu ini kerana luahan dan ketidakpuasan hati diluahkan
oleh blogger adalah datangnya dari mereka yang pro-kerajaan sendiri.
Sumber Mynewshub.my
http://kedahkekl.blogspot.com/2013/09/hot-pemandu-najib-mabuk-punca-negara.html