Build credibility, expand your network hotline 0196655181
Saturday, September 7, 2013
Melayu tak perlukan UMNO di bandar..
AIDCNews – 05/09/13 – Pengerusi DAP, Karpal Singh menyokong sebarang usaha membawa semula bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.
Karpal dilaporkan FMT berkata Kerajaan Malaysia tidak perlu berkeras dalam pendirian lamanya yang melarang kepulangan Chin Peng ke negara ini.
Beliau berkata begitu ketika mengulas cadangan bekas Timbalan Pengarah cawangan khas, Yuen Yuet Leng yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM yang lain kembali semula ke Malaysia.
“Masanya telah tiba untuk kerajaan menjadi pragmatik dan belas kasihan serta untuk melihat nasib seorang warga emas,” kata Karpal.
Karpal juga percaya bahawa keturunan rakyat Malaysia terbunuh semasa pemberontakan komunis boleh memaafkan kejadian lampau itu.
“Komunis telah meletakkan senjata 24 tahun lalu dan ini adalah sebab yang baik untuk kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng dan rakan-rakannya kembali ke negara ini pada tahun-tahun senja kehidupan mereka,” kata Karpal lagi.
Gesaan Karpal itu pernah dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Maklumat lanjut cari sendiri.. Dah malas nak tulis panjang²...tulis panjang stau pendek memang dah tentu PH pilihan rakyat, a...
-
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...
-
Klik TERKINI APA SUDAH JADI.. # orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo.. .. POSTING ASAL Kenapa pemban...
Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali..
ReplyDeleteMelayu ini sabar nya tak bertempat,melenting nya tak menentu...
Cukup lah kita diperkotak katik kan oleh orang bukan melayu..
Tak payah lah nak layan agenda mereka..
Kalau mereka berkuasa esok mereka boleh laksana kan agenda samada orang melayu suka atau tidak bukan lagi lasan.