Wednesday, September 25, 2013

Wow !!! Lokman Adam nak ganyang siapa...



Kenyataan Media:

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.


Namun, apa yang menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.


Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.


Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.


Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.


Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.


Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.


Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia
16/9/2013

Tulisan yang dihijaukan itu - aku macam pernah selalu baca...oooooooo Menteri kita yang hebat - Mudin 
- Di mana Lokman dan Pemuda dalam isu "kalimah Allah"

Najib makin telus..

Saya mahu jadikan rasuah perkara berlalu dan bukan amalan masa depan bagi malaysia dng mengubah budaya organisasi dan perniagaan - najib, san fransisco

1. Kenapa tiba-tiba
2. Kenapa diluar negara
3. Perkara berlalu = dimaafkan? Tiada tindakan? Dilupakan?
4. Mengubah budaya - mulakan dng apa? Batalkan brim? Pertandingan Ketua Pemuda? No more kroni?
 Dan saolan terakhir...
5. Berapa pula peruntukan yg kerajaan akan belanjakan untuk kempen ini???

Dan paling akhir
6. Berani berubah?

7. Siapa yg akan percaya? Persepsi rakyat terhadap Najib dan UMNO

8. Apakah bersyarat:  bergantung kpd kerjasama rakyat, jika gagal, rakyatlah yg gagalkan.

Kesimpulan: baliklah ke Malaysia dng segera, bentangkan kertas kerja di parlimen, mulakan dng pengistiharan harta masing2. Rasuah di kalangan anda, di kalangan pemimpin bukan boleh dibenteras dengan sebaris dua ayat dan sekali lafaz. Dan ini bukan janji pertama PM - malah janji setiap PM..

Tuesday, September 24, 2013

Mahathir double standard..

Peranan tidak rasmi tingkat 4 era Paklah 
VS 
peranan rasmi Omar Ong & Gang era Najib



TDM diam - double standard ?

Najib sedia dikritik.. tetapi

Najib sedia dikritik...tetapi jangan hanya kritik kosong, mesti ada cadangan balas..
Benarkah Najib terbuka dengan kritikan...
sudah pasti sebahagian besar yang mengkritik Najib mempunyai beberapa cadangan...
hatta blogger cabuk pun tahu memberi cadangan...cadangan percuma, tak perlu ada komisyen pun..

Persaolannya, sejauh mana Najib sedia mendengar cadangan..
Sejauh mana mahu melaksanakan jika bukan selari dengan selera dengan Penasihat-Penasihatnya ?

 Najib sedia dikritik tetapi dalam masa yang sama dia meminta rakyat jangan percayakan si pengkritik ??? macamana tu, tak faham aku dibuatnya...
 
"Orang seperti ini akan mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara," kata Najib dalam satu majlis makan malam yang dihadiri pelajar dan rakyat Malaysia, di Hotel Grand Hyatt San Francisco di sini semalam.
"Kita tidak kisah akan kritikan itu, tetapi jangan percayakan mereka,"

.......

Sebahagiannya pula berpandangan seperti berikut:

Kegagalan Barisan Nasional mencapai kemenangan yang memberangsangkan pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu adalah kerana strategi yang silap oleh penasihat Perdana Menteri dan peranan media arus perdana, kata pemimpin veteran Umno Tan Sri Zainuddin Maidin.

Kata Zainuddin yang juga adalah bekas Menteri Penerangan semasa kempen pilihan raya itu, Datuk Seri Najib Razak ditunjukan minum makan bersama rakyat, tetapi pada hakikatnya rakyat tidak pernah terserempak dengan perdana menteri Najib di tempat-tempat seumpama itu.

"Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di kafe di kedai mamak dan sebagainya.

"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini," katanya melalui tulisan di blognya.

Menurut Zainuddin, lebih luar biasa apabila hakikatnya, Najib sentiasa dilihat diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi.

Keadaan itu katanya hanya menunjukkan satu kepura-puraan.

http://kelapamawar.blogspot.com

Monday, September 23, 2013

Mahathir tidak disekat sebagai perwakilan




KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dihalang untuk bertanding bagi menjadi perwakilan Umno ke perhimpunan agung parti itu November ini.

Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata mana-mana anggota Umno termasuk bekas Perdana Menteri itu bebas menawarkan diri untuk dicalonkan dan bertanding di peringkat bahagian tersebut untuk menjadi perwakilannya.

"Tetapi sama ada Dr Mahathir akan dipilih atau tidak sebagai perwakilan ke Kuala Lumpur terpulanglah kepada anggota perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu," kata beliau kepada Bernama hari ini.
Persidangan Umno Bahagian Kubang Pasu akan berlangsung pada 9 September ini.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau mendapat tahu sudah ada desas-desus mengatakan Dr Mahathir akan cuba disekat daripada bertanding menjadi perwakilan bahagian itu ke perhimpunan agung parti tersebut.

Beliau menegaskan perkara itu tidak benar kerana Umno tidak melarang mana-mana pun anggotanya daripada bertanding apa-apa jawatan selagi ahli Umno itu memenuhi syarat dan tidak melanggar peraturan-peraturan parti.

"Walaupun itu merupakan hak Dr Mahathir sebagai anggota, tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno selama 60 tahun seorang bekas presiden parti dan bekas Perdana Menteri hendak bertanding menjadi perwakilan ke perhimpunan agung parti," katanya.

Menurutnya, kebiasaannya bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden parti akan dijemput ke perhimpunan agung sebagai tetamu khas.

Ditanya jika Dr Mahathir yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu itu memenangi pertandingan sebagai perwakilan dan ingin berucap pada perhimpunan agung tersebut, Mohd Johari berkata soal hendak berucap di Kuala Lumpur pula terletak pada keputusan Perhubungan Umno Negeri Kedah dan bukannya beliau.

Dr Mahathir dilaporkan berhasrat untuk menjadi perwakilan ke perhimpunan agung Umno akan datang bagi menyuarakan pandangan beliau mengenai kerajaan sekarang yang diterajui oleh Umno. BERNAMA
Khamis Ogos 24, 2006

Chin peng mahu pemujanya memahami satu perkara..

Apabila kerajaan memberi peluang untuk cin peng kembali ke malaysia dalam perjanjian hatyai atas persepsi dan andaian dia rakyat Malaysia, mendiang gagal memberi bukti atas hak kerakyatannya malah tidak memberi sebarang maklumbalas kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Mendiang sangat kecewa atas kegagalannya dalam perjuangan untuk mengkomuniskan Malaysia dan sekaligus tidak senang dengan kemerdekaan negara ini. Oleh itu usaha chin peng tidak terhenti di situ sahaja, fahaman komunisnya masih menular dan meresapi beberapa individu dan kumpulan yang kini 'cara pemikiran' itu telah di anuti oleh parti tertentu dengan menyimpan rasa benci yang amat sangat kepada bangsa yang mempertahankan tanah air ini dari jatuh ke tangan fahamannya.

Sebagai penghargaan atas sumbangan chin peng,  Malaysia telah mengiktirafnya bukan sahaja komunis tetapi pengganas dan melabelkannya tiada maaf bagi kamu seumur hidup - satu anugerah tertinggi.

Cin peng sendiri sedar dia tidak akan selamat untuk tinggal di malaysia kerana ribuan waris mangsa yang dibunuh dan dicederakannya pasti setiap saat menunggu kepulangannya mal;ah ancaman akan turut melibatkan kelak seluruh keluarga dan kenalannya.

Bagi Chin Peng biarlah dia mati secara lebih terhormat, mati sakit tua dan mati di tempat yang lebih aman untuk dirinya dari mati di tangan waris mangsanya dan mati secara hina.

Walau bagaimanapun pernah dilaporkan chin peng ada memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang terlibat. Permohonan maafnya diterima dengan tidak memafkannya kerana kekejaman yang dilakukan terlalu melampau.

Tidak memaafkan datangnya lebih dari pihak waaris si mangsa warganegara Malaysia dan kerajaan perlu menghormati pendirian tersebut. Sudah tentu tidak memaafkan seseorang seperti chin peng bukanlah satu bebanan kesalahan atau dosa !~! Kenapa pula segelintir manusia yang berkepentingan dan bukan waris mangsa mahu menyalahkan pihak yang tidak memaafkan chin peng ?

Hari ini apabila chin peng sudah jadi mayat di tempat pilihannya dan mengikut undang2 antarabangsa tidak menjadi hak untuk mayatnya dibawa pulang ke Malaysia. Segelintir puaknya telah mempertikaikan malah mereka bercadang untuk membawa pulang abu mayat chin peng tanpa mengambilkira pandangan pewaris mangsa yang masih hidup. Jika benar pun mereka sayangkan seorang bekas komunis dan pengganas maka penghormatan sepatutnya sejajar dengan kehendak chin peng iaitu mati di tempat pilihannya.

Tentu mendiang chin peng berpuas hati atas tempat pilihan kematiannya tetapi merasa sedih pula melihat kebodohan dan kegilaan sebahagian puak yang mahu membawa pulang abu mayatnya sedangkan chin peng sendiri sudah tidak mahu mengenang lagi sejarah pahitnya.

Ini idea bangkok ke? lawatan Selangor

Yang baik kena habaq baik..

Sampingannya: Exco mungkin boleh mendapatkan maklumat dan pengalaman sendiri bagaimana 'air' diuruskan dengan baik oleh Thai hingga menjadi tarikan dunia pelancongan. Kelak idea ini boleh menyelesaikan isu air selangor sekaligus?



SUBANG JAYA 23 SEPT : Seramai kira-kira 21,766 Kakitangan Awam Selangor bakal menerima manfaat daripada rebat pengangkutan awam yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam terutama Terminal Bas di Seksyen 1, Shah Alam dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Seksyen 19, Shah Alam ke Bangunan SUK di bawah Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Katanya, insentif itu akan membabitkan kakitangan awam di Bangunan SUK dan akan diperluaskan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Kita merancang untuk memberi insentif ini kepada kakitangan awam negeri supaya penggunaan kenderaan dapat dikurangkan.
“Disamping itu, kita juga dapat membantu menaikkan ekonomi syarikat-syarikat pengendalian bas yang tidak lagi mendapat keuntungan ketika ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett.
Insentif rebat pengangkutan awam kepada kakitangan awam itu termasuk dalam tujuh perlaksanaan Manifesto Pilihanraya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat  menerusi Pelan Tindakan Lima Tahun.

6ANGKA