Tuesday, December 3, 2013

Mahathir Kena Akur.... anwar lebih power

beza anwar dengan mahathir sangat ketara.

anwar bertaraf penasihat kpd parti pkr tanpa peruntukan undang2 parti tetapi mempunyai segala kuasa dan keputusan....menjadikan anwar rasa muda, bebas, ceria, terus hidup, power dan bertenaga...

mahathir bertaraf penasihat kpd petronas sebuah gedung 'black gold' tetapi 'power' elek.... menjadikan mahathir useless dan komplikasi jantung...letak jawatan !

najib minta Tun fikir semula!!!??? 
ada akal ke tidak najib ni, atau sekadar bermanis mulut.., 

parti berteraskan melayu dan Islam sudah berkubur

DAP tidak jadi parti rakyat, terus kekal jadi parti cina untuk cina demi cina dan boleh terus hidup di mana sahaja di dunia asalkan ada cina di situ. Semua bangsa di dunia memerlukan bangsa cina untuk maju...

PKR adalah parti rakyat sebenar, di dalamnya berbilang bangsa dan ugama serta budaya, semua ahli dan rakyatnya diminta menjaga dan memperjuangkan jatuh bangun ketuanya, anwar.

PAS sudah melucutkan perjuangan asal, akidahnya kebajikan, PAS for all? - patutlah semua dah boleh...

MCA - support DAP

MIC - melayu kiri, cina kanan... india di tengah2 - makan keliling

UMNO - public listed

Ustaz kazim sahut cabaran nik aziz?

Ustaz kazim sudah main politik - mengistiharkan diri keluar dari pas selari dan menyahut cabaran nik aziz - pendakwah mesti ada pendirian politik, jika tidak dia akan dimakan serigala.

Perhimpunan agung gah di kalangan perwakilan yg ditemuramah media kononnya umno memartabatkan Islam dengan memasukkan ulama dlm majlis tertinggi, itu dimaksudkan dng ustaz kazim.

Dalam pas sendiri, bukan sedikit ulama, bersepah - pun akhirnya diketepi dan dipinggirkan oleh mat sabu, husam dan sekutunya - pro anwar.

Baik umno atau pas, baik nik aziz atau najib - mereka adalah pemain politik yg licik, tetapi sepandai tupai melompat, nik aziz dah tersungkur, najib bila?

Sunday, December 1, 2013

UMNO cuba berjubah

kemaskini:

-ustaz kazim tidak bersalah langsung dlm hal ni, dia tersepit dengan mainan poliik umno, awal2 lagi kazim dah 'kena'.
-masa anwar dilantik, kurang2 ia serah borang masuk umno, lepas tu baru dilantik - kenapa najib gelojoh al desperate sangat, bingai ke penasihat2 dia - ustaz kazim masih ahli pas?
-ahli umno yg sedia ada, ilmu ugama lebih tinggi dari ustaz kazim kenapa tidak dilantik, umno cari dan nak tumpang popular atau nak Islam?
.....................

asal:

umno mcm terasa mereka sangat Islam sekadar najib mempelawa ustaz kazim sebagai ahli majlis kerja tertinggi umno. seolah umno tidak pernah 'berlakon' sebelum ini dengan memasukkan beberapa nama ustaz. entah di mana silapnya selepas beberapa tahun diproses dalam umno, ustaz2 dan ustazah ini akhirnya keluar bagai 'hampas kelapa' untuk makanan itik (kembali ke kaca tv untuk cari makan) atau sesetengahnya lenyap begitu sahaja.

ustaz kazim tidak boleh lari dari proses yg sama, paling lantang setahun, selepas itu ia sekadar jadi tukang baca doa luar biasa. hanya jika ustaz kazim seorang yg cerdik dia akan menolak pelawaan umno atau meletakan jawatan sebaik shj dia sedar umno mengelirukan.

UMNO melalui kerajaan atau ngo kroninya sedang memperkuatkan diri secara kosmetik, seluruh makhluk walaupun dulunya dajjal dan musuhnya akan dilantik untuk mengisi apa juga jawatan di mana yg termampu untuk 'memperlahankan' dan menjinakkan mereka, paling baik kalau mereka mampu terus didiamkan.

yang baik, yang setia, yg boleh diperbodohkan tidak akan mendapat apa2 tempat, mereka boleh terus menghambakan diri kpd parti dan kerajaan sampai mampus.

Saturday, November 30, 2013

Jalan Keluar Untuk Mukhriz Sudah Ditunjukkan...

-Disingkirkan secara terancang dng tewas sebagai calon ketua pemuda
-Cuba disingkirkan untuk dikalahkan sebagai calon pru di kubu kuat pas
-Disingkirkan secara terang-terangan dengan tewas sebagai calon naib presiden umno yg tidak direstui
-Hilang kewibawaan apabila calon umno tewas di prk sg limau dng muhyiddin sengaja memgutamakan cina - sesuatu yg bertentangan dng pendirian mukhriz.
-Disingkirkan secara niat menghalang dan menghilangkan pengaruh dng tidak dilantik sebagai ahli majlis kerja tertinggi

Mukhriz harus waspada - dia mampu tersingkir dari jawatan mb kedah dlm pelbagai cara bila-bila masa kerana semboyan telah dibunyikan menunjuk jalan keluar kpdnya...

Kesilapan mukhriz:
Anak kpd mahathir
Cuba berbaik dengan pas
Pernah warning paklah...bererti dia juga mampu warning sesiapa shj di masa hadapan.

Musuh tradisi, musuh baru, penakut bayang2 dan pengidam.pengidamnya akan bersatu hati - tak lama....

dunia kiamat kalau malaysia warning singapura !

isu dakwaan intipan singapura ke atas malaysia...


Friday, November 29, 2013

rakyat kena faham tentang politik pembohongan yg berterusan


selepas pru13 - apa yg rakyat jangkakan?
janji ditepati?
perjuangan untuk rakyat?
menegakkan Islam?
hudud dilaksanakan?
perpaduan?
keistimewaan orang melayu?
pemimpin parti bercakap benar?
najib dengar rintihan rakyat?
anwar jadi cikgu private?
lim guan eng anti-rasis?
dap bersih rasuah?
karpal telus?
nik aziz insaf?
keutamaan membantu melayu?
pembaziran diharamkan?
rasuah dihapuskan?
tidak ada lakonan?
jet peribadi disimpan?
biasiswa ditambah untuk pelajar melayu?
harga barang turun?
harga petrol turun?
kadar air dan letrik turun?
potongan gaji exco, menteri?
penjimatan kerajaan berbelanja?
perlantikan menteri berwibawa?
program menjutakan usahawan melayu?
...
....
untuk terus memimpikan rakyat...semua pemimpin parti politik sedang berusaha keras !

Terkini dan kini

  P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...