Sebagai menteri yg bertanggungjawab berhubung ugama Islam sikap jamil khir mempertahankan jais sangat kena pada masa dan tempatnya ketika banyak pihak mengambil sikap malu dan takut utk mempertahankan jais tanpa mengetahui duduk perkara sebenar. Sekadar bermaklumat dari sumber yg tidak sah.
Sudah sampai masanya semua pihak terutama pemimpin kerajaan menggunakan akal bila membuat kenyataan dan hendaklah merujuk dan menyerahkan kpd jabatan. Kementerian dan menteri yg relevan utk menjawab. Ini bukan isu politik yg suka mak bapak dia utk campurtangan semborono.
Apa yg puak kapir tahu tentang Islam untuk campurtangan sdg kan mereka sendiri tunggang langgang dlm ugama mereka sendiri.
Apa yg pemimpin Islam komen sekadar prasangka dng merujuk kpd media zionis yg memang sentiasa menunggu memburukkan imej Islam dan Melayu.
Tahniah kpd jais yg menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut kpd persepsi dan tuduhan liar.
Cuma diharap jais membaiki kesilapan dan kelemahan yg ada kerana ini memberi ruang dan peluang untuk musuh Islam membesarkan isu.
Thursday, June 5, 2014
jangan terlewat mencadangkan kpd najib...menteri mana yg perlu "touch and go"
sebagai PM yg berjiwa rakyat sudah tentu dia sudi mendengar pandangan rakyat, jadi ambillah peluang tersebut untuk mencadangkan sesiapa dlm kabinet sekarang yg patut "go"....anggaplah kontak setahun mereka sudahpun tamat...
bagi yg kehilangan jawatan... sambungkanlah khidmat mereka atas jawatan parti di bahagian atau negeri masing2...2018 lebih penting dan mungkin peluang untuk kekal dicalonkan, dilantik sekali lagi.
Antara yang dicadangkan:
1) Menteri Ayam
3) Menteri Cuti-Cuti-Cuti-Cuti 1Malaysia
2) Menteri Stadium
UMNO adalah pengamal demokrasi tulin sebenar...ini hanya cadangan, so jangan marah k !!!
Gunapakai demokrasi jangan pala boto k !
UMNO adalah pengamal demokrasi tulin sebenar...ini hanya cadangan, so jangan marah k !!!
Gunapakai demokrasi jangan pala boto k !
Lim Kit Siang Terkejut Berok - penat kalah Teluk Intan belum habis....Ada lagi ke Melayu macam ni !!?
Anda mungkin telah menemui teks ini di media lain tetapi sengaja saya copy dan paste sepenuhnya lebih bertujuan kepada simpanan di blog ini, terima kasih.
Teks Ucapan
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kempas
YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
di Dewan Undangan Johor.
1hb Jun 2014/ 2 Sha’ban 1432H
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kempas
YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
di Dewan Undangan Johor.
1hb Jun 2014/ 2 Sha’ban 1432H
Bismillahirahmanir
Rahim.
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Datuk
Speaker,
1. Izinkan saya bagi
pihak rakyat diKempas merakamkan ucapan terima kaseh kami kerana diberi peluang
mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli
Yang Maha Mulia Baginda Sultan di bangunan Sultan Ibrahim tempoh hari.
2. Saya telah hayati
dengan penuh keprihatinan titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku. Ternyata DYMM
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar amat peka dengan situasi negara
khususnya di negeri Johor Darul Taqzim.
3. Anak Johor terus
menjunjung duli bersetia kepada Baginda Sultan.
Datuk Speaker
4. Sejujurnya, saya
mewakili rakyat Johor di bumi Kempas mengucapkan syabas kepada Dato’ Menteri
Besar yang melafazkan ikrar dan janjinya untuk tidak mengizinkan pembinaan
gedung perjudian berupa “casino” di mana-mana tempat di bumi Johor ini.
5. Sebagai rakyat
negeri Johor, kami merasa lega dan amat bersyukur kerana memiliki seorang
Menteri Besar yang kental jiwa raganya untuk tidak merelakan sebarang elemen
kemungkaran berlaku di negeri ini.
6. Namun begitu,
adalah menjadi harapan kita agar lafaz ikrar Datuk Menteri Besar diterjemahkan
secara total, di mana selain tidak mengizinkan pusat perjudian ala casino
dibangunkan, kita juga mahukan sebarang kegiatan perjudian seperti bercorak
mesin judi yang masih terdapat di beberapa premis atau rumah kedai segera
dihapuskan tanpa sebarang toleransi, samada oleh pengusaha kecil mahupun
syarikat2 besar yang sudahpun bertapak di Johor sebagai yang mempunyai lesen
dan sudah tentunya berkeyakinan akan mendapat kelulusan dari pejabat daerah
untuk berfungsi dimasa akan datang.
7. Kebimbangan saya
berputik apabila sejak akhir akhir ini, bumi Johor sudah dilihat sebagai
destinasi tumpuan kalangan beberapa orang “Tauke Perjudian” berlesen yang
berselindung disebalik melakukan pelaburan hartanah. Jika kita tidak bersiap
siaga, ada kemungkinan mereka turut membangunkan perisian perjudian di tempat
yang sudah pun berlesen menjual arak secara terbuka.
8. Janganlah mentang
mentang tempat tersebut di benarkan menjual arak secara terbuka, kita bagi pula
permit membuka tempat “slot machine” dengan izin di tempat yang sama. Ingatlah
jangan kita cuba mengalihkan dosa kita kepada kerajaan pusat semata2 kerana
lesen itu dikeluarkan oleh mereka. Perlu kita ingat bahawa jika permit tidak di
keluarkan oleh pejabat daerah, walaupun ada lesen dari kerajaan pusatpun,
mereka tidak boleh beroperasi mengikut kepada undang undang.
9. Sia-sia sahjalah
jika kita berusaha untuk menukarkan hari percutian kita kepada hari Jumaat
untuk mendaulatkan Agama Islam di negeri Johor ini, jikalau kita benarkan pula
tauke perjudian memulakan empayar perniagaannya disini.
10. Bukanlah menjadi
hasrat saya untuk menzahirkan rasa tidak yakin di atas kepekaan serta ketegasan
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, namun ada kalanya kita harus saling
tegur menegur dan ingat mengingati antara satu sama lain.
11. Saya ingin
menyarankan dalam kita menjanjikan bumi Johor ini terhindar dari sebarang
elemen perjudian yang mungkin cuba di bawa oleh pelabur dari luar atas nama
pembangunan, seharusnya setiap kegiatan ekonomi hendaklah dikongsi sama rata
sama rasa.
YB Datuk Speaker
12. Kekayaan bumi
Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia selama ini
terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati
warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas
nama mengamit pelaburan.
13. Walaupun kita
mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor dari negara mana sekali pun, kita
seharusnya bijak menilai pelaburan asing tersebut. Soalan utama yang harus
dijawab adalah samada pelaburan tersebut boleh memenafaatkan rakyat Johor
seperti menyediakan peluang2 pekerjaan, menjana peluang perniagaan industri
kecil, dan sederhana, di sektor perkhidmatan sokongan (support services)
melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, pemindahan teknologi dan
sebagainya.
14. Penjualan
hartanah kepada pelabur asing tidak dilihat seperti mempunyai nilai tambahan
secara langsung maupun tidak langsung kepada rakyat dibumi Johor. Sebaliknya ia
hanya menguntungkan pihak yang membuat transaksi tersebut dan sekaligus
menghijrahkan Rakyat yang kurang berkemampuan ke kawasan2 luar bandar dan
terpencil kerana kos kehidupan dikawasan bandar sudah tentunya akan meningkat
kelak. Ini belum lagi diambil kira budaya yang hendak di bawa oleh warga asing
yang mungkin tidak serasi dengan Rakyat tempatan, jika mereka berhasrat untuk
membanjiri kawasan dan bandaraya yang terlibat.
Datuk Speaker
15. Baru baru ini
saya juga terbaca laporan berita di dalam dan luar negara mengenai ujudnya
percaturan kuasa asing terhadap untung nasib bumi bertuah ini.
16. Laman sesawang
luar negara tersebut menyiarkan berita seorang hartawan hebat dari negara jiran
telah memeterai memorandum persefahaman @ MOU dengan pihak tempatan di Johor
bagi mengujudkan sebuah syarikat keselamatan di Wilayah Pembangunan Iskandar.
17. Khabarnya
syarikat milik jutawan itu juga sedang “mengintai” peluang melebarkan jaringan
perniagaannya bukan hanya untuk membekalkan tenaga pengawal keselamatan dengan
kekuatan sejumlah enam ratus orang lengkap bersenjata, malahan ia bakal
mengujudkan jaringan peralatan serba canggih termasuk sistem perisikan.
18. Pasukan kawalan
keselamatan milik jutawan tersebut hampir menyamai satu batalion pasukan
tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar, jika beliau berjaya
memperolehi kontrak tersebut.
19. Dan jika tidak
silap kefahaman saya, berita tersebut turut menyatakan syarikat milik jutawan
negara jiran itu juga, di jangka memperolehi kontrak untuk membekalkan anggota
dan sistem keselamatan dan jaringan peralatan di negeri Pulau Pinang dan
ibunegara kita Kuala Lumpur atas nama perkongsian intelektual. Fikirkanlah,
Wilayah Iskandar, Pulau Pinang dan Kualal Lumpur, Tiga wilayah yang strategic
yang boleh menyenangkan kegiatan “international sabotage” jika perlu.
20. Dan jika benarlah
seperti yang diberitakan, ini bererti negeri Johor tidak lagi berperanan
sebagai benteng utama negara. Malahan negeri Johor berkemungkinan menjadi
jambatan terpenting bagi negara ini melebarkan jaringan wilayahnya secara
langsung.
21. Dengan menerima
pakai sistem keselamatan serta kehadiran gerombolan pengawal keselamatan milik
syarikat tersebut di bumi ini nanti, dapatkah di jamin bahawa setiap rahsia
kerajaan terpelihara dari sebarang kegiatan intipan? Mampukah pihak berwajib
yang bertanggung jawab terhadap kedaulatan dan kerahsiaan negara menjamin
kesiagaan kita?
22. Janganlah
hendaknya percaturan politik serta salah urus tadbir meletakkan untung nasib
masa depan kepimpinan, bangsa dan rakyat Johor berada di laluan sukar dan
menghampiri suatu jurang kehancuran yang sebenarnya boleh kita elakkan sekarang
sebelum ianya terjadi. Insh’Allah.
Datuk Speaker
23. Kempas Menjunjung
Kaseh sekali lagi keatas Titah Ucapan KBDYMM Baginda Sultan tempuh hari tentang
Pulau Batu Putih. Kita telah pun kehilangan hak kedaulatan kita di atas Pulau
Batu Putih yang kini dikenali sebagai “Pedra Branca” kepada Singapura apabila
pasukan Peguam Negara yang arif lagi bijak pandai tewas perbicaraan di
International Court of Justice di The Hague.
24. Jikalau Pulau
Batu Putih yang secara fisikalnya kita boleh lihat, boleh terlepas dari tangan
kita, dan terpaksa diusahakan Insh’Allah untuk memenanginya kembali,
bagaimanakah dan dimanakah kita merujuk jika kita kehilangan sebahagian atau
keseluruhan kuasa dan keselamatan negeri kita kerana perisikan musuh yang tidak
boleh dilihat secara fizikal?Adakah kita bersedia untuk kehilangan sekali lagi
sebahagian besar dari kedaulatan Negeri kita?
25. Adakah kita
hendak berjudi pula dengan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini, dengan
memberi kuasa asing yang sudah tentunya tidak ada ketaat-setiaannya kepada
negari kita dan memberinya ruang untuk menyusup dan merisik segala rahsia
kerajaan dan rakyat negeri Johor ini?
Naudzubillahiminaalzalik.
26. Jika ianya berlaku, maka tiada satu mahklukpun dimukabumi Allah ini, yang boleh memulihkannya kembali, kerana mengikut kepada maksud suatu firman Allah SWT, “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasib mereka sendiri.”
26. Jika ianya berlaku, maka tiada satu mahklukpun dimukabumi Allah ini, yang boleh memulihkannya kembali, kerana mengikut kepada maksud suatu firman Allah SWT, “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasib mereka sendiri.”
27. Dari itu kitalah
yang harus berusaha dahulu untuk menjaga keselamatan negeri kita, sebelum kita
bertawakal kepada Allah SWT.
28. Berbekalkan pengalaman serba merencam dan kepelbagaian kontroversi, apakah
28. Berbekalkan pengalaman serba merencam dan kepelbagaian kontroversi, apakah
YB Datuk Speaker,
29. Dalam kerancakkan
kita membangunkan hartanah dan lain2 pelaburan di Johor ini khususnya di
kawasan
30. Sesungguhnya apabila kita melaungkan “ Luaskan Kuasamu ” yang sudahpun menjadi mantra Keramat kita, Wajiblah Kerajaan Negeri ini menentukan bahawa laungan itu adalah exclusive dan khusus hanya untuk rakyat negeri ini sahaja dan bukan nya suatu undangan terbuka kepada mana2 warga asing untuk Meluaskan Kuasanya dibumi Johor ini.
31. Kempas Berdo’a,
Jangan Sampai Rakyat diNegeri Johor Ini Hanya Menang Bersorak Tetapi Negerinya
Tergadai. Barang Di Jauhkan Allah.
Akhirkata YB Datuk
Speaker, Luaskan KuasaMu! Kempas Mohon Menyokong.
Wabillahi Taufik
Walhidayah, Wasalamualaikum WBT. - The Patriot
Wednesday, June 4, 2014
Siapa nak jawab saolan Mahathir
" Kalau dua orang yang mencuri tertangkap dan kamu memotong tangan salah seorang daripada mereka kerana dia Islam dan *seorang lagi dipenjarakan dua bulan..adakah itu adil ? "
*seorang itu mungkin bermaksud bukan Islam
Mahathir bukan menolak hudud tetapi mahukan perlaksanaannya adil dalam ertikata sebenar. Jika hudud dilaksanakan seperticara diatas, hudud tidak menepati matlamatnya iaitu adil. Menepati matlamat Islam itu adil.
Dalam kuatkuasa syariah sekarang: Kalau dua orang meminum arak tertangkap, seorang dikenakan denda @ penjara @ dirotan kerana dia Islam dan seorang lagi dibebaskan kerana dia bukan Islam....
Begitu juga dengan kes khalwat, yang Islam dikenakan tindakan pendakwaan dan yang bukan Islam dilepaskan.
Kenapa yang itu Mahathir tidak pertikaikan malah perlaksanaannya sedang dijalankan?
Rasanya saolan ini adalah saolan yang sama sejak puluhan tahun dan PAS atau sesiapa belum menjawabnya sampai sekarang dalam ertikata merungkai penyelesaiannya.
Jika ada, harap maklumkan di sini.
*seorang itu mungkin bermaksud bukan Islam
Mahathir bukan menolak hudud tetapi mahukan perlaksanaannya adil dalam ertikata sebenar. Jika hudud dilaksanakan seperticara diatas, hudud tidak menepati matlamatnya iaitu adil. Menepati matlamat Islam itu adil.
Dalam kuatkuasa syariah sekarang: Kalau dua orang meminum arak tertangkap, seorang dikenakan denda @ penjara @ dirotan kerana dia Islam dan seorang lagi dibebaskan kerana dia bukan Islam....
Begitu juga dengan kes khalwat, yang Islam dikenakan tindakan pendakwaan dan yang bukan Islam dilepaskan.
Kenapa yang itu Mahathir tidak pertikaikan malah perlaksanaannya sedang dijalankan?
Rasanya saolan ini adalah saolan yang sama sejak puluhan tahun dan PAS atau sesiapa belum menjawabnya sampai sekarang dalam ertikata merungkai penyelesaiannya.
Jika ada, harap maklumkan di sini.
Orang UMNO tak rasa kontra ke?
Dua cerita yang lebih kurang sama kecuali kalau masih nak bersilat.
Orang UMNO tak rasa kontra dan tak faham ke....
SOAL HATI......mana yg lebih sakit
Orang UMNO tak rasa kontra dan tak faham ke....
SOAL HATI......mana yg lebih sakit
Superman liberal tidak opportunist !?
Dalam mana-mana parti politik di Malaysia kini ujud golongan liberal, politik baru dan yang senada dengannya. Mereka ini mungkin golongan yang tidak mampu bersaing sesama rakan mereka di dalam parti yang sama lalu cuba menonjolkan diri dengan cara yang lebih "ideal" dengan maksud dikagumi, popular, disukai kawan dan lawan dan seterusnya mendapat tempat.
Seperti dikatakan cita-cita mereka ideal, untuk memastikan ia dilaksanakan maka cita-cita mereka kena diteruskan untuk menduduki tempat teratas sebagai ketua, presiden hatta Perdana Menteri.
Sekarang mereka berada di parti A tetapi idola mereka di parti B.. kalau parti A adalah kerajaan dia mendapat tempat dan kalau ditakdirkan parti B pula yang menang dan jadi kerajaan, sudah tentu dia boleh diselit dan diterima kerana liberalnya !!!
Sudah tentu mereka bukan superman, tetapi lalang.
Seperti dikatakan cita-cita mereka ideal, untuk memastikan ia dilaksanakan maka cita-cita mereka kena diteruskan untuk menduduki tempat teratas sebagai ketua, presiden hatta Perdana Menteri.
Sekarang mereka berada di parti A tetapi idola mereka di parti B.. kalau parti A adalah kerajaan dia mendapat tempat dan kalau ditakdirkan parti B pula yang menang dan jadi kerajaan, sudah tentu dia boleh diselit dan diterima kerana liberalnya !!!
Sudah tentu mereka bukan superman, tetapi lalang.
Tuesday, June 3, 2014
Melayu malaysian dan liberal sedang menguasai..
Di bawah adalah sebahagian petikan airtikel yang diubahsuai tanpa menghilangkan maksud sebenar. Satu pemikiran untuk menyatakan Melayu ke depan dalam soal keterbukaan ke arah satu bangsa. Berlaku konflik di antara realiti dan harapan tersebut terutama berhubung apakah mereka yang lain juga ikhlas atau sebenarnya agenda mereka hampir sama tetapi apabila sampai masanya 'melayu' dijadikan korban atau dengan sendirinya tertinggal.
Satu bangsa adakah menepati 'social justice' dan menikmati kek yang adil.
Setakat mana Melayu terjamin atas dasar dilindungi Perlembagaan dan atas faktaor majoriti.
BERFIKIRAN SEBAGAI BANGSA MALAYSIA
Satu bangsa adakah menepati 'social justice' dan menikmati kek yang adil.
Setakat mana Melayu terjamin atas dasar dilindungi Perlembagaan dan atas faktaor majoriti.
BERFIKIRAN SEBAGAI BANGSA MALAYSIA
Orang Melayu bersedia berfikiran sebagai satu bangsa
Malaysia secara rasional dalam hal ini kerana mereka sedar kedudukan dan
kepetingan mereka sudah dijamin oleh undang2 dan oleh majoriti Melayu itu
sendiri.
Orang melayu sedar – terdapat banyak safeguards menjaga
kepentingan mereka- struktur kerajaan , Sultan dan Raja-Raja Melayu, struktur
pentadbiran kampung, dan sebagainya.
Adanya jaminan2 ini, menyebabkan Melayu sudah
berani melakukan perubahan fikiran.
Mana-mana pihak atau parti boleh menerangkan kepada
orang Melayu- datanglah apa sahaja, kepentingan mereka tetap terjamin. Kenapa?
Sebab ada peruntukan perlembagaan dan undang2, kerajaan yang dimonopoli oleh
orang Melayu, pegawai kerajaan, polis, tentera, pengarah2 jabatan, hampir semua
nya didominasi oleh Melayu. Dalam keadaan begini, bagaimana kepentingan Melayu
terancam? Semua levers kuasa di pegang oleh Melayu.
Melayu adalah 60% penduduk negara ini, bagaimana
60% boleh digugat oleh jumlah yang kecil? Cina kalau bergabung semua hanya 24%
penduduk negara ini- bagaimana mereka menakluk orang Melayu?
Dalam keadaan demikian, orang Melayu lah yang merupakan bangsa yang receptive dan bersedia untuk mengubah sikap politik mereka.
Dalam keadaan demikian, orang Melayu lah yang merupakan bangsa yang receptive dan bersedia untuk mengubah sikap politik mereka.
Maka nyatalah, segala ancaman terhadap orang Melayu hanya ciptaan UMNO untuk kekal berkuasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...