.jpg)
Apabila rang undang2 LPHJ diluluskan oleh DUNJsemalam walaupun diminta tangguh oleh beberapa pihak kini timbul persaolan:
Kenapa ia tidak boleh ditangguhkan?
Bukankah penangguhan satu cara untuk menegakkan kebenaran, berani kerana benar.
Penangguhan juga membawa makna sedia menjadi pendengar yg baik dan tidak ada yg tersirat mahu disembunyikan.
Kenapa perlu tergesa-gesa diluluskan terutama bila ada bantahan, apa yg nak dikejarkan?
Wakil rakyat pas juga turut mengundi setuju - sesuatu yg tidak normal, apakah persetujuan wakil rakyat pas itu diperlukan sebagai pengesahan apa yg dilakukan kerajaan umno itu betul?!!! sejak bila!
Memperhalusi LPHJ tidak ada cacat celanya tetapi kenapa sebahagiannya membantah, apa dan di mana yg tak kena? Dalam ketika "kerajaan sekarang" kurang dipercayai, tindakan tergea-gesa tentunya sesuatu yg tidak wajar.
Apa reaksi najib - dilaporkan najib sudah memaklumkan kpd khaled ia harus selaras dengan perlembagaan negara.
apa reaksi muhyiddin - tidak dilaporkan atau saya yg tidak mengesannya.
Apapun nasi sudah masak, rang undang2 LPHJ telah diluluskan, tunggu diwartakan dan tunggu jika ada yg mengheretnya ke mahkamah.
ini kali, melayu akan berhujah lagi, bertelagah, berpecah...
Pemimpin mungkin tidak perlu dengar keluhan rakyat buat masa ini walau sebesar mana, lu siapa? paling keramat bahasa jampi serapah "demi rakyat" dipertaruhkan, disandar sebagai tangkal rakyat walaupun rakyat kurang faham butiran jampi serapah tersebut.
Semuanya kerana pilihanraya masih jauh lagi !!!
# bukankah khaled nordin antara mb yg diwar-warkan sebelum ini akan digugurkan spt md said? perkembangan terbaru menunjukkan khaled dalam zon selamat.