Maka sewajarnya diberi perhatian dan di analisa, lebih penting dari itu rakyat ingin mendengar jawapan dan penjelasan. Jika mendiamkan diri atau cuba2 memekakan telinga akibatnya buruk sekali dan persepsi bertukar menjadi 'betul'.
PM cukup cepat memberi respon berhubung khabar angin Muhyiddin akan bercuti panjang tetapi jangan pula jadi lembab untuk menjawab sesuatu yang lebih penting.
Kalau sekadar khabar angin boleh dijawab tentunya sesuatu yang fakta dan telah berlaku lebih mudah untuk menjawabnya.
Walaupun si mamat ini mungkin "mengadakan" cerita bagi menutup kekalutan dan kekecehon yang melanda partinya tetapi isu yang dibawanya perlu dijustifikasi.
Rafizi tak menang tangan,
bakal bongkar satu lagi skandal rasuah
KUALA
LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti
Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi
KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal
penyelewengan institusi pendidikan.
“Tak habis lagi saya selidik
kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal
penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.
“Saya dah
belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga.
Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin
Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi
di twitter.
Semalam,
Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman
mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.
Sebelum
itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua
Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain
itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat
manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak
Alam, Selangor.
Manakala
dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus
cawangan Jasin, Melaka.
Rafizi
sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada
syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
Jumlah
keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih
tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62028
Apakah ini isu yang baru diketahui Rafizi memandangkan ia tidak ditimbulkan semasa PRK Teluk Intan atau sengaja disimpan untuk tidak membantu kemenangan calon DAP ?