Oleh kerana saranan-saranan tersebut tidak diperdulikan, malah kerajaan sekarang begitu galak mengikut telunjuk kaum yang asalnya pendatang maka diketahui punca tersebut adalah datangnya dari Najib sendiri selaku Ketua Negara dan presiden parti maka sasaran yang tepat ialah meminta Najib berundur.
Itu juga bakal tidak menjadi kenyataan !!! Samada najib tidak tahu, tidak mahu tahu, tidak diberitahu atau memang itu pendiriannya.
Episode Ini
Akan Sampai
Kepada Kita...
Very soon.... >>>
Seterusnya usaha disasarkan pula muhyiddin untuk bersuara atau kalau tidak mampu lakukannya kerana terhutang budi dilanti sebagai TPM, berundur dan lepaskanlah jawatan kerajaan.
Bersuara melalui parti sehingga berkesan atau akhirnya dipecat. Setakat ini darah perjuangan muhyiddin tetap sama seperti pemimpin-pemimpin umno lain yang kepentingan diri mengatasi kepentingan ugama, bangsa dan negara.
Takut perpecahan Melayu semakin luas dijadikan alasan.
Siapa lagi mahu disasarkan? Zahed Hamidi !!! - Mungkin dia lebih selesa untuk menjadi pak turut dari bersusah payah untuk memulakan sesuatu yang tinggi risikonya, 2x5
Kepada siapa lagi kita mahu sasarkan aduan, kerisauan dan kebimbangan ini? Mahathir sudah terlalu tua dan Tun memerlukan masa peribadinya setelah lebih 50 tahun masanya diberikan kepada umno. Sudah tidak adil untuk kita meminta dan mengharapkan sesuatu dari Tun kerana beliau telah menyumbang lebih daripada yang lazim.
Daripada Ku Li? Seorang lagi bangsawan yang jarang turun ke bawah, lebih banyak bercakap dari bekerja, cuma tinggal slogan, otai masih berbisa - hanya lambungan penyokong fanatiknya yang tinggal sekerat dua. Selebihnya Ku Li akan diperalatkan pembangkang.
Untuk letakan harapan kepada PAS - kurang lebih macam umno kalau tak lebih teruk pun..
<<<<<< tidor
Harapan kepada NGO - blurrrr...
Atau apakah kebimbangan ini hanya sekadar kebimbangan palsu atau tanpa sebab sedangkan sebenarnya Islam dan Melayu berada pada kedudukan yang lebih baik dan terjamin dengan cara pembawaan kerajaan, umno dan najib sekarang.
Atau kebimbangan ini sekadar terikut dengan rentak pembangkang, kebimbangan atas rasa cemburu kepada Najib atau kebimbangan dari rakyat yang tidak tahu bersyukur?
Atau lebih tepat kebimbangan ini hanya dari golongan penjilat mahathir?
Harapan kini kepada Allah S.W.A - nyata Allah tidak menghampakannya dengan syarat. Allah kembalikan harapan itu dengan pertanyaan dan penegasan:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Allah turunkan bencana demi bencana dengan penuh tanda soal yang tidak terjawab oleh manusia untuk apa?
Jika peringatan Allah pun kita tidak peduli, tidak dijadikan sempadan dan tauladan, tidak menimbulkan kesedaran dan keinsafan, masih memegang kuasa atas keyakinan mampu menyelamatkan diri maka tunggulah pembalasan seterusnya.
Acheh yang terkenal dengan serambi Mekah telah Allah anugerahkan tsunami. Malaysia? Bila?
Jika pembalasan turun - ia tidak peduli anda penyokong atau pembangkang UMNO.
Untuk apa Pengorbanan ini dilakukan..
AnonymousFriday, July 18, 2014 3:37:00 PM
DS Najib selaku presiden umno tidak lagi memperdulikan nasihat dan harapan ahli umno termasuk orang melayu yang sayangkan negara ini. dia lebih mementingkan sokongan puak pembangkang demi undi untuk kekal jadi pm malaysia. apa yang terjadi adalah petunjuk demi petunjuk dari Allah bahawa najib tidak lagi sesuai untuk mentadbir negara ini. perlembagaan negara hanya digantung buat hiasan. Ada undang undang dibakulsampahkan..nasihat orang melayu supaya diwujudkan kembali ISA terus diperlekehkan. sebaliknya apa yang dirancang oleh perosak negara, itulah yang menjadi senyumannya...
Sesungguhnya Allah telah memberikan petunjuk kepada orang islam yang berdoa demi kemakmuran negara ini supaya berfikir mendahului masa ..bertindak sebelum terlambat..sesungguhnya orang melayu dan islam di negara ini berada dalam kerugian di bawah pentadbiran sekarang..kecuali mereka yang suka berpura pura dan menipu demi kesenangan dunia
Sesungguhnya Allah telah memberikan petunjuk kepada orang islam yang berdoa demi kemakmuran negara ini supaya berfikir mendahului masa ..bertindak sebelum terlambat..sesungguhnya orang melayu dan islam di negara ini berada dalam kerugian di bawah pentadbiran sekarang..kecuali mereka yang suka berpura pura dan menipu demi kesenangan dunia
#MH17 berada pada kedudukan 33,000 kaki (10KM) yang tidak tercapai oleh senjata dari permukaan bumi, berada dalam laluan yang selamat dan tidak ada sebab untuk tertembak kecuali memang sudah dirancang dan di sasar dari awal lagi @ Apakah ada dalang dari dalam yang meletupkannya.