
pemimpin kanan pkr dan ketua-ketua cabang dan ahli pkr dan tidak ketinggalan pecacai pkr termasuklah anon anon di luar sana....
Kalau Zizah tu talented, bijak sungguh, sesuai sungguh, ada karisma, ada otak, akai masih boleh guna dan cukup jujur dan tidak boleh dipergunakan agaknya kenapakah anwar tidak boleh hantar senarai calon 2 atau tiga nama termasuk azizah kepada Tuanku Sultan Selangor.
Jika azizah sempurna sifat dan sikapnya lebih-lebih lagi dia merupakan presiden parti sudah tentulah Tuanku Sultan mempertimbangkannya secara khusus dan bijaksana. Menghantar satu nama tanpa pilihan (memaksa) sangat tidak beradab.
Apakah Anwar sendiri ragu akan keupayaan isterinya berfungsi sebagai MB atau matlamat Anwar masih sama, Azizah hanya mahu dipergunakan semuanya untuk perjuangan peribadinya sahaja¿
Jika nama Azmin disenaraikan pun, harapannya untuk terpilih berbanding dengan Azizah adalah tipis kerana Azmin mempunyai rekod politik dan peribadi serta rekod moral yang kurang memuaskan¿
Harapan Azizah awalnya untuk terpilih sebagai MB sangat cerah tetapi dirosakkan dengan presentation dan tingkah laku Anwar yang tidak membezakan dan membataskan perhubungan politik dan Istana.
Memecat Khalid juga satu kesilapan diluar jangka perhitungan kerana sikap over confidence dan kecuaian penasihat undang2 yg menyaksikan Khalid bukan sahaja kekal MB malah lebih berkuasa, bebas dan berpengaruh sekurang-kurangnya sehingga november ini - Anwar gigit jari dan kena kerja keras memastikan ADUN PKR tidak menyeberang. Kena kepung atau buat kandang seperti DAP yang sudah rebankan ADUNnya
Logiknya Anwar akan gagal. Tersungkur di kaki Khalid - cukup sadis.