Monday, October 27, 2014

Budak-budak Anwar lebih tahu...

Untuk kali ini tak perlulah nak ulas pasal pencerobohan pintu utama UM atau tentang Anwar yang sudah susut nilai di pasaran...sudah terlebih ulas, lebih ramai tukang ulas dari pembaca...

Cuma ikhlas nak tahu berapa budak-budak yang ceroboh pintu pagar tu dibayar malam tadi..kalau sorang RM500 dikira berbaloi....gud job gud money..

campur tiga hari yang lepas + malam tadi + besok lusa...kalau total RM3k...kira dah ok.

Anwar modal air liur pun boleh berpengaruh...


Anwar disumbat ke dalam penjara.... atau

Untuk menjadikan Malaysia lebih baik dari sekarang, watak siapa sebenarnya yang perlu dimatikan...

Najib berundur...

1. Najib berpengaruh atas sekadar kuasa dan pangkatnya tetapi kenapa Anwar tanpa pangkat tanpa kuasa dan kedudukan masih berpengaruh (?)

2. Jika Najib berada dalam situasi Anwar sekarang - mampukah dia bertahan seperti Anwar...

Sunday, October 26, 2014

Senggol senggolan power broker saluran 202 astro..

1. Apa sumbangan terbesar Anwar untuk boleh diambilkira sebagai jasa kepada negara untuk ditukar ganti kalau itu boleh menebusnya dari masuk penjara...

2. Anwar pernah dibebaskan dari hukuman penjara di kes liwat pertama...untuk dihukum sekali lagi dan kemudiannya dibebaskan bukan satu perkara luar biasa atau di luar jangkaan.

3. Di mana perjuangan Anwar demi rakyat hingga akhirnya kerajaan tunduk dan ikut kemahuan pembangkang diketuai anwar... ISA dimansuhkan bukan soal tunduk kepada pembangkang tetapi lebih kepada masalah peribadi seseorang...senggolan fobia.

4. Apa perundingan sulit yang sedang dilakukan oleh power broker ketika dan saat ini... (?) Reformasi, solidariti, ceramah, poster, penghakiman rakyat adalah semata-mata drama...

5. Untuk belajar tentang politik, mahkamah, penjara, polis, mafia..... rakyat disaran tengok filem Tamil saluran 202 astro...

berapa ramai lagi nak berambus...cepat le sikit

kelvin tan, ali jalil antara nama terbaru yang lari lintang pukang, lari tengah malam, berlari tak cukup tanah, telur kecut hilang...bukan lari kerana kebenaran..lari sebagai petualang selepas menjatuhkan hukuman bersalah mandatori pada diri sendiri...

Apakah sudah mahkamah jatuhkan hukuman (?) belum..
habis tu, lari dari siapa... Sultan, polis dan pendakwaraya bukan malaikat maut, mereka langsung tidak boleh sentuh orang yang kena tuduh..

Ertinya, lari dari undang2, tidak percaya kepada undang2..prinsip mulia ke tu...
kalau itu prinsip..lari masuk hutan...di dalam hutang tidak ada human law tetapi tidak terlepas dari nature law...

Tanya duta sweeden, adakah negaranya masih barbarian, masih jahiliyah..tidak ada sultan, tidak ada law di negaranya.

Kalau tidak percaya kepada mahkamah kenapa mengadu kepada peguam yang terikat dengan mahkamah...mungkin dia tersalah jumpa peguam.
Yang dia jumpa peguam bodoh...jenis peguam sentuh anjing...di Malaysia tidak ada peguam2 bodoh...

Pihak yang menasihatinya meninggalkan Malaysia adalah mereka yang juga layak untuk berambus... tunggu apa lagi cepat le berambus.

Nasib Anwar..apa pandangan Azmin

Kasihan anwar..

Walaupun dia sudah berjuang, bukan berseorangan..malah dibawanya bersama rakyat berbilang bangsa dan ugama. Kapir dan ulamak. Dalam dan luar negara...bukan setahun tetapi sudah berbelas tahun...

Bukan sekali tangguh. Bukan sekali merayu..puluhan
Bukan satu lawyer..berbelas
Ada yang mati..
Ada yang tarik diri..
Ada yang sakit..

Kos..bukan singgit
Bukan sibu..
Juta..bukan 1 juta..
Bukan 10 juta..

Tetapi anwar belum dapat keadilan, belum puas dapat keadilan..masih memburu keadilan. Belum ada noktah...

Susah sangat ke untuk berlaku adil kepada anwar..
Berilah dia masa yang lebih panjang..
5 cukup ke....

Apa pandangan Azmin (?), orang yang paling rapatnya boleh digunapakai...

Saturday, October 25, 2014

Keadilan mahkamah - where got road (?)

Mahkamah sentiasa telus walaupun hakim bukan malaikat...
Manusia mempunyai banyak keperluan, citarasa dan selera...
Manusia cenderong kepada kepetingan yang memenuhi keperluannya...

Mahkamah sentiasa hampir adil pada semua
Mahkamah adil pada hampir semua manusia..
Cuma mahkamah tidak boleh adil pada semua manusia pada masa yang sama..

Manusia di luar mahkamah lebih tidak adil...
mereka mahukan mahkamah sentiasa adil pada semua perkara pada semua masa seperti yang mereka mahukan...

where got road !!

Friday, October 24, 2014

azmin ke arah pemimpin agung..

tahniah pada azmin yang terjun longkang, panjat timbunan sampah dan berlumpur di sawah bendang
sejak pegang penyapu baru selangor...

sejarah negara - untuk jadi pemimpin agung , first round 100 hari ni elok jadi tok imae dan karang sajak al-ghazali...

6ANGKA