Sunday, October 26, 2014

Senggol senggolan power broker saluran 202 astro..

1. Apa sumbangan terbesar Anwar untuk boleh diambilkira sebagai jasa kepada negara untuk ditukar ganti kalau itu boleh menebusnya dari masuk penjara...

2. Anwar pernah dibebaskan dari hukuman penjara di kes liwat pertama...untuk dihukum sekali lagi dan kemudiannya dibebaskan bukan satu perkara luar biasa atau di luar jangkaan.

3. Di mana perjuangan Anwar demi rakyat hingga akhirnya kerajaan tunduk dan ikut kemahuan pembangkang diketuai anwar... ISA dimansuhkan bukan soal tunduk kepada pembangkang tetapi lebih kepada masalah peribadi seseorang...senggolan fobia.

4. Apa perundingan sulit yang sedang dilakukan oleh power broker ketika dan saat ini... (?) Reformasi, solidariti, ceramah, poster, penghakiman rakyat adalah semata-mata drama...

5. Untuk belajar tentang politik, mahkamah, penjara, polis, mafia..... rakyat disaran tengok filem Tamil saluran 202 astro...

4 comments:

  1. sebelum perbicaraan rayuan yang dijangka berlangsung esok dan lusa, ds anwar telah didapati bersalah kerana melakukan liwat ke atas saiful bukhari. atas kesalahan tersebut ds anwar telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. sehingga hukuman dilaksanakan, tempoh rayuan hukuman telah diberi. sebab itu hukuman penjara belum dilaksanakan. tarikh esok adalah tarikh rayuan ke atas hukuman, bukan pembuktian ds anwar tidak bersalah. makna kata, jika esok tiba2 ds anwar dilepaskan setelah didapati TIDAK BERSALAH, sesuatu dibelakang tabir telah dilakukan. esok bukan perbicaraan salah atau tidak, esok adalah perbicaraan menetapkan tempoh hukuman, sama ada kekal 5 tahun, dikurangkan tempoh atau boleh juga dipanjangkan tempoh penjara atas dasar kepentingan awam. harap hakim2 yang bersidang esok dan lusa akan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh jujur, berintegriti, tidak diganggu gugat dan membebaskan diri dari unsur2 politik, bias kepartian dan salam bawah meja. tunggu esok dan lusa apa akan berlaku.

    ReplyDelete
  2. Rayuan hukuman boleh dikurangkan kepada tempoh sekadar berehat...lepas tu sakit tengkok, sakit tulang belakang, sakit gigi...keluar masuk hospital...tup tup tup...kelakuan baik + cuti, tempoh penjara dikurangkan..dah keluar..

    Atau hukuman penjara boleh ditukarkan kepada penajara minima + denda al pulus wal mulus..

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa segala "emergency" yang boleh mahkamah ditangguhkan...

    ReplyDelete
  4. pastinya esok akan ada ambulan, standby kalau2 anwar jatuh atau dijatuhkan menyebabkan patah tulang belakang, patah tengkok atau paling tidak terkehel pinggang... sambung lagi sampai 2015.....bla..bla....sampai meninggal dunia, kes tak selesai.

    ReplyDelete

6ANGKA