Sebagai pemimpin politik yang menguasai negara dan berada di kedudukan utama sebagai Presiden UMNO yang membolehkannya sebagai Perdana Menteri apakah sumbangannya yang terkesan setakat ini terutama dalam ertikata berterima kasih kepada parti yang didukungi oleh orang Melayu dan Islam.
Tanpa diangkat menjadi Presiden UMNO, Najib is nobody and no where...Sebab itulah sepintar manapun Anwar, sebab dia bukan Presiden UMNO...akhirnya dia jatuh ke tanah juga.
Oleh itu apabila orang Melayu mendesak Najib menjadi lebih jatidiri mengutamakan Melayu dan Islam ianya sangat berasas dan sebagai peringatan jangan jadi kacang lupakan kulit.
Tidakkah Najib tahu dirinya sudah diperhati dan diperkata begitu lama, lebih teruk dari UMNO Selangor ... Kalau tahu, kenapa tidak hiraukan.
Kalau tak tahu...berbelas setiausaha dan penasihatnya buat apa, makan gaji buta (?)
Orang Melayu masih survive hari ini berasaskan bekalan berbaki usaha yang telah dipacu oleh Perdana Menteri 1 hingga ke 4 dan selepas itu PM ke 5 dan Najib hanya meneruskannya tanpa idea yang memungkin Melayu boleh survive 10 -15 tahun lagi akan datang.
Bukan sahaja mereka tidak ada idea membina malah merosakan apa yang sudah dibina dengan menghilangkan atau menyempitkan hak istimewa orang Melayu dan paling ketara gagal mempertahankan Melayu dan Islam diperlekehkan dibumi jawinya sendiri.
Sekurang-kurangnya Paklah di akhir pengurusan negara menunjukkan sikap berlapang dada dan berundur untuk kebaikan semua.
Tewasnya Paklah disebabkan penggunaan berlebihan suara tingkat empat dan ini di ulang dengan lebih melampau oleh Najib dengan suara Penasihat, suara Pemandu dan suara Rosmah (persepsi yang gagal dinafikan secara telus oleh Najib).
Bukankah Majlis Tertinggi UMNO sewajarnya menjadi rujukan (?)
Bukankah selama ini walaupun UMNO menjadi dominan memerintah negara, kerajaan tetap adil dan toleransi kepada warga kaum dan ugama lain tetapi tidaklah sampai ke tahap sekarang. Mereka dibiarkan menjadi lebih yahudi dan kurang ajar panjat dan pijak kepala.