Rakyat biasa dan blogger cabok adalah manusia yang hanya ada harga pada satu hari dalam 365 hari x 5 tahun.
Baki hari selebihnya jadilah pemerhati, no complain, warganegara yang baik, berkorban untuk negara, jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu, bersyukur, jangan malas bekerja dan seterusnya percayalah kepada kerajaan samada yang kamu pilih atau tidak pilih.
Kalau tak suka, sila pindah ke negara lain. Penyelesaian total terbaik untuk negara.
Hanya satu sahaja rakyat tiada pilihan - parti kerajaan atau pembangkang, mereka sama sahaja. Pilih atau tidak pilih rakyat perlu berjuang demi mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
rakyat sekarang sudah rosak dan dirosakkan oleh pemimpin politik. dah terlalu lama dan banyak diberikan sogokan sebagai pengharapan untuk mendapatkan sokongan. hasil dari itu, rakyat terlalu mengharap dan bergantung kepada pemimpin. pemimpin pula, untuk meraihkan sokongan akan berjanji dengan segala apa dan kalau boleh bulan dan bintang pun nak diberikan. dahulunya rakyat berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. parit dan longkang disekeliling rumah dibuat sendiri tanpa mengharapkan bantuan. pokok pokok yang besar besar dan membahayakan keselematan orang ramai ditebang sendiri tanpa mengharapkan bantuan.
ReplyDeletesekarang pemimpin prihatin "kononya" menghulurkan bantuan. kesusahan rakyat pemimpin ambil tau dan sentiasa memberikan bantuan. rakyat mula meminta dan mengugut. pemimpin mula berjanji walau pun sudar untuk ditepati demi undi. hari ini rakyat tidak melihat siapa pemimpin itu asalkan dapat apa yang mereka maukan. rakyat perlukan pemimpin untuk mendapatkan sesuatu dan pemimpin juga perlukan rakyat.untuk mendapatkan sokongan. siapa pula yang tiada pilihan?
Cuba beri contoh di negara mana di dunia ini rakyat tak perlu bekerja dan berusaha utk maju dan berjaya? Kalau ada, tolong beritahu kt sini, nak juga aku mohon suaka politik atau jadi warganegara. Faham maksud aku?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya tertarik dengan kenyataan "rakyat sekarang sudah rosak dan dirosakkan oleh pemimpin politik".
Pada saya kerosakan yang tuan nyatakan adalah tidak specific. Ia lebih kepada kenyataan am. Namun ia tidaklah penting sangat kalau saya nak sentuh dari sudut "kredibiliti rakyat". Jika dikupas secara amnya, kerosakan itu dilakukan oleh satu pihak (pemimpin politik) kepada pihak yg lain (rakyat). Maknanya secara "straight forward", sesuatu keadaan yg dianggap tidak rosak telah dirosakkan oleh satu pihak yang lain.
Persoalannya, apakah benar satu keadaan itu sebenarnya tidak rosak sebelum dirosakkan ? Pendapat saya, ia berkaitan rapat dengan aktiviti pencorakkan yang dilakukan oleh satu pihak yang lain yang boleh diukur dengan bukti dan tindakan dari pihak yg dirosakkan. Rakyat dalam konteks ini, kelihatannya mudah dicorakkan akibat dari KEKURANGAN Ilmu pengetahuan. Bila mana kita tidak mempunyai asas (bukti atau sandaran yg sahih) maka kita tidak mampu menilai sesuatu yg dibentangkan kepada kita lalu wujudlah kesukaran samada kita ini mudah dipengaruhi oleh sumber yg dikatakan (dicorakkan oleh pemerintah). Malahan sebenarnya ia bukan sahaja merujuk kepada "Pemerintah" semata-mata. Sumber ini (pelbagai) diketengahkan kepada rakyat (bukan semua katogori) yang tidak mempunyai asas pengetahuan terhadap apa juga yg diketengahkan (yg dianggap merosakan).
Secara moralnya, mana-mana pihak mudah dipengaruhi jika mana pihak terlibat tidak mempunyai informasi sebagai kemungkinan wujud keperluan tindakbalas atau reaksi. Individu yg tidak faham mengenai apa juga issue yg datang kepada mereka dari sudut mana sekali pun (pemerintah atau pembangkang) adalah jelas mudah menjadi mangsa pihak yang berkepentingan. Tambah buruk lagi ialah kewujudan media internet dimana mereka mudah membariskan pendapat dan reaksi tanpa sekatan mutlak. Akhirnya kita akan melihat jari jemari menekan keyboard lebih LAJU dari MINDA mereka yakni bersamaan dengan perpatah .. "Terlajak Perahu boleh Undur .. Telajak Kata parah akibatnya".
Isu ini amat berkait rapat dengan sebuah hadis .. Saad ibnu Waqas r.a meriwayatkan hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w , kata nabi : Kelebihan Ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadah dan kebaikkan didalam agama kamu ialah warak.
Melalui konteks yg kita bincangkan ini, saya berpendapat bahawa.. ia bermakna ilmu itu dinobatkan sebagai penting demi menjaga ibadah kita kepada Allah swt.
Perkongsian saya juga ... ingin berkongsi >
Hadis ini, Nabi s.a.w menyebut kepada kita antara dgn mencari ilmu dan berbuat ibadah. Mana yang lebih disukai? Maka nabi lebih menyukai orang yang mencari ilmu. Apa mkna kalau ibadat tanpa ilmu, bukannya Allah terima pun. Ibadat kita ni, Allah nk terima dengan sebab 2 benda. Yg pertama, dengan kita mengikut cara/perbuatan Rasullullah. Kita sebut sbg, 'muttabaAh' . Solat, zakat, haji, puasa, dan segala ibadat kita Allah akan terima apabila kita ikut macam Rasulullah. Lain daripada apa yang Nabi buat, ditolak. Yg kedua pulak, ialah ikhlas kerana Allah. Kalau betul mcm mana cara dia buat, dia ikut sebiji, sebiji , sebiji macam Rasulullah, Tetapi jika takder keihklasan , ianya ditolak oleh Allah s.w.t.
Saya akhiri dengan satu pendapat saya bahawa, tanpa ilmu maka kita akan berada dalam kesesatan yg mana seperti saya sebutkan pada peringkat awal .. Jangan Mulut kita (ketuk keyboard) lebih laju dari MINDA. Namun minda kita perlu diisi dengan Ilmu agar kita mampu berkongsi membawa keredaan Allah swt. Keredaan Allah swt yang kita cari.
Wallahualam.
AG
Pada satu segi Pemimpin boleh mempengaruhi rakyat untuk rosak lebih teruk.
DeleteDalam keadaan lain Rakyat juga menerajui kerosakan atas budaya sendiri atau pengaruh luaran..
Di sinilah peranan pemimpin untuk membetulkannya, mengawal.
Apa yang berlaku di Malaysia... (?)
Majoriti pemimpin yang rosak + majoriti rakyat yang rosak sedang cuba dibaiki oleh minoriti pemimpin yang berakhlak + minoriti rakyat yang masih berakhlak.
Itulah masa depan kita..siapa kawal siapa !!!!!!
*pembetulan:
Delete.....masa depan negara