Monday, November 3, 2014

versi paklah di ulangtayang najib... Alhamdulillah rakyat sudah berhenti gesa Najib turun

Tak berhasrat nak tulis panjang...

Kalau kita lihat rentetan versi paklah jadi PM hingga melepaskan jawatan, hampir semuanya di ulang tayang versi era Najib... bezanya Najib masih bertahan.

Sejarah tidak pandai berbohong...

Faktor yang merosakkan mereka hampir sama...orang sekeliling  !!!  Penasihat berbayar berkepentingan yang tidak ada latarbelakang patriotik Melayu dan Islam....kebanyakkanya bijak pandai dalam bab perabih pelingkup harta negara.

Menteri yang dilantik berfungsi menjaga rakyat 10%; 30% jaga dirinya sendiri dan baki 50% jaga boss  !!!!

Versi Najib sekarang masuk kepada era denial...

Kita sudah berhenti minta Najib lepaskan jawatan..
Kita cuma jadi pemerhati untuk lihat bagaimana dia diturunkan...

Sunday, November 2, 2014

DAP dan PAS tak tahan dengan kentut Anwar..


Pada peringkat awal penyatuan kerjasama tiga parti pembangkang terbentuk dalam satu ikatan lisan hasil keputaran Anwar Ibrahim khususnya memperdayakan PAS untuk lebih berkompromi dengan alasan kuasa perlu di tangan sebelum membicarakan soal perjuangan peribadi parti masing2.

Percaya atas Anwar itu Melayu dan Islam, percaya kerana perasan bijak, percaya kerana ada keuntungan politik jika mempergunakan Anwar PAS akhirnya bersetuju.

Setelah sekian lama mengawal diri dalam cinta
tiga segi akhirnya masing-masing tidak lagi dapat menyimpan lama warna belang masing-masing. Tidak pasti siapa yang mula kentut...akhirnya bau dari lubang jubur masing-masing cukup pahit...

Mereka boleh terus berkawan tetapi tidak mungkin serapat dulu, yang terbaik tanpa Anwar kerana harimau cedera susah nak dikawal, lebih baik dalam kandang, jenguk sekali sekala.

Lim Guan Eng kata..Anwar ke dalam atau bebas, sama saja nasib Pakatan Pembangkang jika tidak sepakat dan setiakawan.

Khaled Johor kena Belajar dengan Adnan Pahang...

Aku tabek spring kepada Adnan dalam tangani isu cuti peristiwa...

Main bola hari sabtu, jadi juara - istihar hari Isnin cuti peristiwa atas alasan bola sepak permainan rakyat, jadi juara bukan gerenti dapat setiap tahun.
Yang terlibat dengan peperiksaan SPM seperti murid, guru dan pegawai kena terus bertugas seperti biasa.
Kelaziman mereka layak mendapat cuti ganti pada hari beketja lain yang sesuai.

Berbanding dengan Khaled Nordin, awal-awal lagi umumkan tiada cuti peristiwa jika pun Johor menang kerana mengganggu persediaan Peperiksaan SPM. (Hakikatnya jika diumumkan cuti pun, ia jatuh pada hari Ahad dan bukannya hari peperiksaan (Isnin)
Masin mulut Khaled - Johor tewas....selesailah masalah Khaled.

Begitulah perbezaan otak jika digunakan sepenuhnya untuk kebaikan, kegembiraan dan penghargaan ke atas rakyat.

#Janganlah buat alasan pula Khaled tu mahu rakyat rajin bekerja dan produktif...bodek pun biarlah bertempat.

Secara skop yang lebih luas...Najib juga patut belajar dari Adnan bab menghargai rakyat dengan cara, masa dan tempat yang betul.

Peringatan kepada Najib ada asasnya...

Sebagai pemimpin politik yang menguasai negara dan berada di kedudukan utama sebagai Presiden UMNO yang membolehkannya sebagai Perdana Menteri apakah sumbangannya yang terkesan setakat ini terutama dalam ertikata berterima kasih kepada parti yang didukungi oleh orang Melayu dan Islam.

Tanpa diangkat menjadi Presiden UMNO, Najib is nobody and no where...Sebab itulah sepintar manapun Anwar, sebab dia bukan Presiden UMNO...akhirnya dia jatuh ke tanah juga.

Oleh itu apabila orang Melayu mendesak Najib menjadi lebih jatidiri mengutamakan Melayu dan Islam ianya sangat berasas dan sebagai peringatan jangan jadi kacang lupakan kulit.

Tidakkah Najib tahu dirinya sudah diperhati dan diperkata begitu lama, lebih teruk dari UMNO Selangor ... Kalau tahu, kenapa tidak hiraukan.
Kalau tak tahu...berbelas setiausaha dan penasihatnya buat apa, makan gaji buta (?)

Orang Melayu masih survive hari ini berasaskan bekalan berbaki usaha yang telah dipacu oleh Perdana Menteri 1 hingga ke 4 dan selepas itu PM ke 5 dan Najib hanya meneruskannya tanpa idea yang memungkin Melayu boleh survive 10 -15 tahun lagi akan datang.
Bukan sahaja mereka tidak ada idea membina malah merosakan apa yang sudah dibina dengan menghilangkan atau menyempitkan hak istimewa orang Melayu dan paling ketara gagal mempertahankan Melayu dan Islam diperlekehkan dibumi jawinya sendiri.

Sekurang-kurangnya Paklah di akhir pengurusan negara menunjukkan sikap berlapang dada dan berundur untuk kebaikan semua.

Tewasnya Paklah disebabkan penggunaan berlebihan suara tingkat empat dan ini di ulang dengan lebih melampau oleh Najib dengan suara Penasihat, suara Pemandu dan suara Rosmah (persepsi yang gagal dinafikan secara telus oleh Najib).

Bukankah Majlis Tertinggi UMNO sewajarnya menjadi rujukan (?)
Bukankah selama ini walaupun UMNO menjadi dominan memerintah negara, kerajaan tetap adil dan toleransi kepada warga kaum dan ugama lain tetapi tidaklah sampai ke tahap sekarang. Mereka dibiarkan menjadi lebih yahudi dan kurang ajar panjat dan pijak kepala.

Saturday, November 1, 2014

Menjelang PAU - Najib buat U-Turn

Apa malang dan malunya umno Selangor di konvensyennya PWTC 1hb November apabila dipilih oleh Najib untuk meluahkan rasa kesal dan kecewanya. umno selangor dianggap lemah, bebal dan lembab untuk menguatkan parti terutama ketika pembangkang sedikit bercelaru di selangor baru-baru ini.

Dari segi angka..Tidak ada pertambahan ketara jumlah pengundi dan ahli umno.

Najib mengambil kesempatan untuk bercakap soal maruah dan perjuangan umno setelah sekian lama agak menyepi dengan ungkapan tersebut.

Rasionalnya kenapa Najib bercakap secara terbuka sedangkan ia boleh dibuat secara tertutup dengan semua Ketua AJK Bahagian Negeri...

Adakah benar umno selangor yang paling tercorot berbanding dengan negeri-negeri lain seperti Johor yang sedang difokus DAP.

Bagaimana dengan sayap..pemuda, wanita dan puteri...

Atau Najib sekadar membayangkan sampai kiamat pun umno tidak mampu tawan semula Selangor sekaligus memberi amaran dan peringatan kepada umno Selangor bahawa mereka perlu bersedia untuk berkompromi dan menerima perubahan...antara kemungkinannya menerima Azmin (?)

Lagipun menjelang PAU adalah merbahaya untuk membiarkan perwakilan tidak dikawal dengan isu apa yang dibenarkan berbahas dan siapa yang akan menjadi wakil negeri dan sayap untuk berucap.  Sedikit kebebasan tetapi sudah tentu bukan "senapang gajah atau meriam buluh" yang sewenangnya boleh dihala kepada pucuk pimpinan terutama isu terkini seperti 1MDB.


Perkembangan positif sebelum PAU diharap realiti, ikhlas selepasnya.

Menjelang PAU... Bagaimana Untuk Menguruskannya



PUISI

Tunjuk ada kesedaran...
Cakap mesti patriotik, perjuangan...
Pertahan maruah...
Tunjuk setia pada parti..
Bersatu..
Demi rakyat..
Pakat-pakat buat ikrar
berdiri teguh di belakang Pucuk Pimpinan...
Peluk, salam tanda tiada perbezaan..

Kalau tak boleh titiskan airmata..
Tunjuk muka sedih..
Merayu...
Bagitau penat lelah, tak cukup rehat,
tak cukup tidor memikirkan masalah rakyat....
Bagitau, negara luar kagum dan hormat negara

Lupakanlah sengketa sesama kita..
Lupakanlah atas demi 1Malaysia..
Lenalah atas nama BRIM..

Marilah berjuang dengan saya..
Percayalah saya...

Melayu mudah lupa.

Friday, October 31, 2014

Rakyat Lebih Percaya Integriti Hakim dan Peguam Bola...

Surah 24. An-Noor, Verse 11:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Translation:
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
via iQuran


Malam ni JDT vs Pahang..
Kalah mati..
InsyaAllah tiada konspirasi, tiada penangguhan dan rayuan keputusan.
Siapa menang atau kalah tidaklah sampai menyusahkan rakyat atau perlu bising memburukkan negara serata dunia.

6ANGKA