Antara kayu golf dengan rakyat - mana dulu yang Najib dahulukan?Jawapan: Najib telah mendahului rakyat dengan melawat 145 mangsa banjir di Pahang yang mewakili lebih ratusan ribu yang berpindah sebelum terbang ke Hawaiii..
Jawapan: Rakyat tetap didahulukan cuma kayu golf diutamakan !!!
Bukan sahaja rakyat love Najib tetapi Najib pun love rakyat..
Situasi dan keadaan banjir yang berlaku semakin buruk tetapi status, keterpaksaan dan keperluan di sisi Obama lebih dasyat dari itu.
Insya Allah lepas banjir surut, Najib balik dengan beberapa idea untuk mengumumkan beberapa lagi peruntukan yang ditambah disamping idea-idea transformasi (1BANJIR) supaya banjir besar dapat ditangani.
Rakyat akan berterima kasih dan memahami apa yang Najib lakukan, mungkin bukan sekarang tetapi 10 tahun lagi...







