Monday, December 15, 2014

BRIM tidak mampu menyelamatkan Najib...

Atas desakan dalaman yang sedang dipalu oleh sebahagian besar pihak yang berpengaruh menghala silap dan salah kepada Najib sudah tentu ia mempunyai titik noktahnya tersendiri.

Saranan Najib kepada blogger dan mungkin kepada pihak yang berada di pihak kerajaan supaya menyerang pembangkang nyata langsung tidak berganjak malah makin bertambah hebat sehari dua ini.

Kenapa tidak kepada pembangkang - jawapannya kerana kelemahan yang lebih besar ialah Najib sendiri yang menempah silap dan salah dalam mentadbir negara. Kesesatan dihujung jalan dengan tidak balik ke pangkal jalan akhirnya menemukan Najib dengan seribu satu masalah yang lebih besar dan sedikit demi sedikit penyokong di belakangnya sudah menyembunyikan diri.

Jika dasar popular seperti BRIM pun tidak mampu menyelamatkan Najib - ada lagi ke yang lebih hebat dari itu !!!

8 comments:

  1. Nanti Najib cakap blogger bangang kalau kondem dia.

    ReplyDelete
  2. BRIM banyak membantu umno mnag.... Adoii camna la kau analisis.
    camni la kluang agak2 tk suka najib kau keluar sat umno... Ya la mana tahu bergegar umno sampai melutut minta kau masuk balik.
    Sudah lah kluang hemtam ketua pastu kata aku faham umno... Buang najib nanti umno power .. Dulu suruh buang pak lah esok naik muhiydeen suruh turun gak ... Kluang apasal kau ni degil ya keluar umno jgn pakai baju umno la menyampah la

    ReplyDelete
  3. Tiada siapa yg bolih tumbangkan Najib melainkan Majlis Tertinggi UMNO.MT sepi aja,yg menyalak caix yang dulu pembodek dia tapi skrg sudah tak laku lagi mula tiup trumpet kerana tidak dapat habuan macam cacing kepanasan.Najib relax aja sebab kebanyakkan keputusan dan tindakan dibuat telah dibincang dan dipersetujui olih MT dan Cabinet.Collective decision.Adalah adil bukan saja Najib digugurkan malah semua menteri mesti ikut sama.Habis sapa nak jadi PM dan Menteri.Tak kan LKS atau TGHH jadi PM.Kalau nak buat satu topik hendak dibincang eloklah dikaji samaada ianya lojik.

    ReplyDelete
  4. Harap Najib singkir MT dan buat pilihan sendiri keatas siapa yang layak jadi ahli MT. PM mesti kuat dan berhati waja. Dulu Madir menipu dlm pemilihan sebab itu dia boleh kekal. Harap Najib guna apa saja yang ada dalam bidang kuasa dia, sebab kalau dia turun kemungkinan besar dia akan ke penjara.

    ReplyDelete
  5. MT setia dan menyelamatkan Najib, kabinet sokong Najib tetapi siapa pula yang akan menyelamatkan UMNO dan BN ???

    Pembangkang kekurangan 2% sokongan untuk menawan Putrajaya kerana undi Melayu atas pagar masih sokong, simpati serta memberi peluang kepada umno dengan harapan Najib tahu menghargainya.

    Tetapi situasi semasa menunjukkan Najib sudah tidak dalam aspirasi semasa orang Melayu dan yang sedang membantah adalah bukan sahaja pembangkang tetapi pengundi atas pagar yang dulunya memberi sokongan.

    Tidak kira berapa kuatnya umno menyokong Najib tetapi umno itu sendiri terkorban jika masib membiarkan Najib fan konconya berpaut pada parti yang sudah semakin hilang pengaruh.

    ReplyDelete
  6. The rural folks whom the ungrateful Urbanites called stupid for giving thei support to BN esp UMNO will save UMNO and BN again come next election.All these speculations and figures showing percentages of declining support are intangible facts which is just assessment.There are many other factors contributing to achieve the correct result were not been considered thoroughly.The result of the assessment were fully supported by majority of the Urbanites whom are the kuat Merungut type due to their own doing.They raised their standard of their living by being too meterialistics,brand conscious and arrogant thus they did not realised that they raised their cost of living.It is totally different scenerio at the rural areas,they lead a simple life and BRIM handouts are heaven to them as easily they can survive with the money for that month.Additional to this the events lately happening with PR were much too be desired and seen by the Atas Pagar really had the clear picture what to expect with they go along with them.

    ReplyDelete
  7. walaupun org kg akan teruss menyokong umno tetapi beberapa undi simpati dan atas pagar akan merosot dan melebihi 2%...cukup untuk menumbangkan Najib.

    ReplyDelete
  8. Pengundi atas pagar kebanyakkannya jenis yang sifatnya rasional di dalam membuat keputusan,tidak emosional saperti ahlix yang berparti.Kalaulah trend krisis yang dihadapi olih PR berlarutan dan berkemungkinan DSAI dipenjarakan tidak mustahil sokongan mereka akan intact ,mungkin bertambah.Bagi Najib beliau hanya perlu menentukan sokongan ahli MT dan teruskan agendanya di dalam menentukan ekonomi negara stabil,persetankan dengan kritikan yang menjuruskan kepada hanya mencari kelemahan semata mata dan menerima kritikan yang membina dengan tenang dan ikhlas.Tiapx perkara dibuat mesti ada risiko dan kita harus mengharongi risikox ini dengan memberi kerjasama bukan membuat spekulasi.Bagi UMNO perlulah bekerja lebih gigih lagi dan tidak putus asa.Keputusan GE 13 membuktikan UMNO masih utuh di mana dengan cabaran dan asakan pihak UMNO berupaya menang kerusi Parlimen l/kurang sama dengan kerusi yang dimenangi olih ketiga tiga parti PR.

    ReplyDelete

6ANGKA