
Presiden PAS yang kemungkinan besar dipertandingkan. Jangan sebok mencarik tepi kain kononnya parti PAS sedang menuju kehancuran dengan adanya pertandingan Presiden.
Proses demokrasi dalam politik adalah halal dan sah untuk jawatan Presiden dipertandingkan apabila ada keperluan sebagai proses sihat dan subur dalam memberi peluang ahli bersuara dan menentukan pilihan jika Presiden mereka bukan lagi satu inspirasi yang meyakinkan.
Ini semua tak ada dalam united malays non organise, parti kencing rakyat dan dapig.
Mereka tidak perlu berpura-pura, bodek dan kipas semata-mata untuk jawatan, pangkat dan kocek mereka..Risiko menentang Hadi bermaksud kemungkinan besar tidak dipilih lagi sebagai calon di pilihanraya akan datang. Risiko ini mereka ambil atas dasar prinsip dan ada tulang belakang, marauah dan integriti. Mereka tidak akan sokong jika pemimpin itu sudah dimakan anai-anai, itu sokong membawa rebah.
Mereka rela walaupun mungkin dicap jemuan-jemuan daripada menjadi bangkai biawak hidup.
Budaya pemimpin PAS yang suka melabel ahli yang tak sebulu dengan pelbagai gelaran seperti, babi, jebon, iblis tua, munafik haraki, kafir liberal, komunis dll. Malah Presiden turut melabel ahli sebagai broker dan barua.
Mereka mahu perubahan besar dalam PAS, perubahan yang lebih baik dan sudah tentu perubahan itu akan membawa kepada satu lagi alternatif terbaik dan lebih baik dari UMNO.
Perubahan besar tidak akan hadir dan berlaku sekadar proses peralihan kuasa lenggang mak limah, itu proses ayam betina. bertelor sebiji riuh sekampung.. Itu proses keluar mulut harimau masuk mulut naga.
Ahli UMNO mungkin rabun untuk melihat dan menilai mana satu pemimpin mereka yang sudah dimakan anai-anai, mana satu yang sudah banyak siput babi memanjat dan mana satu kelapa yang sudah ditebuk tupai, mana satu yang jadi tunggul.
Dan jikapun PAS pecah, roboh, rosak seleps ini......bukankah itu impian seumur hidup dan keberuntungan buat UMNO dan DAP..