Monday, March 9, 2015

Ketua Bahagian Hang Tu Sapa (?)

Salam kepada Ketua-Ketua Bahagian termasuklah Ketua Bahagian Aku dan Ketua Bahagian Hang dan Ketua Bahagian Hampa Semua...dan tentulah hampa semua tau standard ketua bahagian masing-masing, depa ada habuan masing-masing, ada yang sudah pencen, ada yang baru sepenggal, ada yang dah berpenggal penggal, ada yang yang belum, ada yang sedang menunggu, dulu rumah satu sebelum ketua bahagian, sekarang dah ada tiga, tahniah !!! Itu tentulah ganjaran selepas mereka bertungkus lumus bekerja untuk ahli dan rakyat, itu rezeki depa, hampa tok sah dok sakit hati...

Semalam depa dah pi jumpa ketua depa.. boleh tak cerita sikit apa yang dok bincang. Yang dah di beri press statement, itu dah yang kena press, yang belum kena press kami nak dengaq. Lagumana pun yang ramai dok habaq, ia tertumpu kepada IMDB dan ketua bahagian ini sudah sahkan semuanya betul dan akur janji kalau depa salah, tak dak sapa nak tolong depa. apakah depa ni ada kena mengena dengan 1MDB (?).

Sudah tentu peranan ketua bahagian masing-masing ialah kembali kepada bahagian masing-masing untuk pukul canang cerita yang sebenar, melainkan benar belaka.

Dulu selalu kita komplain, PM dan Presiden tidak diberi gambaran betul oleh pemimpin, ketua bahgian dan wakil rakyat sehingga PM tidak tahu masalah sebenar rakyat tetapi hari ini PM memberi cerita dan pesanan (secara tertutup)baik kepada ketua bahagian selaku pemimpin untuk dok balik jadi tukang cerita kepada rakyat (?).

Audit Negara belum buat semakan dan siasatan dan sewajarnya PM dan semua orang tidak boleh mengesahkan apa-apa. Jika tidak, apa guna mendahului dan menjatuhkan integriti Audit Negara (?)

Ketua Bahagian juga tidaklah perlu menunjukkan lagak mengatasi standard Delloitte, Lehman Brothers, Ernst & Young Ernst atau Touche Ross.

8 comments:

  1. umno dan bahlol tidak dapat dipisahkan..

    ReplyDelete
  2. Habis, nak kata semua ahli UMNO yang melantik Ketua Bahagian mereka bahlol juga ke? 3 jutawan ahli UMNO ahli Bangang!

    ReplyDelete
  3. Lepas ni president kata tiada pertandingan dalam jawatan umno sebab aku nak maintain jawatan dan jawatan geng-geng aku , yang bahalol pun setuju , supaya dan geng ada masa cuci apa yang patut cuci , dan yang kaki sapu akan sapu sepuas-puas nya sebelum PRU 14 sebab tau dah president ini nak bawak semua bahalol dan parti pi pelingkup dan buat sejarah moden umno.

    ReplyDelete
  4. Kalau macam ini mentaliti caix membuat komen,sampai bila pun BN yang ditunjanggi UMNO akan perintah Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Ketua bahagian janganlah bangga
    Konon memimpin ahli biasa
    Najib diampu memang kerja anda
    Ahli biasa ramai yang tak redha

    Ketua bahagian bolehlah rehat
    Dipuji dipuja pemimpin UNO
    Tidak kah perasan tipu muslihat
    Permainan kotor cina Jho Low

    Ketua bahagian menjalankan misi
    Mesej presiden sebolehnya dijaja
    Janganlah cuba mengelentong ahli
    Ramai dah peka keadaan semasa

    Ketua bahagian janganlah alpa
    Tanggungjawab memimpin amatlah berat
    Jangan impikan habuan diterima
    Masa yang ada cepatlah bertaubat

    Kalau jantan anda berkokoklah
    Jangan menikus di depan pemimpin
    Kalau tak betul tegaskan salah
    Takut menyesal dibuai angin

    Ketua bahagian minta maaf minta ampun
    Kalah PRU umno/bn rugi
    Najib dan orangnya tak kesah pun
    Sia sia sokongan dan undi kami

    ReplyDelete
  6. Skrg dah tahun 2015
    Bkn tahun 1970an

    Ketuu Bahagian dah jadi Barua Terhormat Tok Jib... Tahniah


    Mat Umno Pendang

    ReplyDelete

6ANGKA