Kemaskini:
Ini satu-satunya Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen yang masih "hidup"...Asal:
Dengan perkhabaran Ketua UMNO Bahagian berpendapatan RM50 ribu sebulan malah ada yang lebih berasaskan perjuangan perut, diikuti dengan amaran Najib bahawa tiada sesiapa akan dilindungi kalau melanggar undang-undang ia membawa maksud noktah kepada sesiapa sahaja yang cuba menentangnya.
Pusingan pertama Najib diserang dari pelbagai sudut.
Tetapi kini dalam pusingan kedua seperti di atas Najib memang boleh berbangga dengan situasi dan pencapaian terbaiknya.
Seperti kata Ku Li - Mahathir tidak punya pengaruh kuat untuk menurunkan Najib sepertimana dilakukan terhadap Pak Lah. Walaupun itu belum dinoktahkan, logiknya begitulah.Bolehkah kita anggap semua Ketua Bahagian dan kepimpinan UMNO yang ada sekarang beratur menjinjing fail masing-masing minta untuk dipadamkan (?)
Anwar sendiri gagal meruntuhkan UMNO dan Najib dengan isu Rosmah, Altantuya, 1MDB dan cubaan melalui "Sirul" juga tidak menjadi.
Sewajarnyalah semua mengangkat bendera putih !!!
Kemusnahan yang dilalui oleh orang Melayu dan Islam Malaysia di masa lalu sangat kecil dan belum mampu jadi pengalaman dan pengajaran, kita tunggu selepas ini.Pada mulanya kita anggap DAP lah yang jadi pemusnahnya, rupanya tidak...
Kita sanggup mati jika perlu berperang tetapi apakah kita rela mati kerana dikhianati...





