Monday, March 16, 2015

Tabik kepada Najib..

Kemaskini:
Ini satu-satunya Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen yang masih "hidup"...




Asal:
Dengan perkhabaran Ketua UMNO Bahagian berpendapatan RM50 ribu sebulan malah ada yang lebih berasaskan perjuangan perut, diikuti dengan amaran Najib bahawa tiada sesiapa akan dilindungi kalau melanggar undang-undang ia membawa maksud noktah kepada sesiapa sahaja yang cuba menentangnya.


Pusingan pertama Najib diserang dari pelbagai sudut.

Tetapi kini dalam pusingan kedua seperti di atas Najib memang boleh berbangga dengan situasi dan pencapaian terbaiknya.

Seperti kata Ku Li - Mahathir tidak punya pengaruh kuat untuk menurunkan Najib sepertimana dilakukan terhadap Pak Lah. Walaupun itu belum dinoktahkan, logiknya begitulah.

Bolehkah kita anggap semua Ketua Bahagian dan kepimpinan UMNO yang ada sekarang beratur menjinjing fail masing-masing minta untuk dipadamkan (?)

Anwar sendiri gagal meruntuhkan UMNO dan Najib dengan isu Rosmah, Altantuya, 1MDB dan cubaan melalui "Sirul" juga tidak menjadi.

Sewajarnyalah semua mengangkat bendera putih !!!

Kemusnahan yang dilalui oleh orang Melayu dan Islam Malaysia di masa lalu sangat kecil dan belum mampu jadi pengalaman dan pengajaran, kita tunggu selepas ini.

Pada mulanya kita anggap DAP lah yang jadi pemusnahnya, rupanya tidak...

Kita sanggup mati jika perlu berperang tetapi apakah kita rela mati kerana dikhianati...

9 comments:

  1. Sorry la orang melayu sekarang mana ada semangat seperti tahun-tahun 50 hingga 70 han yang terbukti terjadinya 13 mei apabila maruah melayu di pijak dan di hina , sejak anuar peliwat jadi menteri kewangan dan diajarnya ahli-ahli umno tentang politik wang pada era 90 han sehingga sekarang penyakit ini sudah jadi sebati dengan orang umno , kemudian penyakit ini sudah mula menyular dalam parti-parti pakatan rakyat apabila mereka dah dapat perintah dua negeri yang menjadi lubok duit , sebab itu apabila pemilihan agung parti mereka pun sibuk bergadung dan jatuh menjatuh . Sekarang bila jadi ahli perlimen dan adun negeri yang parti kita memerintah sudah boleh ubah hidup kita tak macam zaman 50han hingga 70 han gaji elaun tak besar ,tak ada GLC negeri kalau ada tak banyak tak macam sekarang , itu semua dah jadi barah politik sekarang yang melahirkan ahli politik tak berkualiti . Yang menjadi masalah sekarang semangant melayu itu pun dah pudar , orang lain sekarang boleh hina apa saja berkenaan agama islam dan bangsa melayu , orang melayu boleh relax malah bersempati dgn mereka yang menghina , itu realiti zaman sekarang , ini yang aku takut KD kerana sejarah tak pernah lupa kelemahan manusia hanya manusia yang sering melupai sejarah terutama bangsa melayu , akan berlaku seperti kejatuhan melaka lepas itu baru nak sedar , nasi dah jadi bubur maka terpaksa merana beratus tahun ...

    ReplyDelete
  2. Adakah Kluangdiamond ni orang Muhyddin? Ape pasal KD ni bersungguh-sungguh nak fitnah dan jatuhkan Dato Najib? Woi, KD bangang, ko dah dibayar berapa juta oleh Tun M and the geng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjukkan mana satu fitnah? Sekolah dulu kat mana, siapa guru yang mengjar ko..

      Delete
  3. untuk pengetahuan...Kluangman, Kadir jasin n din turtle inilah yng dilabelkan DS Najib JEMUAN,,,,bukan setakat Jemuan tapi hantu raya....bila tak dapat habuan mulalah nak pejatuh orang.,,tak payah nak berselindung kata hampa tu pejuang nak perbetul keadaan.....sebenarnya hampa nak habuan,,,,hampalah JEMUAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak boleh bercakap bagi pihak orang lain.
      Tetapi saya harap anon 10:35 dapat membantu saya untuk diperkenalkan kepada mana-mana pemimpin untuk mendapat ganjaran habuan-habuan seperti yang dimaksudkan.
      Saya sangat suka jika dapat sebaris berkumpul bersama blogger-blogger bangang seperti yang dimaksudkan Najib.

      Delete
    2. Anon 10.35

      Jangan tuduh sebarang tuduh
      Tuduhan perlu ada buktinya
      Andalah bangang dan tersangat bodoh
      KD, DT dan AKJ adalah wira

      Ampulah anda najib dan rosmah
      Tak menjadi kudis bagi wira2
      Sokonglah najib bersamalah rebah
      Wira2 diatas senyum dan ketawa

      Blog KD, DT dan AKJ kegemaran saya
      Setuju dan syukur masih ada pejuang
      Mengambil berat permasalahan semasa
      Bukan macan anon 10.35 hamba wang

      Delete
  4. Siapa boleh ganti Najib? Tun M dah tak mahu dah...........! UMNO ada cara yang halus dan berhati2 bila nak 'menjatuh'kan pemimpinnya.......itulah kelebihan UMNO! Kalau Najib jatuh, bolehkah Muhyidin menjadi pemimpin yg terbaik dan tidak dipertikai?

    ReplyDelete
  5. Din Lagilah teruk. Habis dilelongnya tanah melayu.

    ReplyDelete

6ANGKA