Dilaporkan Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita UMNO Kedah menyarankan Mukhriz bersikap berkecuali untuk menyatakan pendirian terhadap Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri merupakan satu lagi berita baik dalam ertikata demokrasi terus subur di dalam UMNO.
Sudah tentu berita ini diterima dengan hati terbuka oleh Ketua Puteri Malaysia yang mengutamakan perdamaian kedua-dua pihak dan tegasan KJ supaya Mukhriz tidak ditekan untuk membuat keputusan. Malah Najib selaku Presiden dan PM sendiri sudah nyatakan kesediaan dikritik
Kalau rakyat disaran sabar 1MDB sedang diodit kenapa pula Lebai Sudin tidak boleh sabar dengan faktor yang sama. Bukankah kedua-dua pihak Najib dan Mukhriz sedang mencari kebenaran..
Bukanlah sesuatu yang pelik jika Mukhriz enggan berbuat demikian dan rakyat Kedah sudah tentu boleh terima jika Mukhriz dilucutkan jawatan MB Kedah kerana itu adalah atas budibicara PM. Dalam hal ini Kedah tidak ketandusan pemimpin negeri yang hebat seperti Lebai Sudin.
Bagaimanapun ingatan juga telah mereka berikan kepda sesiapa sahaja yang cuba menggugat perpaduan UMNO Kedah perlu berhadapan dengan mereka terlebih dahulu...sesiapapun jangan pandang ringan amaran ini sebelum sesuatu tindakan dibuat...
Inilah krisis dan titik tolak terbaik untuk Mukhriz terus meniti kerjaya politiknya. Ia bagaikan satu peluang yang datang tiba-tiba untuk menguji kematangan dan memperluaskan pengaruhnya tanpa sandaran sesiapa.
DAN APA SUDAH JADI DENGAN BLOGGER KEDAH INI









