Wednesday, April 15, 2015

Makin parah: Saolan Mahathir Sudah Jadi Saolan Rakyat...


Memandangkan ada kumpulan yang sengaja buat tak faham atau memang sengaja putar alam, diturunkan satu demi satu persaolan RAKYAT.
Suka atau tidak, saolan Mahathir sudah jadi saolan rakyat.
Suka atau tidak sokongan kepada Najib sudah jadi sokongan segelintir ahli UMNO kepada Presidennya yang dipilih bukan dari pertandingan.

" Dr Mahathir tanya mengapa kenakan GST sedangkan pemimpin kerajaan hidup mewah? Dr Mahathir kata zaman dia tak caj GST pun boleh membangunkan Malaysia "

Saolan tidak boleh ditanya banyak dan bertalu-talu, pertama mungkin sebab tak faham, lain ditanya lain dijawab sudah dikatakan "sudah jawab". 

Inikah mentaliti yang mahu bangunkan negara atau bangunkan perut sendiri !! yang tempiasnya baru rakyat dapat secara tidak langsung...

Saolan Mahathir mungkin kurang tepat tetapi itu adalah saolan maut...
Saolan maut kepada yang tidak mahu jawab, saolan maut kepada yang tidak pandai mengurus saolan dan jawapan..
Tak perlu CGPA 3.8 atau dari Harvard untuk menjawab saolan tersebut.

20 comments:

  1. GERAKAN ETD Najib.aka Najib is not Irreplaceable.
    Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib).
    Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
    KJ cukup lah dengan opportunis kamu.Orang OXON konon.STOP KJ.Destroy apple polishers.OXON menyesal bagi KJ dapat ijazah OXON.
    Najib is not irreplaceable.He is Clueless.
    TDM, You are not alone.
    Rakyat tolak BN sebab ;
    UMNO sudah jauh memyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan dan warga bangsawan juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan.
    memingirkan luar bandar.
    Getah RM1.93 tak dapat beli beras 5 %,Minyak subsidi 2.50, Ron 95, 1.95,gula 2.58.
    Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.1M,endless possibilities dan 1000 macam slogan.Endless festivals.Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung dapat hidangan cina dolls.
    Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain.
    Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutmakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.
    Pakatan Rakyat wajibi menang pada PRU14 dan Pas akan meminpin kerajaan...
    #2 arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum KD

    UMNO perlu faham bahawa PRU lepas sokongan masyarakat Cina hanya sekadar 5-15% (bergantung pada tempat).
    Sokongan Kuat yg menjadikan UMNO memerintah Negara dan negeri berdasarkan kekuatan Dikawasan Melayu. Maknaya dikawasan bandar BN kalah.

    Umum mengetahui golongan kaya dan pertengahan majoriti besar menolak BN.

    Isu rakyat adalah persepsi paling cantik didalam menterjemahkan sokongan rakyat. TDM adalah pakar persepsi.Beliau yg memahami dunia helah politik akan sentiasa menggunakan rakyat sebagai kekuatan hujah.Begitulah waktu UMNO berpecah 2 kepada semangat 46 dan UMNO baru.TDM sentiasa mengatakan ahli UMNO bersetuju dengan tindakan bijak beliau. Tetapi hakikatnya Bila PRU UMNO hancur di kelantan.

    Disebabkan kebijaksanaan TDM pakar Persepsi difitnahnya Tengku Razaleigh memperjuangkan salib akibatnya pembangkang tersungkur..Ingat tak?

    Persepsi hanya mainan golongan yg kalah dengan fakta hakikatnya PRK yg akan datang di permatang pauh kubu kuat PAKATAN pun Lim Guan ENG sudah goyang. Bagaimana pula Rompin.Hanya penganalisa kedai kopi tanpa GST berani bertaruh UMNO kalah teruk.

    Jangan terkejut sekiranya TDM bertanding atas tiket peribadi di rompin juga bakal tersungkur.Ini lah yg fakta bkn persepsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni siapa yang tukang fitnah sebenarnya? Saya rasa saudaralah tukang fitnah yang sebenarnya. Isu yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir tidak pula saudara nak beri penjelasan, sibuk menuduh yag bukan-bukan pula.

      Tun Dr. Mahathir menegur dan bertanya Najib, tetapi telah dipesongkan oleh golongan pengampu dengan menuduh Tun Dr. Mahathir memfitnah Najib. Inilah golongan yang membodek dan mengampu hingga membawa rebah. Setiap hari di media-media arus perdana cuba menggunakan macam-macam cara untuk rosakkan kredebeliti Tun Dr. Mahathir, tetapi Allah Taala bersama orang-orang yang benar, buatlah macam mana pun kejahatan untuk mengainaya orang lain, kalau perkara buruk itu, tak akan diredhai.

      Macam PRU 13 sebelum inilah, Allah Taala masih memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional, sebab mungkin DAP, PKR, dan PAS itu jauh lebih teruk dan hanya merosakkan negara ini. Pimpinan Barisan Nasional patutnya menjadi manusia yang pandai mendengar dan pandai menjawab soalan serta pandai untuk menguruskan sesuatu, bukannya tidak mahu mendengar kebenaran yang tak syok sendiri, lain ditanya lain dijawab malahan pengurusan yang caca marba kerana tidak melihat realiti sebenar yang berlaku dalam negara ini.

      Delete
    2. Kata najib pun bijak. Tak cukup dengan dia yang dah cukup bijak, ada pula penasihat2 berbayar yang bijak2, tambah lagi konsultan2 yang bertaraf antarabangsa yang dibayar hingga berbilion ringgit. Setakat Tun Mahathir yang dah tak ada kuasa serta keseorangan, apalah najib nak risaukan. Sebab itu dalam tv3 selamba aja najib tak jawab apa yang disoal tetapi mengungkit pula kisah jambatan bengkok. Bila najib lebih bijak, binalah persepsi yang Tun Mahathir itu buruk dan hodoh. Ciptalah persepsi supaya seluruh rakyat sokong kerajaan. Biarkanlah Tun Mahathir keseorangan.

      Delete
    3. Isu tengku razaleigh saya tak fitnah la memang benar dan itu lah kehebatan TDM dalam perang persepsi.

      ..http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2013/04/peristiwa-umno-diselamatkan-tengkolok.html

      https://www.google.com.my/search?q=tengku+razaleigh+pakai+tengkolok+salib&biw=1280&bih=923&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=rT4vVZ-lJ9OiugTDvYGIAw&ved=0CAYQ_AUoAQ&dpr=1

      Delete
    4. Tun Dr. Mahathir tak melakukan serangan peribadi, apa yang disoalkan itu adalah untuk kebaikan negara dan rakyat. Saya tak nampak pun isu peribadi dalam soalan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Najib itu.

      Malahan dalam isu Jambatan Bengkok, rakyat tahu bahawa Jambatan Bengkok adalah perlu kerana untuk membangunkan industri pelabuhan di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang, pembangunan kedua-dua pelabuhan itu akan merancakkan ekonomi yang akan memberikan peluang niaga dan peluang kerja yang banyak kepada kerajaan. Tak guna buat rumah yang kononnya mampu milik (sebenarnya mampu tengok sahajalah, harga beratus ribu), sedangkan peluang pekerjaan tak ada, orang nak beli rumah pun tak mampu sebab tak ada pendapatan.

      Malahan dengan pembinaan Jambatan Bengkok itu, aliran air di Selat Johor akan lebih berkesan dan mengelakkan pencemaran yang teruk. Perlu di sedari bahawa terdapat perusahaan ternakan kupang di perairan Selat Johor yang diusahakan oleh warga Malaysia, orang-orang kampung, jika air di Selat Johor makin tercemar, maka perusahaan ternakan kupang malahan ternakan ikan sangkar di kawasan Selat Johor akan terjejas dan boleh menyebabkan pengusaha yang terdiri dari orang kampung itu gulung tikar dan kerugian.

      Saya menyokong kenyataan Berasiam, tak perlu konsultan yang dibayar berjuta-juta ringgit untuk setiap projek makmal jadah apa entah itu, selama ini pun dengan agensi kerajaan sahaja pun dah berjaya membangunkan negara ini, jadi apa perlunya konsultan makmal jadah apa itu lagi?

      Pihak kerajaan kena melihat realiti di negara ini, tak semestinya yang dibuat di US itu sesuai dengan realiti kehidupan di Malaysia, kena lihat aspek-aspek sampingan, jangan hentam semberono meniru orang sahaja. Orang yang bijak adalah orang yang dapat menginovasikan hasil peniruan dari orang lain untuk ditambah baik bagi kepentingan umum, bukannya menjadi tukang tiru tak tentu hala.

      Delete
    5. Tun Dr Mahathir dah bersubahat dgn peliwat tegar no.1 dunia untuk menjatuhkan Dato Najib dan melayu. Sedarlah korang yg dok mempertahankan Tun M. Najib masih relevant.

      Delete
  3. Jika dikatakan Najib takut bini...adakah itu fakta atau persepsi (?)
    Isu di atas sangat berpengaruh sekarang - fakta atau persepsi..itupun salah Mahathir juga ke (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sembang masalah rumahtangga sahabat kita dipanggil ghibah

      “Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Bagaimana pendapat kamu jika apa yang aku katakan ada pada orang itu? Baginda menjawab: Engkau telah menghibah dia tetapi bila tidak ada padanya maka engkau telah berdusta kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

      Erti ghibah atau umpat (mengumpat) ialah: Kata-kata yang bermaksud untuk menodai nama orang (merugikan orang). Kata-kata mengeji (mengejek). (Lihat: KAMUS DEWAN, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka) Atau memperkatakan tentang keburukan orang lain di belakangnya yang tidak disukai oleh orang tersebut. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan erti ghibah dengan sabdanya:

      أَنْ تَذْكُرَ الرَّجُلُ بِمَا فِيْهِ مِنْ خَلْفِهِ

      “Ghibah adalah engkau menyebut-nyebut seseorang tentang apa yang ada padanya dari belakangnya (tanpa diketahuinya)”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)

      http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/03/055-ghibah-mengumpat-adakah-dibenarkan.html

      Delete
    2. Kalau menuduh Tun Dr. Mahathir yang bukan-bukan dengan tuduhan melulu dengan niat nak memburuk-burukkan imej Tun Dr. Mahathir supaya dia tidak memperjuangkan kebenaran untuk rakyat Malaysia dan negara ini dikategorikan apa pula?

      Sampai menggunakan semua saluran, media, lepas tu diheretnya ahli parlimen, kemudian NGO pengampu, tak cukup dengan itu sayap-sayap parti, diheret sekali untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir, itu apa pula? Apakah saudara pernah menasihatkan perkara ini kepada Najib dan puak-puak pengampunya itu?

      Jangan jadi ulama yang menjadi boneka, mulut nampak macam bersuara, lidah nampak macam bersuara, tapi hakikatnya itu semua bukannya kebenarannya, dia dikawal oleh orang lain hingga membela kemungkaran untuk secebis bayaran yang tak ubah seperti secalit daki di bumi ini.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Tun Dr Mahathir dah bersubahat dgn peliwat tegar no.1 dunia untuk menjatuhkan Dato Najib dan melayu. Sedarlah korang yg dok mempertahankan Tun M. Najib masih relevant.

      Delete
  4. Pengurusan negara perlu kaedah yang betul, barulah negara boleh maju dan aman.

    Kerajaan akan dapat sokongan dengan menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk hidup yang selesa, bukannay membeli sokongan rakyat dengan bantuan yang tak seberapa kemudiannya dibebankan dengan perbelanjaan oleh rakyat hingga kalau poket tu bukan setakat rabakh dah hilang poket dah pun.

    Saya melihat di era Tun Dr. Mahathir, beliau menguruskan negara ini sebagai pentadbir negara. Negara dibangunkan dengan berbagai infrastruktur supaya rakyat dapat menggunakan infrastruktur ini bagi membangunkan diri mereka sendiri. Kerajaan hanya memberikan bantuan yang minima, kos ini tidak membebankan rakyat. Misalnya kerajaan hanya sediakan kemudahan sistem pengangkutan yang baik seperti pelabuhan, jalanraya, jalan keretapi, lapangan terbang, manakalah di pihak swasta pula menyediakan pelaburan membangunkan projek-projek industri yang memberikan peluang kerja kepada rakyat.

    Malahan dengan sektor industri itu, akan membantu banyak pihak lain, seperti industri berkaitan getah membantu pekebun getah, industri berkaitan makanan membantu petani-petani, penternak dan nelayan. Malahan peluang kerja di kilang-kilang akan memberikan kerja kepada jutaan penduduk di negara ini.

    Malahan kegiatan ekonomi sampingan hinggakan warung pun mendapat rahmat bila pekerja kilang makan di warungnya, malahan pembekal kuih pun dapat memasarkan kuih di warung tersebut.

    Saya melihat, Tun Dr. Mahathir melihat ekonomi dari peringkat 'makro' hinggalah ke 'niche' di mana pembangunan itu hendaklah holistik dan memberikan keuntungan kepada semua pihak.

    Malahan dari segi pelaburan kerajaan, penyediaan infrastruktur untuk kemudahan industri memanglah memakan belanja yang besar, tetapi dalam tempoh beberapa tahun, kerajaan akan dapat memungut semula perbelanjaan itu beserta dengan 'keuntungan' melalui cukai yang dibayar oleh pihak industri serta para pekerja atasan kilang yang membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.

    Sebab itulah dalam pemikiran Tun Mahathir, dia akan berbelanja RM 1.00 untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM 10.00, RM 1.00 itu adalah penyediaan asas oleh pihak kerajaan, tetapi RM 10.00 itu adalah pendapatan kerajaan hasil dari cukai korporat, cukai pendapatan, duti eksport, cukai tanah dan sebagainya. Kesannya negara makin maju kerana cara pengurusan negara yang betul, hasilnya rakyat akan sejahtera kerana hasil dari keuntungan negara dari hasil cukai itu akan digunakan untuk pembangunan yang lebih besar kepada rakyat seperti penyediaan kemudahan sosial seperti sekolah, klinik, bantuan kepada orang miskin, peruntukkan pembangunan sukan dan sebagainya.

    Saya tidak nampak orang-orang yang mempunyai wawasan yang sangat jitu dan kompleks seperti Tun Dr. Mahathir dalam barisan kabinet Malaysia sekarang ini. Tapi kalau dalam PAS, PKR, dan DAP, lagilah langsung tak ada, mereka itu tak payahlah nak diundi, hanya merapu dan merosakkan masyarakat sahajalah.

    Walaupun saya memihak kepada Tun Dr. Mahathir dalam isu ini, tetapi bukanlah bermakna saya penyokong puak pembangkang, atau saya hendak menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kerana sayangkan UMNO dan Barisan Nasional, saya berada di sebelah pihak Tun Dr. Mahathir kerana apa yang diutarakan itu adalah penting untuk diselesaikan demi agama, bangsa dan tanah air, serta parti kesayangan kita, UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  5. Antara peninggalan terbesar TDM kepada Najib adalah Hutang rakyat yg mencecah 85%

    Zaman TDM terkenak melahirkan rakyat yg suka berhutang tetapi hidup miskin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya ke? Siapa PM Sebelum Najib? Setahu saya pada tahun 2003, hutang negara hanyalah RM 188 bilion, tetapi pada tahun lepas sahaja, lebih kurang RM 667 bilion, dalam tempoh hujung 2003 hingga 2014, siapa yang jadi Perdana Menteri? Tun Dr. Mahathir kah?

      Lihatlah hutang negara, di era Tun Dr. Mahathir, paling tinggi hutang pun RM 188 bilion, itu pun dah diselesaikan. Sekarang mencecah hingga RM 667 bilion dalam tempoh beberapa tahun ini, berlaku peningkatan hampir RM 500 bilion hutang, apa ini semua? Itu semua salah Tun Dr. Mahathir jugakah?

      Zaman Tun Dr. Mahathir dulu rakyat hidup sejahtera, pergi ke kedai, beli barang, keluarkan RM 50.00 boleh ada baki lagi, tapi sekarang ini kalau pergi ke kedai, beli barang yang sama, jumlah yang sama, kena keluarkan beberapa keping RM 50.00 untuk membayar barangan itu.

      Sudah-sudahlah nak membohong, kerana perbuatan anda ini hanya mendedahkan betapa jahil dan busuk hati manusia pendengki seperi anda ini.

      Delete
    2. Ini senua fitnah. Tunjukkan bukti mane hutang negara mencecah RM 667 Billion? Serupa puak Fuckatan korang ni. Ptuihhhh

      Delete
  6. Tun M berkomplot dgn peliwat untuk jatuhkan Najib?Wednesday, April 15, 2015 10:47:00 PM

    Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke rumah bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim, (Pak Brahim) untuk menziarahi jenazah Pak Brahim tidak ramai diperkatakan orang.Mungkin orang menganggap pemergian itu biasa sahaja dan satu kebetulan.Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi alasan kedatangan Mahathir itu kerana bekas PM itu kenalan lama bapa mertuanya.Tidak ada keterangan lanjut dari itu.Apakah sebelum ini Mahathir ada menziarahi Pak Brahim atas hubungan disebut Wan Azizah itu? Di rumah Pak Brahim itu,Mahathir hanya berada sekejap sahaja,tetapi isterinya mengambil sedikit masa untuk berbicara dengan Wan Azizah.Apakah Siti Hasmah ada membawa mesej atau pesan tertentu daripada suaminya untuk suami Wan Azizah?

    ReplyDelete
  7. Tun M berkomplot dgn peliwat untuk jatuhkan Najib?Wednesday, April 15, 2015 10:50:00 PM

    Sejarah lama menyebut,Anwar pernah membantu Mahathir memperkukuhkan Umno.Apakah bantuan itu diperlukan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak? Dalam berhadapan dengan Najib,Mahathir nampak kesukaran sedikit sedangkan nafsunya membuak-buak.Anwar dan Mahathir ada maksud sama mengenai Najib.Jatuh dan singkirkan anak Tun Razak Hussein itu.Jangan kita berfikir Mahathir pernah menganiaya Awnar maka mereka tidak boleh kembali bersama.Kita kena terima dalam politik apa sahaja boleh berlaku.Tidak ada apa-apa yang mustahil dalam politik.Begitu juga dengan Zahidi,dia tidak sengaja datang kalau tidak membawa apa-apa motif. Atau beliau sudah tentu tahu akan ada persepsi dengan kehadiran itu. Zahid boleh beri alasan Pak Brahim adalah jiran setamannya dengannya.Kehadiran itu tidak penting baginya kerana ia boleh memusnahakan kepercayaan Najib kepadanya.Tetapi kenapa beliau hadir? Persoalan matemetik ini belum dijawab.Apakah dia sudah memaklumkan kepada Najib akan kehadiran itu.Report kepada Datin Seri Rosmah Mansor sepertimana dia memberi tahu Najib yang dia berjumpa dengan Anwar di luar negara? Atau pun bercakap dengan Anwar menggunakan perantaraan? Dalam melihat kedatangan Mahathir dan Zahid ke rumah bapa Anwar itu bagi saya ia ada cerita tersendiri. Kejadian itu bukan secara sengaja, tetapi disengajakan. Ketepatan sangkaan saya ini benar, apabila malam kelmarin seorang pemimpin tertinggi sebuah parti Pakatan Rakyat membisik kepada saya; ada perundingan antara Mahathir dengan Anwar. Oh stop dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan percaya tuduhan Mahathir!!!!!!!!!Wednesday, April 15, 2015 10:54:00 PM

      Beruntunglah Nuar walau pun masuk penjara tapi ada balaci buat kerja dia kat luar.Kalau ikut kata Zul Nordin,Nuar suruh dia kaitkan Altantunya dgn Najib,so kan ke TM pun buat kerja tu sekarang?.

      Delete
  8. Kita akan tahu juga (1) hari nanti, SIAPA SEBENARNYA WAKIL DAJJAL MALAYSIA.
    NAJIB @ TDM.

    Bagi ahli makrifat /sufi/wali, mereka sudah tahu siapa wakil dajjal ini. Mereka menyimpan rahsia negara untuk pengetahuan diri mereka dan orang kepercayaan mereka sahaja atas sebab dibimbangi dicop fitnah (bukan semua manusia boleh menerima kebenaran).

    Saya jangka semuanya akan mulai kelihatan di depan mata orang selewat-lewatnya 2017.
    Percayalah, akan ada yang 'mati' dan haru biru politik malaysia nanti.
    Rakyat semua kena bersedia menghadapi apa jua kemungkinan termasuk bersedia jatuh miskin dan papa kedana.

    Bila ALLAH telah muak dengan perangai-perangai pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia, nescaya ALLAH tidak akan memandang belas kasihnya lagi kepada kita. ALLAH akan beri kita sebaik-baik hukuman atas sifat kasih rahmatNya (seminimum mungkin) tetapi kita sebagai hambaNya, mampu ker nak terima? Ringan pada ALLAH, berat pada manusia.

    Wasalam.

    ReplyDelete

6ANGKA