Cuma kesal kesederhanaan artikel itu dicemari dengan komen-komen yang saya anggap sampah kerana tuduhan liar ke atas Tun Dr Mahathir dan Najib, blog ini tidak kompromi dengan fitnah dajjal dan sekadar tuduhan kosong. Pergilah buat repot jika benar dari melalak liar.
Kena diingatkan bahawa sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah tentu ada silap dan salah tetapi jika ada jenayah yang beliau lakukan, sewajarnya laporan polis boleh dibuat sekarang lebih-lebih lagi beliau sudah tidak punya jawatan, kuasa dan pengaruh untuk menghalangnya.
Sepanjang pemerintahannya hingga sekarang, sudah ramai yang cuba mengorek kalau kalau ada kesalahan jenayah Mahathir termasuk salahgunakuasa, korupsi atau apa sahaja yang boleh membawanya kepada tindakan undang-undang atau memalukannya tetapi semuanya nyata gagal.
Mana dia berlori-lori bukti jenayah Mahathir seperti yang diwar-warkan Anwar selepas dipecat?
Sekarang ini pun Rafizi ulang, Mahathir takut ke penjara jika UMNO kalah juga merupakan cakap-cakap kosong.
Bukan setakat musuh politik seperti pembangkang tetapi juga melibatkan badan perisikan luar neara seperti CIA, KGB, Mossad dan banyak lagi bagi tujuan perasugut - tiada satu pun boleh dikaitkan Mahathir dengan apa jua sekandal.
Oleh itu apabila hari ini Mahathir sarankan Najib berundur kerana gagal menjawab dengan jelas pertanyaan berhubung kehilangan 28B dlam isu 1MDB, beliau telah diserang oleh orang umno sendiri yang fanatik kepada Najib dengan tuduhan liar.
Dengan katalain - Janganlah dipanjangkan isu dengan mengungkit soal2 peribadi hanya untuk mencari kesalahan atau membandingkan siapa yang lebih hebat antara Tun Mahathir atau Najib ..... tumpukan saja kepada persoalan yang dibangkitkan, maka cepatlah selesai masalah - Din Turtle
Serangan membuta tuli itu sungguh memalukan, mual.
Dalam isu pergeseran Mahathir Najib, sewajarnya mereka sendiri selesaikan dengan bijaksana. Najib kena guna kebijaksanaannya untuk kekal dan Mahathir juga akan guna kebijaksanaannya untuk memastikan Najib berundur. Apakah kita lebih tahu dari mereka berdua tentang keadaan sebenar ?
OLEH ITU SEBARANG TUDUHAN LIAR KE ATAS TUN ATAU NAJIB TIDAK AKAN DILAYAN OLEH BLOG INI.

POSTING ASAL UNTUK DINIKMATI SEMULA:
Apa yang Tun minta ialah Najib berundur merupakan satu titik tolak yang kelak menjadi catitan sejarah.
Samada Najib berundur atau tidak sudah menjadi pertimbangan besar yang sedang melanda Najib untuk halusi dan mungkin mengganggu seisi keluarga. Mahathir tetap tidor lena.
Tidak ada kemenangan atau keuntungan untuk Mahathir jika Najib berundur dan tidak ada kekalahan atau kerugian kepada Mahathir jika Najib terus memimpin UMNO.
Yang perlu banyak memikir adalah ahli UMNO dan rakyat. Yang perlu merealisasikan samada putih atau hitam adalah pemimpin.
Mahathir sudah menjalankan tanggungjawabnya dan apa yang akan diusahakan seterusnya masih atas status nasihat dan ingatan.