Wednesday, June 17, 2015

KENAPA BARU SEKARANG IA DINYATAKAN...

Setakat mana kita menilai kebenaran bahawa Tun Dr Mahathir mahu Najib
berundur kerana PM menolak permintaan peribadinya dan bukan sebenarnya atas isu 1MDB.


# Najib mendakwa Tun mahu dia berundur kerana dia (PM) tidak dapat memenuhi permintaan peribadi Tun, 1MDB bukanlah alasan sebenar (?)

Tuesday, June 16, 2015

JAWAPAN 1MDB MENGESAHKAN SAOLAN MAHATHIR ADA ASAS DAN BENAR..

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/06/17/1mdb-confirms-our-suspicions-were-right/

Conclusion: Petrosaudi indeed did not pay a single cent for the JV Co and Tun Mahathir was right after all.
Conclusion: Tun Mahathir was wrong on the figure, it was not USD3oo million but in actual fact it is USD1.83 billion! And we do not know where the cash has gone to after getting units in return.








N2H telus dan jujur..

Memang Tidak Ada Apa-Apa Yang Mahu Disembunyikan Kerana Semuanya Sudah Lesap.

Segala perancangan dari ratusan pakar dan konsultant musnah, berselerak dan berserabut kerana terjahan Mahathir seorang.

Dari Mahathir, sudah berjangkit kepada rakyat, kini hinggap pula ke Istana Johor.

Salam Ramadhan..



# Rahmat Ramadhan awal-awal lagi sudah nampak, Pakatan Haram sudah karam...
# 3 hari berada di Kelantan, masih kedengaran isu GST - mereka tidak halalkan percukaian 6% GST yang dikenakan..
Ini akan terus tersemat pada rakyat Kelantan sehingga PRU dan kekuatan isu ini menafikan PAS akan bergabung dengan UMNO.

Pakatan Haram Tunjuk Belang Masing2..

PAS yang selalu jadi kambing, kini boleh rasa sedikit kebebasan atau kurang kebas daripada asyik ditunggang disembeleh dalan Pakatan Haram.

DAP pun dah tunjuk belang kebabiannya, bau busuk hanyir lendir sudah jelas.

PKR masih mamai mamun kelembuan, belum buat keputusan.

Dijangka masih tetap kena tarik hidung. Perjuangan atas prinsip peribadi kini hilang plot.

Tetapi itu tidak bermakna UMNO selamat dan kuat. UMNO lebih parah jika makhluk perosak masih kekal dalamnya bagai anai2...


Monday, June 15, 2015

UPDATE: KERAJAAN BERI DURIAN RUNTUH KEPADA PREPAID...... ASAL:PENYANGAK DENGAN LANUN SAHAJA SETARAF UNTUK BERDEBAT, INI HARTA AHMAD ALBAB SIAPA PUNYA...



Tempat yang dicadangkan di Parlimen - hadir ke tidak (?)


INI HADIAHNYA....

(Oleh Nadia Hanafi)
KUALA LUMPUR 16 JUN: Harapan rakyat supaya tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan 6 % ke atas perkhidmatan kad prabayar top up hancur berkecai apabila kerajaan mengumumkan cukai tersebut tetap diteruskan.
Semalam, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menyoal Menteri Komunikasi dan Multimedia – kenapa GST 6% tidak diserap syarikat Telco seperti kerajaan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) 6% dahulu.
GSTKatanya, sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berjanji GST 6% tidak akan dikenakan ke atas top up dan masalah akan diselesaikan 30 hari selepas 1 April.
Namun dalam ucapan penggulungan, Menteri berkata beliau tiada kuasa untuk membolehkan syarikat Telco menyerap GST 6% dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.
“Jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia sekaligus menghancurkan segala harapan rakyat bahawa GST ke atas kad top up boleh diserap oleh syarikat Telco.
“Ini satu pusingan U (u-turn) yang amat besar,” kata Sim pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Pengarah Strategi KEADILAN itu, Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar seperti Seksyan 199 Akta Muktimedia dan Komunikasi 1998, tetapi enggan berbuat demikian.
“Keputusan kerajaan sekaligus akan meningkatkan keuntungan syarikat Telco setinggi RM850 juta.
“Saya juga ingin melahirkan kekecewaan kerana menteri lebih memihak kepada syarikat-syarikat Telco daripada membela rakyat,” kata Sim.

SIAPA PULA YANG MENYAMAR NI, TRY YOUR BEST TO SPIN..

Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor
Ampun Tunku beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku.
Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya campur dalam hal politik, Tunku menulis satu mesej panjang lebar kepada Rakyat Malaysia.
Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini.
Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor, satu akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara dalam Negara. [Sebenarnya definisi “Bangsa Johor” termaktub dalam undang-undang tubuh negeri. – Editor]
Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial. Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua.
Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis “bagaimana boleh diadalan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia sudah melebihi sempadan sepatutnya.
Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program. Ia bukan hak tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat.
Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis sedemikian mengenai Perdana Menteri.
Dalam menjawab Nazri, Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat.
Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian. Ada juga rakyat berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam majlis terbuka sedemikian.
Namun, Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab, kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu.
Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan kerabat, beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati tersebut secara senyap dan tertib.
Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja?
Apabila adab dan kesopanan ini sudajh dilanggar, akan ada yang melanggar kembali biar pun tanoa restu Perdana Menteri.
Tunku murka, terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur oleh Nazri. Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana.
Budaya apa yang hendak diterapkan?
Ampun Tunku beribu ampun,
Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum.
Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini.
Hakikatnya, kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku.
Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran, namun menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, ia bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri.
Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tunku.
Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja Melayu dan Rakyat.
Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba.
Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
Rakyat Marhaen
Amin Bin Yatim


## Cepat betul surat terbuka ini ada dalam blogg prepaid, sendiri tulis kot...Sikap kurang ajar seperti Menteri Hang Celupar masih ada dalam surat terbuka ini.

Ini pun salah Mahathir juga ke..

Dalam situasi membela rakyat, dalam isu terkini, TMJ berada paling hadapan di saf kepimpinannya tersendiri.

Ketika pengkhianat negara sebok memadam legasi Mahathir, legasi negara, legasi rakyat, nasib masih tidak menyebelahi mereka gara-gara kerana pulut santan binasa.

Tidak seorang pun rakyat Johor tertinggal untuk menyokong TMJ dalam isu ini kecuali beberapa nama yang masih membisu, masih play safe semata-mata mereka masih utamakan jawatan dan kedudukan.

Walaupun Johor mempunyai beberapa nama besar di dalam kepimpinan negara tetapi setakat ini Ketua Bahagian Parit Sulong telah mendahului mencela Nazri sebagai kurang ajar kerana cuba mencemar imej TMJ.

Bagaimana dengan KBU Johor Bharu,  Semberong, Pontian, Pagoh, Penggerang (yang baru dapat jawatan), bekas KBU Batu Pahat,  bekas KBU Kota Tinggi. Awak semua kat mane?

6ANGKA