.....
Ada pihak semborono mendakwa blog ini menggunakan sumber barat untuk menulis.
Anon sendiri yang tiada identiti tidak pula menamakan sumber mana yang ada integriti untuk dipercayai dan diyakini buat masa sekarang hatta PM sendiri sudah tercampak ke dalam situasi yang diragui.
Semua pihak tidak perlu menuding terlalu banyak telunjuk dan jari kepada pihak lain untuk menyalahkan sebaliknya akui lah banyak silap dan salah itu datang dari
tindak tanduk diri sendiri, dari kabinet syok sendiri dengan menteri samseng dan berlagak pandai >>>>>>>>>
Apakah sikap ini sedang di amalkan oleh pemimpin kita sekarang.
Ada dengar mereka buat statement semulia ini..
Yang ada sekarang banyak tuduhan kosong, pembelaan kosong dan penafian kosong...
Lebih malang, kerajaan sangat lemah dalam pengurusan krisis, flip flop yang menyebabkan isu satu inci membesar jadi satu kilometer, akhirnya tidak dapat dikawal dan menjadi virus.
Sebaiknya kita mendapat sumber dari pelbagai hala dan cara, menilai dan menganalisa untuk diterima atau ditolak ... blogg ini menghargai perkongsian maklumat dan perbezaan hujah..bukannya peningkatan maki hamun..sedikit emosi perkara biasa kerana rakyat sakit hati atas apa yang berlaku...sekarang negara dalam porak peranda pun dicaturkan oleh barat.
Siapa yang memberi peluang itu?
Kelemahan siapa membuatkan barat ambil kesempatan?
Kalau kita betul dan benar, boleh ke barat perkotak katik...
Sekali lagi jangan banyakkan salah pihak lain..
jangan salahkan rakyat..
jangan mudah cakap..rakyat jangan terpengaruh...
Hakikatnya pemimpin sendiri lupa diri, klentong, membuat fitnah, tidak amanah, bercakap bohong, kroni, rasuah, gagal memahami kehendak rakyat, boros, mewah tak bertempat, menunjuk-nunjuk..
Kelansungan kehidupan rakyat terkini, apakah sengaja rakyat benci dan marah Najib, sengaja bercakap dan jealous pada Rosmah, sengaja geram dan sakit hati pada Menteri dan Pemimpin raja lawak, sengaja mempertikai GST dan 1MDB..... semua itu tidak sengaja, tidak suka-suka kerana rakyat sendiri pun banyak tanggungjawab dan urusan..
Rakyat terfokus apabila kehidupan seharian terganggu dengan peningkatan kos dan gangguan keselamatan dan ketidakstabilan perpaduan...serta banyak perkara yang menjolok mata dan tidak sedap didengar dan dipandang..
Lebih penting apabila rakyat bertanya, samada yang bertanya itu mantan, pembangkang atau mana-mana pihak pun, ia menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk menjawab dengan cepat dan tepat.
Bukan sekadar jawapan, tetapi jelas, telus, nothing to hide dan
tidak terdedah pula kepada persepsi liar. Jawapan yang berisi akan menangkis segala bentuk persepsi dan fitnah.
Jika isu 1MDB, GST dan isu semasa dan akan datang sekadar bangkai nyamuk.. wajar Najib terus menjadi Ketua Kerajaan sekarang dengan sedikit pengubahsuaian sikap dan pengurusan tetapi jika ianya sebesar bangkai gajah - berundurlah.
Keadaan bertambah buruk apabila penyokong dan cai terlebih sudu dari kuah...
Keadaan juga bertambah buruk
jika siasat jadi sesat, audit jadi auta, PAC jadi PACK...
Mohon uruskanlah rakyat dan negara dengan amanah.