Friday, August 7, 2015

KENAPA PERLU PERTIKAI PEMBANGKANG APABILA HARI INI MENYOKONG SPRM...HAKIKATNYA SIAPA PUNCANYA HINGGA PEMBANGKANG MENDAPAT PELUANG...

Bukankah hakikatnya penyokong dan blogger pro Najib menghentam Pegawai SPRM di peringkat awal tanpa rasional.

Kenapa hari ini melatah apabila pembangkang mengambil pendirian menyokong.

Memburukkan pembangkang dengan isu yang lama tidak membantu UMNO, PDRM, ZAHID dan PM untuk dilihat bersih oleh rakyat.

Jika dari kandang besi pun Anwar boleh hayati dan bersuara, apatah lagi rakyat yang bebas dan celik...





# Tak perlu emosi dan komen KD pro Anwar untuk menutup kelemahan pro Najib.

Thursday, August 6, 2015

JANGAN PANDANG REMEH GERAKAN MAHASISWA APABILA PEMIMPIN POLITIK MENGKHIANATI PERJUANGAN




# Orang yang patut rasa tertampar ialah Ketua Pemuda Barisan Nasional.
Orang yang sepatutnya Mengepalai dan Membimbing gerakan ini ialah Khairy Jamaludin..
Orang yang gagal menghayati denyut nadi rakyat khususnya golongan muda ialah Ketua Pemuda UMNO ...

Wednesday, August 5, 2015

PELIK..MASIH ADA YANG BERANI DAN BAGUS..

Mungkin pegawai ini belum tahu dalang yang nak dicari itu bukan jenis kecik... tapi jenis gedabak, kebal dan tak tahu malu...

Pegawai ini perlu dinasihat untuk berfikiran terbuka, ambil cuti dan berehat.
Jaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga...


SUSPEND SIOTT...





Tuesday, August 4, 2015

APA KOMEN PROFF DIRAJA UNGKU AZIZ TENTANG KANGKONG




JANGAN TERPEDAYA DENGAN DONGENG MELAYU..

Politik cara orang Melayu sekarang tidak akan membawa Melayu dan Islam itu kemana mana pun.

Orang Melayu hanya perlu tunggu diratah hidup-hidup.

Jangan yakin dengan dongeng Melayu masih majoriti, kita ada Sultan, ada Askar Melayu..
Sedangkan dalam masa yang sama kita ada Melayu yang menjadi pengkhianat, boneka, budak suruhan dan tali barut...

Tidak mustahil terus lenyap, kalau ada pun - kekal jadi kuli batak.. kalau Melayu yang survive,  pun adalah Melayu Indonesia yang bijak mengumpul harta semasa mendatang di sini. Amah dan orang gajinya adalah Melayu tempatan.

Asalnya politik Melayu dikuatkan bertujuan membantu Melayu itu kukuh dalam bidang ekonomi dan pengurusan negara, secara langsung Islam juga dapat dipelihara.

Perjuangan asal itu sudah tiada langsung sekarang.
Memperkasa hanya nama dan mengadakan sahaja tetapi bukan pada penghayatan dan istiqamahnya. Ia hanya slogan pada waktu tersepit.

Perjuangan kepada klompok kecil, kroni dan sekeliling.

Menghalalkan cara bukan hanya satu amaran tetapi kini benar sudah jadi darah daging orang Melayu.

PARLIMEN BELIA BERFUNGSI..... ALHAMDULILLAH - SAOLAN UNTUK NAJIB


Soalan dari pemimpin muda JOHOR - Derma untuk Najib Razak




SOALAN BERKAITAN RM2.6 BILLION
(Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.)

Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;

Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?

Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?

Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti
Parlimen Belia Malaysia 

NOTA: Saudara Akmal Saufi adalah anak kepada YAB Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta'zim Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin. 
http://www.apanama.my/2015/08/soalan-dari-pemimpin-muda-johor-derma.html


# BUDAYA BERTANYA MAKIN KEMBANG DAN SIHAT, MALANGNYA BUDAYA MENJAWAB DENGAN TELUS SANGAT MENDUKACITAKAN.. KEPIMPINAN TIDAK MENUNJUKKAN TAULADAN.

6ANGKA