Tuesday, August 4, 2015

PARLIMEN BELIA BERFUNGSI..... ALHAMDULILLAH - SAOLAN UNTUK NAJIB


Soalan dari pemimpin muda JOHOR - Derma untuk Najib Razak




SOALAN BERKAITAN RM2.6 BILLION
(Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.)

Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;

Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?

Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?

Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti
Parlimen Belia Malaysia 

NOTA: Saudara Akmal Saufi adalah anak kepada YAB Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta'zim Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin. 
http://www.apanama.my/2015/08/soalan-dari-pemimpin-muda-johor-derma.html


# BUDAYA BERTANYA MAKIN KEMBANG DAN SIHAT, MALANGNYA BUDAYA MENJAWAB DENGAN TELUS SANGAT MENDUKACITAKAN.. KEPIMPINAN TIDAK MENUNJUKKAN TAULADAN.

27 comments:

  1. Apa kata kecik kan lagi font tu...
    Senang the Ant Man nk bc sekali

    ReplyDelete
  2. Pemandu awam ditahan polis trafik kerana kesalahan memandu laju ,

    Pemandu salah : Sori Encik saya nak cepat .

    Polis: kamu salah mandu lebih had laju .

    Pemandu salah : OK Encik ini RM 50 ringgit .

    Polis : Hai kamu nak bagi rasuah ka .

    Pemandu salah : Era PM Najib mana ada istilah rasuah encik , ini bukan rasuah ini derma . PM boleh tak kan Encik tak bolh kut .

    Polis : Tu PM tak ada maruah saya ada maruah dan integriti . Jadi kamu kena saman .

    Pemandu salah : O ya ka .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. p/s

      Polis itu adalah Tun M..
      Tun M jawatanya adalah

      1.Ketua polis negara
      2.Ketua Hakim negara
      3.Ketua SPRM
      5.Ketua Bank Negara
      6.Peguam Negara
      7.Ketua masak mee goreng negara

      Delete
    2. Anon 8:19:00

      Konon konon org gelak lar baca komen ala ala mad maselan dia tuuu..haktuihhh!

      Delete
  3. BERITA LEWAT MALAM!
    Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri NAJIB TUN ABDUL RAZAK meminta semua rakyat bersabar, kerana beliau cuba selesaikan masalah hutang 1MDB dlm masa 6 bulan akan datang;
    Beliau akan berbincang dengan Menteri Kewangan iaitu Najib Tun Abdul Razak mengenai perkara itu.
    Beliau juga akan mengambil pandangan Penasihat 1MDB juga iaitu Najib Abdul Razak.
    Dengan itu mereka akan mengaturkan penyusunan pembayaran balik hutang 1MDB dan masa yang sama mereka akan berusaha untuk mendapatkan restu Pengerusi Barisan Nasional iaitu Dato Sri Najib Razak
    Harap rakyat semua beri sokongan tehadap ikhtiar mereka ini
    Sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perdana menteri..najib
      menteri kewangan..najib
      penasihat 1mdb..najib
      so ketiga2 mereka adalah najib!!!

      Delete
    2. yg pro tun m pulak:

      1,korang peguam negara
      2.korang ketua polis
      3.korang peguam negara
      4.korang ketuan bank negara
      5.korang tukang cuci taik

      Delete
    3. Anon babi ni tak boleh jawab dok merapu macam babi...kesian...

      Delete
    4. aku dah agak dah bila tak boleh jawab mula la keluar ayat-ayat akhlak terbaik geng pro Tun M.

      Bila nak keluar UMNO? takkan Ummi hafilda seorang je?

      Delete
    5. Anon 8:41...huhhh?.. ngko mengigau ker aper?..saper yg tak bole jawab??..aper yg da di jawab??..

      Delete
  4. KD macam nilah kalau hang hebat sangat pi report polis..Gunakan fasal undang2 bahawa Najib bersalah..

    Tak payah nak buat celaka .

    SPRM,Bank Negara,Ag dan PDRM dah selesai mengatakan tiada unsue jenayah..yang kau ni apahal asyik nak nak cari salah je.

    Kalau kau anak jantan dan ada telor report la..apa nak takut..

    Jangan lupa yg jumpa Peguan DAP dedahkan kesalahan melaui undang2 bukanya budak bangang uyg bercita2 nak jadi pegfuan negara..

    Aku cabar semua geng pro Tun bangkit dan pi report..tak payah la nak kornar baring dan tak abis2 fitnah..

    Ingat ya Najib tak pernah nafikan itu akaunnya jadi jgn nak buat celaka mengatakan naiib nafikan..aku doakan sesiapa mengatakan Najib menafikan itu akaunnya masuk neraka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro...kalau ada akal, bila dah tersilap mintalah maaf. dulu bertanya, tapi pertanyaan berbentuk tuduhan. mulanya kata duit yang masuk tu duit rembat dari wan emdibi, tapi bila sprm sahkan bukan duit sakau wan emdibi, mulalah buat cerita lain. maaf cakap, orang yang sumbang sampai $700 juta tu pulak beri rasuah. itu belum lagi buat2 cerita sprm dituduh tidak telus, sprm pulak kena soal siasat pdrm, gabenor bank negara kena siasat dan macam2. diorang ni, termasuk admin bukan nak kebenaran sangat, mereka nak najib turun dari jawatan pm. tapi ikut akulah, aku tak setuju bila diorang spin macam2 kat najib sehingga sesak nafas najib. namun dari satu sisi, baik juga jika najib turun dengan segera sebab isu wan emdibi ni sebenarnya telah banyak memberi impak negatif kepada kehidupan rakyat. kerajaan lebihkan aktiviti silat menepis serangan berkaitan wan emdibi sedangkan kerja2 memakmurkan kehidupan rakyat seperti mana yang dilaung2kan terbengkalai. cuba lihat, spekulator sedang galak merudumkan nilai ringgit berbanding dollar, apa yang kerajaan mampu buat? kerja hakiki bank negara sudah bertukar, mereka lebih tumpukan kepada tugas2 pasukan petugas khas berkaitan wan emdibi. bukan salah najib seluruhnya, namun najib menjadi pm dengan beban yang direka dan dipilihnya sendiri. kenapa najib menjadikan portfolio kewangan berada di bawahnya? itu sudah menjadi bom bagi pihak lawan. kerana nasib tidak menyebelahi najib, hingga kemakmuran rakyat terancam maka lebih baik najib tarik diri.

      Delete
  5. Saya cabar pengomen yang guna nama anonymous istihar nama atau setidak-tidak nya nama samaran, nama nick dsbnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KZSO itu nama negara mana ni..kau asal planet marikh ya..jangan jadi bodoh la..kau ingat KD itu nama sebenarnya ya..

      Delete
    2. KZSO tu nama nick. Boleh click blog saya kzso. Sekurang kurang nya saya ada bran letak nama bukan nama anon aka saya tidak bran dan ada teloq

      Delete
    3. ok kau memang berani dan bertanggungjawab..aku ingat sekadar nama je takda detail..

      Delete
  6. Hairan aku ketika pembangkang terkial-kial nak menyambut keberanian Najib dedahkan duit derma si kitol pulak terus mencari kesalahan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8:25, najib bila dah kena picit telor dia gempaq nak picit telor org lain pula.

      Delete
  7. Aku pro Tum M.....aku cabar Najib lantik semula orang2 yg sudah dipecat termasuk AG, SPRM, SB, Mahyuddin, Syafie dan lain2. Jika mereka semua yg dilantik semula mengatakan Najib tak bersalah dan dana tersebut betul2 derma dan pengakuan penderma sekali, maka aku akan tutup mulut dan menyokong Najib sampai bila2........ADA BERANI?

    Kalau tak berani......Najib sila letak jawatan.

    ReplyDelete
  8. Aikkk?!!.. tiba tiba pentaksub pencacai najib kate dia berani??..apesal masa paper AWSJ bukak pekung dia, dia declare nak saman..ambik tindakan undang undang bagai..pendekar2 taik minyak di ketuai ahmad maslanun siap kate bodoh lagi, fitnah, konspirasi nak jatuhkan kepimpinanan negara...la ni bila da habis akal dia mengaku, pendekar2 taik minyak pulak kate dia berani??!!..tang maner beraninyer?..cer citer...

    ReplyDelete
  9. KD, dengar kabar waran tangkap editor sarawak report clare rewcastle brown da di keluarkan..hmmm...yg raja petra kamarudin RPK, punya waran tangkap tu aper citer..da bertahun da..mamat ru siap bukak kopitiam kat manchester..aikkk..takder follow up ape pun..IGP org yg sama..semakin lawak 'kepimpinan' najib

    ReplyDelete
  10. Sebelum jawap soalan anak si khaled ni, aku nak dia jawap SATU je soalan aku...

    Pernah tak dia tanya bapa dia mana dapat duit untuk kempen pilihanraya umum ke 13?.....kalau si khaled nordin jawap dengan jujur pada anak dia....aku yakin 15 soalan anak dia tadi teejawap dengan sendirinya....kihkihkih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh ..keris mangkok berayon..terclick ker blog KD ni??..punyer declare takkan komen lg kat blog ni...tapiiii...biase lar m*c*i punyer sembangggg..ahaks..

      Delete
    2. Alahhh buat buat xtau lar pulak...keris dia yg berayon tu tak jumpa sarang..teeberayun sj kehulu kehilir..tu pasallar dia kemaruk masuk bilik blog yg pernah dia berak! Taik dh kering mna kuat bau, otak keris tu pun jadi taraf mangkuk lupa segala..

      Delete
  11. Tu bukan keris berayon,tu cuma keris meroyan...soalan tu semua boleh ke Najib jawap?Boleh terkencit dibuatnya.

    ReplyDelete

6ANGKA