TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.
Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.
Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tahniah juga pada Sinar Harian yang menyiarkannya, Utusan?
AMATI PULA SOKONGAN ZAHID ???
“Tidak perlu untuk buat usul…Saya tidak marah, Cuma kecewa,” kata timbalan perdana menteri itu dalam ucapan perasmian mesyuarat Umno Tampin.
Namun pada masa sama, Zahid memuji keberanian pemimpin-pemimpin peringkat bahagian yang berani bersuara, dan menyamakan mereka dengan dirinya di waktu muda.
“Tak mengapa, saya juga ketua Pemuda Umno bahagian sebelas tahun dan ketua Pemuda Umno tujuh tahun…”
“Tetapi saya sangat berani…saya sanggup goncangkan gunung…inilah semangat Pemuda…inilah yang kita mahu,” katanya seperti dipetik.
Apa komen Tun Dr Mahathir:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pelbagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas. – The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.




