Saturday, August 15, 2015

KU LI MASIH SOKONG UMNO

Daripada peringkat awal Najib diminta berundur oleh Mahathir secara nyata hinggalah sekarang Zahid memperakui ada rancangan tersusun untuk menggulingkan Najib membawa maksud "suara rakyat" dari pelbagai sudut masih ada untuk minta Najib berundur.

Ia hanya dapat dilakukan mengikut lunas undang2 dan oleh itu tidak harus ada keraguan atau cubaan untuk menakutkan rakyat atau cuba memburukan mana-mana pihak.

Menjatuhkan Najib di dalam dan di luar parti adalah sah selagi tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan parti itu sendiri.

Penyingkiran Muhyiddin adalah sah..
Pemecatan Ghani Patail adalah sah..
Perlantikan Zahid adalah sah...

Sebelum itupun ada suara suara mahu Muhyiddin disingkirkan, ada suara mahu Ghani dipecat... suara-suara itu adalah sah di sisi undang2..tidak didefinasikan menghasut.
Oleh itu sewajarnya suara yang serupa terpakai, tidak double standard dan sentiasa sah di sisi undang2..'

Mengikut undang2 adalah sah samada pahit atau manis.

Menyekat atau cubaan menghalang juga mesti mengikut saluran undang2 dan perlembagaan parti.

Mereka yang terlibat dengan jenayah tidak ada pintu belakang untuk meloloskan diri.
Yang ada hanya kebebasan sementara atas faktor pengaruh dan kuasa.

Yang benar akan terus berkuasa jika rakyat yakin dan percaya.

Sesiapapun tidak dapat berbohong dan menipu semua orang dalam semua masa, sepandai pandai tupai melompat.

Pemimpin akan disoal tentang amanah ! Rakyat akan disoal tentang kesetiaan !

Masa akan menghakim.
Masa akan menghukum atau membebaskan mereka...

Undang undang adalah masa terdekat...
Pilihanraya adalah masa terdekat...
Takdir adalah masa yang paling pantas...

Jika sentiasa benar, tak perlu sasau..
Jika betul, tak perlu over panik..
Jika elok, tak perlu berdrama..
Jika bersih, badan sihat, wajah berseri..
Jika tiada masalah, jangan tambah masalah..

Bila pucat lesi, senyum tak berapa nak jadi, langkah sumbang, syok sendiri, rasa hebat, ungkit pasal jasa, dok perlekeh orang sana sini,  cakap tak berapa nak selari, asyik nak ugut, asyik nak marah, takut pada bayang sendiri...

Kalau ada orang tegur, kalau ada orang nasihat pi berubat...
Jangan dok marah !!!




16 comments:

  1. Sesuai dgn usia umno, macam2 penyakit ada..,umno dh tua..eloklh pergi berubat..proOoOttT argh leganya

    ReplyDelete
  2. Alahai KD..tikam belakang juga tapai apakan daya keris tumpul..

    Sepatutnya kau jgn la attack dulu sabo..Kan dah pecah lubang..
    Lim Kit Siang pertahankan boleh jatuhkan melalui undi tidak percaya kau boleh sambut..Alahai.
    Sekarang semua sudah tahu kau kantoi..

    KD kalau nak jilatpun biar buntot UMNO bkn DAP..langsung tiada maruah.

    Cuma aku yakin KD hanya dipergunakan sahaj tak dapat apa2 bayaran..Yg lain comfirm bulan 10 berjaya duit masyuuk la.

    ReplyDelete
  3. Danial mana?
    Agak2kau la semua yg menentang Najib berjuang kerana rakyat ya..ha ha ha kelakar la.

    ReplyDelete
  4. KD bukan konspirasi ya..kau nak panggil apa?
    KD KD kau ni lemah la..Namanya dok UMNO tapi masih tak pandai.
    Perjuangan kerana UMNO kunun..Lim Kit Sinag yg disambutnya..alahai.kira syaitan yg dikenali ya..

    Kira kerjasama dgn Lim Kit Siang maka UMNO kuat ya..Lim Kit Siang kencing bendera UMNO kira tipu la ya..
    KD jgn jadi boh kini dan selamanya..Politik zaman Najib pertengtangan antara kroni Tun dan Kroni rakyat.Kau ingat 1MDB najib punya ya?
    Kau Ingat projek 1mdb masuk kat dalam poket Najib ya?
    Kau ingat Najib beli janakusa expired date ya?
    KD KD pikiaq la apsal BR1M Tun marah sangat..agak2 kalau bg kat kroni marah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4:09:00..sebelum kau suruh KD berfikir, kau nasehatkan dulu pahlawan bugis kau tu..otak perlu digunakan setiap hari bukan 2 minggu sekali..
      1Mdb projek rakyat??!!..kau citer ajer la dgn nenek kau..da tentu tentu dia angguk...

      Delete
  5. Jangan marah sangat dengan DAP..
    Besok kalau Lim Kit Siang puji Najib lebih baik dari Mahathir...
    Hampa nak letak muka kat mana...jenis u-turn hampa ni dah tersohor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau puji baru sembang la KD,,,sekarang kita cerita sekarang..dulu marahkan DAP sekarang bkn konspirasi ke? Nak nafikan ke?

      Delete
    2. Alahaiii anon 4:42:00 ..bila kerajaan negeri perak mb nizar lambai kena konar..di kate demokrasi..kalo najib bapok di undi tak percaya di parlimen..itu pun demokrasi.. tak paya la meroyan..da tau dlm parlimen umno biler biler bole kena konar..macai jgn lar nak berlagak!!..

      Delete
  6. Jangan marah sangat dengan DAP..
    Besok kalau Lim Kit Siang puji Najib lebih baik dari Mahathir...
    Hampa nak letak muka kat mana...jenis u-turn hampa ni dah tersohor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg Najib U turn?

      Delete
    2. Tunai_saham_unit
      Saman_tak saman_saman_tak saman WSJ
      Jual_tak jual_jual_tak jual tanah luth

      Kalau bukan uturn, munafik alpem albo alhong

      Delete
    3. La ingatkan apa..
      Isu tunai dan sahan jgn la kecoh sangat Arul dah jawab itu dan minta maaf alahai..
      Isu saman wsj najib dah serahkan kepada peguamnya..
      Tanah tabung haji najib dah serahkan kat lembaga pengarahnya...apa la engkorang ni ..ingatkan nak spin 42 billion lesap..

      Kalau isu 42 b baru best ya la..42 b ingat sikit ya kalau jadikan duit syiling jatuhkan kat rumah KD tenggelam 100kaki tau

      Delete
    4. arul tu sape??? nama kedua najib ke?
      Saman dh serah kp peguam?? bila nk siap kertas pertuduhan?? selasa depan, bulan depan, tahun depan, abad depan??? berani ke nak saman kalau fakta dikeluarkan itu betul? Kalau SR tak bongkar, sampai sekarang tak siapa tahu ada isu tentang 1Mdb dan duit "derma" billion dlm akaun PM.


      Cuba najib sendiri yg jawap. Kita nak dengar dr MULUT DIA sndiri, bukan keluar dari komen cai cai belaan berbayar najib. sebab jawapan dari cai b**i belaan jibby tidak laku!

      Delete
    5. Anon 5:49:00...memula diam, pas tu di kate firnah, pas tu di kate konspirasi, pas tu di mintak penjelasan, pas tu dikate dana politik, pas tu dikate derma pak arab...apakah dia??!!

      p/s: cai bapok, ibarat meludah ke langit..sape yg kaki spin??

      Delete
  7. Saya x sokong najib...saya cuma sokong ted manoff

    Ted manoff part 3

    ReplyDelete

6ANGKA