Monday, August 17, 2015

PEMUDA TAMPIN N9 PALING BERANI..



TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta  Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tahniah juga pada Sinar Harian yang menyiarkannya, Utusan?



AMATI PULA SOKONGAN ZAHID ???

Dalam respon segera berhubung usul Pemuda Umno Tampin itu, naib presiden Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa kecewanya terhadap usul tersebut, dan menyifatkannya sebagai tidak perlu dibuat.

“Tidak perlu untuk buat usul…Saya tidak marah, Cuma kecewa,” kata timbalan perdana menteri itu dalam ucapan perasmian mesyuarat Umno Tampin.

Namun pada masa sama, Zahid memuji keberanian pemimpin-pemimpin peringkat bahagian yang berani bersuara, dan menyamakan mereka dengan dirinya di waktu muda.

“Tak mengapa, saya juga ketua Pemuda Umno bahagian sebelas tahun dan ketua Pemuda Umno tujuh tahun…”

“Tetapi saya sangat berani…saya sanggup goncangkan gunung…inilah semangat Pemuda…inilah yang kita mahu,” katanya seperti dipetik.

Apa komen Tun Dr Mahathir:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pelbagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas. – The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015. 

10 comments:

  1. Pemuda Tampin dan KD sama je kebodohan dan kebangangan tahap tinggi mereka. Kenapa X suruh TM dan TMY diam kerana sebenarnya merekalah duri dalam daging dan menggunting dalam lipatan (Kalo X paham KD, tanya... jgn malu). So Pemuda Tampin, kenapa X cdgkan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 11:39, kepanasan berbaloi dengan perbuatan...
      Lain kali jadilah pemimpin yang amanah ...dengan pelbagai usaha Najib Razak menghalang siasatan ke atas (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas.

      Kalau tak faham, baca banyak kali..

      Delete
    2. komen ko ni lagi menampakkan kebodohan dan kemacaian berbayar ko...bangang

      Delete
  2. Pemuda Tampin lebih jaguh dari bhg2 di Johor....Syabas....ini baru betul2 pemuda....berani kerana benar.....semoga selepas nie semakin byk bhg2 UMNO bersuara lantang mengkritik penyelewengan Jibby Razak

    ReplyDelete
  3. Anon 11:39:00 .. kalo ngko da tak bole 'baca' dan 'rasa' perasaan rakyat terbanyak..ngko berenti jer lar jadi orang..jadi ajer 'telo' dalam seluar kecik najib!!

    ReplyDelete
  4. Anon 11;39;00,

    Alamak ai eee malunya aku...[cam yang dalam citer seniman bujang lapok]

    ReplyDelete
  5. Anon 11;39;00,

    Alamak ai eee malunya aku...[cam yang dalam citer seniman bujang lapok]

    ReplyDelete
  6. Oranh n9 mme awesome......berani...baru ado tolo....tak mcm pemuda negeri lain sumo tolo masuk lam porut...puiiiii

    ReplyDelete
  7. “In the first place, the taskforce was illegally constituted. They were not supposed to be investigating the PM or any individual for that matter,” he said in an interview run by English daily The Star. - Rahman Dahlan

    Dulu cakap boleh siasat, tidak ada apa nak di sembunyikan, suruh tunggu, tunggu, tunggu last2 rakyat jadi tunggul!

    Kah kah kah kah

    ReplyDelete
  8. salam bro,aku tetap sayangkan UMNO tetapi aku minta Najib letak jawatan sebab aku da tak percaya dengan Najib

    ReplyDelete

6ANGKA