Friday, August 21, 2015

Makan Gaji buta...

KEMASKINI:
Dikhabarkan beberapa pihak dan individu akan mengambil langkah untuk menyaman Najib dan kerajaan di atas beberapa tindakan mereka seperti memecat atau memfitnah.

Yang ini Zahid belum ada komen apa-apa !!! Apakah menyaman Najib dan kerajaan juga satu kesalahan? Satu hasutan? Satu konspirasi? Satu agenda tersusun? Ada dalang?

Asal:
Najib mengulangi untuk tidak berundur sebaliknya menggariskan beberapa pencapaian di eranya.

Najib lupa, dalam masa yang sama, berapa banyak benefit yang bukan haknya dia sapu sendiri.

Najib tidak pula mencabar mana2 pihak untuk mengheretnya ke muka pengadilan..

Najib tidak pula mencabar PDRM dan SPRM untuk menyiasat kemewahannya...

Tidak pula mengizinkan mana-mana bank untuk mendedahkan semua maklumat akaunnya...

Itu dilakukan oleh Mahathir tetapi tidak Najib...

Tidak bersalahan lagi, Najib lebih teruk dari Paklah... Nak berundur pun tak mampu, tak ada kekuatan..Nak jawab pun, orang lain tolong jawab.

Makan gaji buta...

SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT...

Akhirnya jatuh je tanah juga....

Berbohong 1 kali memerlukan 10 kali bohong untuk kaberap pembohongan tersebut...

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia (?)
Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru..
Memecat dan memindahkan pegawai kerajaan bukan satu penyelesaian...
Memujuk, bukan semua orang tamak dan boleh dibeli ....
Habuan dan ghanimah hanya untuk yang haloba dan gelojoh...
Berani dengan peluru hanya kerana Allah bukan pada tahap menjilat individu...

Hari ini kita lihat yang diberi amanah, kuasa dan pengaruh bukan sahaja menyeleweng tetapi mengekalkannya dengan cara zalim..

Apabila guruh berbunyi dan kilat menyabung..di mana agaknya mereka boleh sembunyi dan menyorok, balasan Allah tunai, segera dan bersaksi jika rakyat dizalimi..

Palulah gendang sendiri untuk menari...berapa lama (?)
Yang memburu bukan sekadar manusia tetapi juga hantu...
Badan dan nafsu nampak bebas, tetapi hati terpenjara, iman sudah celaru..

Ibubapa siapa yang menyaksikan jalan ke neraka yang ditempah anaknya, terbangkitkah roh apabila denai ranjau perjuangan suci kini dinodai...

Zalim pada rakyat, derhaka pada ibu bapa, kita sudah ada cerita si tanggang di zaman dulu kala, kita ada aljub di depan mata...

Jenayah tidak akan lupus ditelan masa dan tanpa sempadan..
Mungkin bukan esok atau minggu depan...tapi ianya sentiasa di depan..

Menyesal dahulu pendapatan..
Terlajak perahu boleh diundur..
Sesat dihujung jalan, balik semula ke pangkal..bukan sekali, bukan dua kali sudah berpuluh kali diberi peringatan..

Jatuh sekali pada satu tempat, dianggap asam garam.
Jatuh berulangkali di tempat yang sama..itu goblok namanya !

Tiada Maaf Bagi GST..
Kota Bharu,
18 Ogos 2015..

Lihat suasana Kelantan semalam...
21/8/15








LEGAAA, 1MDB DAN 2.6B dapat isu saing...

Tentulah para penyokong Najib lega kerana isu 1MDB dan 2'6B kini sudah ada partner, 30B DEIG Darul Ehsan Investment Group.

Rahman Dahlan kata isu itu lebih besar tetapi kecewa kerana kurang kecaman...

Mamat ini lupa, kenapa rakyat malas nak mengecam lagi?

Pertama, ianya tidak melibatkan hutang...

Kedua, kerajaan Selangor tidak mengenakan apa-apa cukai merapu yang membebankan rakyat.

Ketiga, apa undang2 yang boleh diambil kepada pihak berkenaan kerana di Malaysia sudah ada contoh, sudah terkenal se enterio dunia...UPSIDE DOWN LAW..

Disyorkan Azmin menyerahkan kepada Audit untuk membuat penelitian, tidak memandai mandai memberi jawapan dan sewajarnya semua pihak bersabar...

Perlu ke Azmin bercuti semasa siasatan......Ohhh sudah tentu tidak.
Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah...

Rahman Dahlan jangan marah k.. Rahman sewajarnya sudah masak dalam isu ini sebab dia sendiri begitu galak.menerajuinya..

Rahman Dahlan dan yang sewaktu dengannya harus layan isu yang serupa tanpa dua bahasa, dua sikap, dua agenda yang berbeza.

Thursday, August 20, 2015

NAJIB YAKIN RINGGIT KEMBALI KUKUH...

How (?)

Lebih baik jangan tanya (?)
Just yakin dengan Najib..

1MDB selesai..
2.6B selesai..

Jadi just trust him, ok...

PEMIMPIN CAWANGAN, BAHAGIAN DAN NEGERI GAGAL BERFUNGSI



Tidak berbaloi menyalahkan Najib semata mata. Najib hanya kuat, kekal atas kegagalan negeri, bahagian dan cawangan menzahirkannya secara nyata.

Lebih banyak cakap di belakang. Pemimpin2 seperti Muhyiddin, Shafie, Hishamuddin dan KJ juga jenis pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Mereka mampu bertindak jauh lebih berkesan dari Tun Dr Mahathir tetapi mengambil sikap menyelamatkan diri.

Antara mereka dengan Penyokong Najib tidak banyak bezanya - mereka tetap boleh didefinasikan sebagai corrupted.


Wednesday, August 19, 2015

SETAKAT MANA DAP MAHU NAJIB UNDUR...

Adalah tidak begitu adil sangat untuk mempersoalkan zahid tentang gimmik politiknya tentang dalang undi tidak percaya kepada Najib di parlimen.

Dalang mungkin sudah dikenalpasti dan mudah dicari, cash is king, Tok Dalangnya, master mind terlepas lagi...Tok dalang tak ramai, pakat sesama sendiri..

Mempersalah zahid sekadar memberi peluang kepada Najib buying time.

Matlamat bukan untuk melihat umno kalah, matlamat untuk umno menang dan TERPENTING kembali dipercayai...
Bukan setakat 3 juta ahli,.lebih penting 15 juta Melayu.
Faktor dan liabiliti, mati hidup balik faktor kekalahan adalah Najib, undur untuk menang.
Pembangkang kurang peluru bila Najib undur.

Jika pembangkang mahu gulingkan kerajaan sekarang mereka perlu lebih bijak.

Strategi boleh datang dari dalam atau dari luar penjara. Pembangkang sekadar tidak boleh berharap dari perpecahan atau kelemahan UMNO.

Rakyat mahu lihat bagaimana Pembangkang boleh menang melalui undang2 sebelum pilihanraya.
Karpal Singh mungkin satu-satunya dirasakan kehilangannya di saat ini.

Pembangkang perlu lihat dan belajar bagaimana Perak dirampas.

Satu satunya sebab dalang tidak boleh berjaya untuk undi tidak percaya terhadap Najib bukanlah kerana faktor PAS atau gagal mencari AP BN yang belot tetapi lebih kepada DAP yang belum bersedia.

Strategi DAP ialah menang PRU14 di beberapa lagi negeri untuk dikuasai dan MB atau Ketua Menteri adalah boneka (Melayu).

Dan jika pun Putrajaya dapat ditawan, DAP sudah bersedia dengan Perdana Menterinya.

DAP tidak mahu strategi jangkapanjangnya tergugat atau terubah jika Najib undur sekarang.


Puak ni berjuang untuk keluarga dan peribadi, agaknya sampai ke dalam kubur pun dia minta kerajaan adakan layanan istimewa..

Puak ni berjuang untuk keluarga dan peribadi, agaknya sampai ke dalam kubur pun dia minta kerajaan adakan layanan istimewa..

# Keperluan politik semasa, apakah anwar berpotensi dibebaskan @ diberi pengampunan (?)


(Oleh Fiza Abd Halim)
KUALA LUMPUR 19 OGOS: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal terhadap halangan yang dikenakan ke atas keluarganya oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak penjara untuk mereka bertemu dengan saudara Anwar Ibrahim.
Dengan nada kecewa, Presiden KEADILAN itu berkata, keluarganya perlu diberi akses untuk berjumpa dengan Anwar di penjara, lebih-lebih lagi tahap kesihatan suaminya itu membimbangkan.
DSAI 1“Kami kesal, hanya di mahkamah sahaja kami dapat jumpa secara dekat, di penjara tak dapat, ini satu tekanan buat kami.
“Memandangkan kini tahap kesihatan Anwar merosot, sebelum ini sakit bahu kiri, sekarang bahu kanan, hari ini pula dia cakap sakit leher.
“Saya harap beliau diberikan rawatan sepenuhnya, apa-apa pun teruskan berdoa,” kata Wan Azizah ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Anwar dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat bagi mengikuti kes saman beliau terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau turut menyampaikan pesanan lisan meminta Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengetatkan urusan pertemuan beliau dengan keluarga serta peguam.
Anwar juga merayu supaya kerajaan tidak mendera keluarganya apabila sukar bertemu dengannya, walaupun beliau ‘tiada masalah’ jika ia diperlakukan ke atas dirinya.
“Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.
DSAI 2“Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah…bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.
“Saya minta Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan KEADILAN.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak Anwar diberikan rawatan segera secara konsisten ekoran tahap kesihatan bapanya yang merosot dan mengalami kesakitan berterusan di bahu kanan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67482

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...