Sunday, August 23, 2015

NAJIB PERLU KEKAL MENANG, KALI INI JIKA DIA KALAH, DIA AKAN KALAH SEGALANYA...

Kemaskini:


I
ASAL:

Bagi sesetengah pihak mereka merasakan isu 1MDB dan 2.6B telah berjaya ditutup dan diselesaikan dengan cara yang paling membanggakan.

Sesama mereka, mereka merasakan setiap lubang telah ditutup, setiap ruang telah dikuasai, setiap persaolan telah dijawab sempurna.

Dan lebih penting mereka tersangat percaya yang rakyat sudah termakan dengan hujah dan alasan dangkal mereka.

Dan mereka juga percaya sesiapa yang memberi ancaman sudah disingkirkan dan sesiapa yang setia membabi buta akan mendapat tempat.

Mereka masih percaya bangkai gajah kalau dikerat, direbus, dicincang mampu ditutup dengan nyiru.

Jika Zahid sedang berusaha mengalihkan perhatian ke isu dalang undi tidak percaya ke parlimen, anggaplah sedikit banyak memang dia berjaya.

Tetapi harga yang Zahid perlu bayar sangat tinggi...belum pernah dalam sejarah negara seorang TPM yang baru dilantik begitu dipandang tidak layak dan hilang integriti sepantas kilat.

Hari ini apa yang Najib cakap dan apa yang Zahid cakap sudah berada dalam level yang rendah untuk rakyat yakini. Ditambah pula dengan kenyataan kenyataan tak masuk akal dari kalangan Menteri yang disogok.
( rujuk juga kemaskini terbaru di atas - siapa yang kena jawab tu? )

Inilah (integriti) merupakan isu yang paling serius dan sudah jadi terlalu rumit untuk dibaiki.

Dengan negara sedang berkonsep UPSDE DOWN LAW Najib dijangka kekal sehingga PRU14.
Adalah terlalu penting  Najib kekal berkuasa seterusnya dan menang PRU14 kerana kali ini, jika dia alah, dia akan kalah semuanya.

Saturday, August 22, 2015

Lepas Dalang Drama Lepastu Dalang..Lepastu Dah Jumpa Keluarga Penderma (Drama juga le tu)

 Apalagi yang dok berdrama atas berdrama...

Dedahkanlah kalau bukan pembohong....
Apa faedahnya berteka teki...




MENTERI UMNO TAK PANIK RINGGIT JATUH..

Apa sudah berlaku kepada negara kita malaysia. Sungguh menyedihkan dan memalukan. Duit malaysia tidak diterima oleh mana mana bank lagi di China. Ini berlaku semasa saya ingin membuat pertukaran mata wang tadi.

Manager bank di sini kata ekonomi Malaysia hampir sama corak kejatuhan ekonomi seperti di Greece. Katanya baru sebulan duit Malaysia langsung tidak laku.
Marah dan sedih. Apa akan berlaku pada nasib anak anak kita nanti.

Dulu duit China tukar RM1 dapat 2yuan. Sebulan yang lepas, RM1 dapat 1.5yuan. Tetapi hari ini, paling malang, tidak laku langsung dan tidak dapat langsung buat pertukaran.

Saya melaporkan kejadian ini terus dari China. Sedih dan sungguh sedih. Apa pemimpin kita dah buat? Come on la....

Sahabat dan saudara mara saya di Malaysia, plz hati hati. Mulakan laburkan duit anda kepada emas atau simpanlah duit anda diluar. Ia sangat memeritkan bagi peniaga peniaga dan usahawan seperti kami.

Ikhlas,
Farlina & Hairul

# Rasanya bukan setakat Menteri, keseluruhan UMNO itu sendiri termasuk Ketua Bahagian dan akar umbi pun jenis tak peduli.
Kalau ada kesedaran sudah tentu mereka tidak simpan seekor kerbau yang membawa lumpur atau mendukung biawak hidup.

Friday, August 21, 2015

Makan Gaji buta...

KEMASKINI:
Dikhabarkan beberapa pihak dan individu akan mengambil langkah untuk menyaman Najib dan kerajaan di atas beberapa tindakan mereka seperti memecat atau memfitnah.

Yang ini Zahid belum ada komen apa-apa !!! Apakah menyaman Najib dan kerajaan juga satu kesalahan? Satu hasutan? Satu konspirasi? Satu agenda tersusun? Ada dalang?

Asal:
Najib mengulangi untuk tidak berundur sebaliknya menggariskan beberapa pencapaian di eranya.

Najib lupa, dalam masa yang sama, berapa banyak benefit yang bukan haknya dia sapu sendiri.

Najib tidak pula mencabar mana2 pihak untuk mengheretnya ke muka pengadilan..

Najib tidak pula mencabar PDRM dan SPRM untuk menyiasat kemewahannya...

Tidak pula mengizinkan mana-mana bank untuk mendedahkan semua maklumat akaunnya...

Itu dilakukan oleh Mahathir tetapi tidak Najib...

Tidak bersalahan lagi, Najib lebih teruk dari Paklah... Nak berundur pun tak mampu, tak ada kekuatan..Nak jawab pun, orang lain tolong jawab.

Makan gaji buta...

SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT...

Akhirnya jatuh je tanah juga....

Berbohong 1 kali memerlukan 10 kali bohong untuk kaberap pembohongan tersebut...

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia (?)
Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru..
Memecat dan memindahkan pegawai kerajaan bukan satu penyelesaian...
Memujuk, bukan semua orang tamak dan boleh dibeli ....
Habuan dan ghanimah hanya untuk yang haloba dan gelojoh...
Berani dengan peluru hanya kerana Allah bukan pada tahap menjilat individu...

Hari ini kita lihat yang diberi amanah, kuasa dan pengaruh bukan sahaja menyeleweng tetapi mengekalkannya dengan cara zalim..

Apabila guruh berbunyi dan kilat menyabung..di mana agaknya mereka boleh sembunyi dan menyorok, balasan Allah tunai, segera dan bersaksi jika rakyat dizalimi..

Palulah gendang sendiri untuk menari...berapa lama (?)
Yang memburu bukan sekadar manusia tetapi juga hantu...
Badan dan nafsu nampak bebas, tetapi hati terpenjara, iman sudah celaru..

Ibubapa siapa yang menyaksikan jalan ke neraka yang ditempah anaknya, terbangkitkah roh apabila denai ranjau perjuangan suci kini dinodai...

Zalim pada rakyat, derhaka pada ibu bapa, kita sudah ada cerita si tanggang di zaman dulu kala, kita ada aljub di depan mata...

Jenayah tidak akan lupus ditelan masa dan tanpa sempadan..
Mungkin bukan esok atau minggu depan...tapi ianya sentiasa di depan..

Menyesal dahulu pendapatan..
Terlajak perahu boleh diundur..
Sesat dihujung jalan, balik semula ke pangkal..bukan sekali, bukan dua kali sudah berpuluh kali diberi peringatan..

Jatuh sekali pada satu tempat, dianggap asam garam.
Jatuh berulangkali di tempat yang sama..itu goblok namanya !

Tiada Maaf Bagi GST..
Kota Bharu,
18 Ogos 2015..

Lihat suasana Kelantan semalam...
21/8/15








LEGAAA, 1MDB DAN 2.6B dapat isu saing...

Tentulah para penyokong Najib lega kerana isu 1MDB dan 2'6B kini sudah ada partner, 30B DEIG Darul Ehsan Investment Group.

Rahman Dahlan kata isu itu lebih besar tetapi kecewa kerana kurang kecaman...

Mamat ini lupa, kenapa rakyat malas nak mengecam lagi?

Pertama, ianya tidak melibatkan hutang...

Kedua, kerajaan Selangor tidak mengenakan apa-apa cukai merapu yang membebankan rakyat.

Ketiga, apa undang2 yang boleh diambil kepada pihak berkenaan kerana di Malaysia sudah ada contoh, sudah terkenal se enterio dunia...UPSIDE DOWN LAW..

Disyorkan Azmin menyerahkan kepada Audit untuk membuat penelitian, tidak memandai mandai memberi jawapan dan sewajarnya semua pihak bersabar...

Perlu ke Azmin bercuti semasa siasatan......Ohhh sudah tentu tidak.
Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah...

Rahman Dahlan jangan marah k.. Rahman sewajarnya sudah masak dalam isu ini sebab dia sendiri begitu galak.menerajuinya..

Rahman Dahlan dan yang sewaktu dengannya harus layan isu yang serupa tanpa dua bahasa, dua sikap, dua agenda yang berbeza.

Thursday, August 20, 2015

NAJIB YAKIN RINGGIT KEMBALI KUKUH...

How (?)

Lebih baik jangan tanya (?)
Just yakin dengan Najib..

1MDB selesai..
2.6B selesai..

Jadi just trust him, ok...

6ANGKA