Wednesday, November 25, 2015

MAJORITI CAWANGAN PERLU TUNJUK SOKONG NAJIB...

Sudah sampai masanya dalang sebenar bangkit dan bangun dengan cai, barua dan balaci masing masing untuk menggerakkan sejumlah besar Ketua Cawangan berbaki 19, 739 diseluruh negara untuk menyatakan sokongan kepada Najib.

Mereka juga patut menggesa Muhyiddin, Shafie dan Mahathir keluar parti.

Adakan perhimpunan besar besaran sekali lagi di Padang Merbuk atau Stadium Bukit Jalil.

Kena buat segera sebelum satu demi satu Ketua Bahagian bangkit untuk mendesak Najib berundur.

Rezeki Blogger..



Mungkinkah tahun ini blogger prepaid dan pospaid diberi penghormatan untuk membuat liputan menggantikan media perdana...

Tuesday, November 24, 2015

KEPALA OTAK MESTI NAK BIJAK

Ketua sayap jadi perasmi – Najib

24 November 2015 7:38 PM
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada tahun ini akan disempurnakan oleh ketua sayap masing-masing.



Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu diputuskan secara sebulat suara oleh semua Ahli MT. - UTUSAN ONLINE





# UMNO pilih yang tak ada telor untuk dipecat.

Monday, November 23, 2015

MENCARI DALANG....

Mengikuti blog ini dan sesekali memberi komen yang tidak sehaluan atas ketidak percayaan segala tuduhan ke atas Najib.

Bagaimanapun insiden beberapa ketua cawangan tampil mendesak Najib berundur memberi satu petunjuk yang jelas.

Walaupun ia dipandang remeh oleh zahid, ku nan, kj dan pihak2 lain kerana kuantiti, tetapi dari segi kualiti dan keberanian mereka menunjuk muka meluahkan pandangan jauh mengatasi ketua bahagian mereka sendiri.

Atau apakah ini satu manifestasi dan restu ketua bahagian mereka sendiri yang lebih gemar baling batu sembunyi tangan dek kerana sudah termakan budi.

Bagaimana nanti kalau setiap hari akar umbi mula keluar menyatakan pendirian.

Menuduh ada dalang yang menggerakkannya merupakan satu penafian membuta tuli sengaja untuk menyedapkan hati sendiri sedangkan hakikatnya, api kecil menjadi kawan, api besar menjadi lawan.

Pandangan akar umbi adalah lebih ikhlas tanpa kepentingan peribadi. Kenapa Zahid yang lebih cepat melenting sedangkan fokus undur pada Presiden?

Zahid bukan Timbalan Presiden, sekadar Naib Presiden yang pandai cari makan...

Sekadar Timbalan Perdana Menteri tanpa kedudukan politik Timbalan Presiden belum tentu selamat...

Dalam hal ini, Zahid lebih sesuai berpotensi sebagai dalang yang mendesak Najib cepat berundur ???????????????


STILL ANON

WANTED !!!!

Wajah Individu Bodoh,Penipu dan Mahu Jahanam Negara Kata Najib.....Sebarkan - Suara - http://suarakamibaru.blogspot.my/2015/11/wajah-individu-bodohpenipu-dan-mahu.html?m=1

Watch "108 Cawangan Umno Johor Protes Najib" on YouTube - https://youtu.be/phPF88vf0rw

Sunday, November 22, 2015

SETIA BERSYARAT, DERHAKA BERSEBAB



Dalam eksperimen yang pernah dilakukan ke atas katak, didapati setiap kali seekor katak dicampakkan ke dalam air panas menggelegak, ia berupaya melenting menyelamatkan diri dan nyawa.

Namun, apabila katak dimasukkan ke dalam air bersuhu biasa, kemudian suhu air dihangatkan perlahan-lahan, katak dilihat khayal dan seronok seketika.

Setelah air dipanaskan sampai menggelegak, katak yang sebelum ini boleh menyelamatkan diri, mati direbus hidup-hidup. Apakah nasib sama menantikan Melayu zaman ini?

Bangsa Melayu yang bersemangat pahlawan dan berjiwa jihad kelihatan semakin tidak bermaya mengatasi ancaman hari ini.

Lebih-lebih lagi kerana ancaman datang menular secara perlahan dan musuh di depan kita kali ini juga datang tanpa kita kenali atau sedari.

Musuh yang mengancam Melayu kali ini bukan datang berdepan senjata dan uniform yang mudah kita kenali dan pasti siapa mereka dan dari mana arah mereka datang.

Hari ini musuh paling berbahaya datang menular, yang kerap juga, sama ada disedari atau tidak, berjaya masuk meresapi dengan izin kita sendiri.

Kita mengizinkannya setelah menerima semuanya, dikhayalkan nafsu dan cita-cita sendiri, langsung menyebabkan kita tidak lagi waspada mudarat lebih besar menanti.

Saturday, November 21, 2015

SOLIDARITI KEPADA LIM KIT SIANG DAN DI MANA 2.6B (?)

Solidarity dan.mana 2.6B yang didendangkan oleh DAP adalah antara persaolan.besar yang sudah dinasionalisasikan oleh DAP, ianya bukan persaolan yang sengaja dikecilkan Najib untuk hanya menjadi persaolan UMNO.

Itulah bijaknya DAP mengenakan jarum halus untuk mengajak semua rakyat bersamanya. Takkan kepandaian DAP itu kita nak marah sekadar secara emosi !

Ia perlu juga dijawab oleh MCA, MIC dan semua komponen BN kepada ahlinya dan rakyat.

Apakah mereka sudah bersedia, ada jawapan yang meyakinkan, jawapan yang seragam atau mereka sendiri turut bengong dan keliru dan terkategori pemakan dedak.

UMNO sendiri gagal meyakinkan ahlinya secara telus.
UMNO sendiri berdolak dalik kepada rakyat.
Kerajaan sendiri terpaksa menggunakan segala bentuk kuasa untuk berlindung.

Tak perlulah jawab DAP racist. Tak perlu gembar gembur DAP anti Islam, tak perlu selekoh DAP bawa agenda Yahudi dan Israel.

Itu semua orang Melayu dan Islam lebih fham dari ahli UMNO.
Kalau rakyat tak lebih pandai dari ahli UMNO, dah lama UMNO lingkup... 3 juta ahli UMNO tak boleh.memenangkan UMNO untuk satu negeri pun.

Ali UMNO sekadar jadi alat kepada pemimpin mereka, setakat tu sahaja. Jangan sangka orang Melayu dan Islam lain sama taraf pemikiran terendam ahli UMNO.

Kalau UMNO nak.pecat Muhyiddin, Mahathir atau Shafie
1) Adakah besoknya orang Melayu mati kelaparan (?)
2) Adakah orang cina terus jatuh miskin (?)

Tak ada pun yang berlaku kecuali pemimpin mereka tambah dosa, tambah takut bayang sendiri dan tambah tak boleh tidor lena.

Jadi, UMNO tolong jawab persaolan DAP bagi pihak rakyat ( dimana 2.6B (?) ) dengan telus secara bermaruah !


6ANGKA