Sunday, November 22, 2015

SETIA BERSYARAT, DERHAKA BERSEBAB



Dalam eksperimen yang pernah dilakukan ke atas katak, didapati setiap kali seekor katak dicampakkan ke dalam air panas menggelegak, ia berupaya melenting menyelamatkan diri dan nyawa.

Namun, apabila katak dimasukkan ke dalam air bersuhu biasa, kemudian suhu air dihangatkan perlahan-lahan, katak dilihat khayal dan seronok seketika.

Setelah air dipanaskan sampai menggelegak, katak yang sebelum ini boleh menyelamatkan diri, mati direbus hidup-hidup. Apakah nasib sama menantikan Melayu zaman ini?

Bangsa Melayu yang bersemangat pahlawan dan berjiwa jihad kelihatan semakin tidak bermaya mengatasi ancaman hari ini.

Lebih-lebih lagi kerana ancaman datang menular secara perlahan dan musuh di depan kita kali ini juga datang tanpa kita kenali atau sedari.

Musuh yang mengancam Melayu kali ini bukan datang berdepan senjata dan uniform yang mudah kita kenali dan pasti siapa mereka dan dari mana arah mereka datang.

Hari ini musuh paling berbahaya datang menular, yang kerap juga, sama ada disedari atau tidak, berjaya masuk meresapi dengan izin kita sendiri.

Kita mengizinkannya setelah menerima semuanya, dikhayalkan nafsu dan cita-cita sendiri, langsung menyebabkan kita tidak lagi waspada mudarat lebih besar menanti.

3 comments:

  1. Benggong dan banggang berterusan....

    Kasihan kasihan kasihan

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Marilah kita sama sama kembali untuk berpegang erat dengan tali Allah sesungguhnya umat Islam itu bersaudara Segala Allah memudahkan gerak kerja ke arah perpaduan oleh Tuan Guru Presiden dan Mursyidul Am “ اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان. ” Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa. “ اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك ” Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu. “ يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين ” Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!! “ اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم ” Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka. “ اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك ” Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu. “ اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار ” Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka. “ وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين ”

    ReplyDelete
  3. Sedara KD
    Sebab itu dlm ruang komen blog sedara ini byk kali sy ungkit kn...
    Yg bunuh melayu adelah melayu sendiri...lg tepat umno
    Melayu kena bersedia dgn 'dunia luar' tanpa umno
    Sooner or later...
    Tp umno pon dah jual mcm2 hak milik negara
    Duit org derma kpd yapeim pon sapu..apatah lg duit rakyat?
    Salah siapa? Dap? Pkr? Islam itu sendiri kah? Senang kah kita nk ck ooo...bkn semua islam mcm tu!
    Makin celak* ada sj berita setiap hr umno 'jual' jiwanya,roh nya
    Kpd siapa hendak kita sandarkan skrang?
    Kalopon dap itu x peduli melayu..apakah kita skrang jauh maju sgt banding lain?
    Soalan yg kurang menyenangkn bukan..tp itu hakikat

    ReplyDelete