Monday, March 21, 2016

LIM GUAN ENG ...INI KALI HABIS...

KEMASKINI:



Dalam UMNO, masih ada saki baki daki Menteri yang berani tunjuk telor dengan wartawan..
Harap Kj tidak letak jawatan...takut ada pula yang kepanasan.

Saranan supaya SPRM siasat Lim Guan Eng sepertimana SPRM siasat Pegawai KBS menunjukkan kekecewaan dan masih ada sikap mahu lindung rasuah berdasarkan bulu.

_______

Saranan supaya Lim Guan Eng bercuti dan berehat untuk siasatan sangat tepat. Bukan setakat bercuti berehat tetapi kosongkan rumah tersebut.

Serahkan passpot ke pihak imigresen dan semua wang dan assetnya dibekukan.

Lim Guan Eng bukan sahaja wajar bercuti tetapi SEGERA lakukannya dan minta pihak berkuasa segera juga siasat dan dakwa kalau ada prima facie.

Duit dari mana lu beli itu rumah, lu bayar guna saham atau unit atau tunai. Takkan itu rumah ada orang kasi hadiah, kasi percuma. Itu transaksi mana? itu resit mana?

Lim Guan Eng tidak patut lengahkan dan buat muka lembu sakit.
Tak perlu upah hulubalang tolong jawab.
Tak perlu pecat sesiapa.

Kalau dijemput untuk soal jawab, jangan sembunyikan seauatu, jangan lari atas alasan keselamatan.

Kalau ditanya A, jawab A, jangan cakap B, kalau dipanggil bangang jangan tersentuh hati...

Panggil press confrence, paksa wartawan bertanya segala saolan.

Penyokong LGE, jangan pandai saran itu ini bila kena pada orang lain tetapi 1001 alasan kena batang hidung sendiri.

Dan paling penting, jangan cuba kalih isu.

Pernah tengok Lim Guan Eng lawat tokong. jangan pula sejak kena tuduh, seminggu sekali ke sana tunjuk baik.

Rakyat penang tak bodoh.



Dan kalau dah tak boleh jawab, bersalah, terang lagi bersuluh, letaklah jawatan untuk kestabilan negara.

Cakap sama lu punya pak, itu lilakrasi, talik dili meh ..

Jagan cakap abang tak payung!!!

SAMA PADAN SAMA PERANGAI....
















Sunday, March 20, 2016

SIAPA PUNYA IDEA, MEMBURUKAN MAHATHIR MENGEMBALIKAN KEYAKINAN AHLI, PENGUNDI DAN RAKYAT KEPADA UMNO (?)

Apa pendekatan yang Pemimpin UMNO ambil untuk mengembalikan keyakinan ahli, pengundi dan rakyat kepada UMNO (?)

Saolan ini wajar dijawab dengan jelas tanpa gangguan emosi oleh so called "penyokong" Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.


Tolong perbetulkan fakta di bawah:

Berikut pendekatan yang diambil setakat ini oleh Pemimpin UMNO dari kacamata court of public opinion

1) Mengenakan GST supaya pembangunan dapat diteruskan.

2) BRIM untuk menyelesaikan masalah kenaikan kos barangan dan perkhidmatan.
3) Menjual hartanah untuk menyelesaikan hutang 1MDB
4) Mengarahkan polis menyiasat dan menangkap sesetengah mereka yang membuat laporan polis berhubung 1MDB (?) atas faktor sabotaj ekonomi negara (?)
4. Memecat AG lama dan melantik AG baru dalam sekelip mata untuk keadilan yang lebih (?)
5) Memecat Timbalan Perdana Menteri yang bercakap secara terbuka kelemahan Perdana Menteri.
6) Presiden bercakap sorang-sorang di Perhimpunan Agung UMNO.
7) Memecat Timbalan Presiden yang terus mempersoalkan integriti Presiden.

Dan yang sedang hebat dilakukan untuk menambah keyakinan ketulinan, kebagusan dan kesucian UMNO ialah:

8. Memburukan Mahathir
9. Menghina Mahathir
10. Maki hamun, spin, fitnah pro Tun..

Itu antara yang sedang dilakukan, banyak lagi yang pro dan kontra tetapi terlepas pandang yang boleh digunakan oleh penyokong Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone memperbetulkannya secara makian, mencarut dan hilang pedoman..


Jika pemimpin UMNO sesat, ia akan sesat selamanya..

Jika masih ada kesedaran, Najib perlu berundur sebelum terlambat..


http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/03/kenapa-najib-payah-sangat-nak-letak.html


SKRIP BASI




Kalau dalam sehari dua ini, terjumpa artikel pendedak, tiba tiba cerita pak arab bermurah hati nak derma (derama) itu dan ini, bina  itu dan ini di negara Malaysia yang ekonominya dikatakan terus berkembang, terima sahaja lah berita itu seolah olah kita duduk di negara paling miskin.

Jangan banyak tanya, jangan ada question mark !!!


Faham faham sendiri.

Satu sahaja pesanan, derama tu sudah terlewat.

Saturday, March 19, 2016

SIAPA YANG LEBIH ROSAKAN NEGARA (?), NAJIB ATAU DAP...



KEMASKINI:

Kapir pun tahu harga diri...
Bila aku puji cina ni, ada pula yang sakit jiwa...lu pikir lah sendiri




Najib kena sedar dia kini lebih teruk dari DAP  !!!

DAP tidak mampu lemahkan UMNO, tidak mampu pecahbelahkan Melayu dan Islam jika UMNO kuat dan Pemimpin berakhlak dalam landasan perjuangan sebenar,  tetapi Najib boleh....



Adalah penting cawangan usulkan Najib undur untuk sampaikan maksud tersebut.


Aku pun tak akan ambil sekadar seinci atau sebatang.
Anwar pun pernah kata, satu sen pun duit rakyat dia tak ambik.
KENA FAHAM STATEMENT MACAM TU...


Segala kemudahan disediakan termasuk wang saku tetapi jumlah kehadiran kurang memberansangkan.
Selaku anak Pahang, bekas MB Pahang, PM Malaysia, Presiden UMNO yang sedang ditekan, jumlah tersebut tidak cukup kuat.







Friday, March 18, 2016

SETAKAT MANALAH KEKUATAN UMNO PULAU PINANG NAK SUMBAT LIM GUAN ENG KE PENJARA...

Begitu gah UMNO Pulau Pinang dedahkan "rasuah" Lim Guan Eng tanpa mengambilkira pemimpin sendiri lebih penyamun dari lanun.

Tidak juga UMNO Pulau Pinang terfikir bahawa Lim Guan Eng turut disayangi oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri, mesra dan akrab.

Lim Guan Eng perlu dikekalkan di Pulau Pinang untuk memberi contoh kepada orang Melayu supaya takutkan DAP.

Khir Toyo kena bukan sangat soal rasuah tetapi lebih kepada konspirasi politik yang halus.

Dalam isu rasuah yang sedang hangat, ada kemungkinan Lim Guan Eng terselamat (?) bagi meredakan keadaan, win win situation.

Masih ingat dengan ROS, bukankah kononnya DAP hampir terbatal (?) Apa citer (?)

Apa citer dengan PPS Pasukan Peronda Sukarelawan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang cuba mengambil peranan polis. Berapa ramai yang kena dakwa dan diambil tindakan (?)

Citer kosong buat habih boreh jer...
Dalam musim panas macam ni, simpan jer air lior tu..

Thursday, March 17, 2016

APALAGI PRO TUN MAHU (?)

Dua perkara yang menarik sehari dua ini yang boleh dibanggakan...

Mercu Tanda WARISAN MERDEKA PNB tertinggi di Malaysia, tertinggi kedua di Asia... dalam cadangan.

Hutang Negara RM630.5B hampiri 55% KDNK...sudah berlaku pun, 2015.

Jangan cakap aku tak hargai kerajaan sekarang, syabas dan tahniah !!!

6ANGKA