Di mana boleh kita beli integriti, di gedung besar, kedai runcit atau di pasar malam..
Di udani carpet, jakel, tudung fareeda...
Di Italy, Singapore atau di mana...
Lebih sukar mencari integriti di kalangan bangsawan, rumah agam, rumah putih hatta di Putera Jaya...
Integriti tidak datang bersama pangkat dan kuasa, tidak pada nama, AG, PM, IGP, KSU, TPM, Teuku, Tengku, Ku....
Integriti tidak datang dalam jual atau beli, forex, bursa, skim cepat kaya...
Integriti datang dari pengorbanan walaupun ia sudah di mamah usia...
....
Assalamualaikum dan salam jumaat to my brothers and sisters, pejuang bangsa dan negara. Moga mendapat rahmat dan berkat Jumaat yg melimpah-limpah.
Sedikit perkongsian: Semasa menetap di UAE saya berpeluang solat jumaat setiap minggu di masjid English Abu Dhabi. Di sini perempuan ikut suami solat jumaat dan masjid menjadi tempat kami berkenalan dgn warga dunia. Qutbah diberi imam masjid seorang white American muaalaf. Isteri black American. Anak mereka berkawan dgn anak saya di sekolah. Mereka memeluk agama Islam ketika tinggal di Syria sebuah negara Islam moden yg masih kekalkan peradaban Islam zaman Umayyah, Abbasiyah dan Ottoman. Syria pernah jadi sebahagian Rome dan peradapan mrk sangat tinggi. Imam sekeluarga masih berulang belajar Islam ke Syria. He is a hafiz. MasyaAllah, dia terpilih oleh Allah dari seorang kafir, mendalami AlQuran dlm masa yg singkat dan menjadi imam umat Islam di sana.
Semasa perang saudara berikutan dari Arab Spring tahun 2011 saya masih ada di Timur Tengah. Sebenarnya, 5 tahun sebelum perang, US telah pun bertapak dan belajar budaya Syria btujuan campur tangan dlm ehwal socio-politic, termasuk meresapi dlm pentadbiran kerajaan. Arab Spring hanya tool utk memulakan perang.
Syria sebenarnya di target oleh barat utk diporak perandakan lama selepas Iraq, Libya dan Yemen. Pemberontakan di api2kan oleh barat krn Syria sebuah negara maju.
Semasa dlm kerajaan, saya pernah membuat kajian bersama AT KEARNEY, consultant company US, pada tahun2 2005-2010, Syria adalah negara Islam ke 2 termaju di dunia selepas MALAYSIA!!.
Siapa sangka, perang akan menghancurkan Syria yg berkecuali dan tinggi dgn peradaban Islam dan barat!
Sahabat saya Imam sekeluarga terpaksa balik ke US semasa perang tersebut. Mereka tidak di senangi kerana ditakuti talibarut barat.
Tetapi mrk adalah Islam sejati. Saya kenal dan saya sekeluarga kerap ke rumah mereka terutama ketika Eid. Selalu dihidangkan dgn Ali Cafe 😀.
Pengajaran:
1. Dalam kita berpolitik dan bergaduh sesama kita, ingatlah hidup kita umat Islam amat terdedah dgn ancaman zionis dan kehancuran. MO barat ialah mengurangkan jumlah umat Islam dan mengambil kekayaan dunia. Sebab itu kanak2 diracun di Syria, rumah kaum keluarga di bom dan lelaki dibunuh di Iraq. Kekayaan dicuri di Libya yg sebenarnya sangat kaya dan Muammar Gaddafi disayangi rakyat. Assassination berleluasa selepas perang. Allahuakbar, ramai keluarga rakan2 saya yg terlibat. Mereka tidak dpt kembali balik negara dan kaum keluarga perished.
2. Tun Dr Mahathir ada lah satu2 pemimpin Islam yg berani menentang Zionis. Sebab itu dia sangat dikenali dan disayangi orang Arab. Pemuda Arab mengenali Tun dlm pembacaan mereka. Dalam lectures saya di Universiti, saya akan memasukkan Tun sebagai pemimpin agung Islam moden (abad 21). Justeru, ilmu kepimpinan di sana meletakkan Tun sebaris dengan pemimpin agung yg lain.
3. Kelemahan pemimpin amat mudah utk diambil kesempatan oleh US. Apatah lagi kalau pemimpin itu telah terpalit dgn skandal dan penipuan yg besar. Mereka jg dgn mudah akan meresapi dalam pentadbiran kerajaan.
Perjuangan kita ini bukan isolated. Ia saling berkaitan. Buka lah mata dan banyak membaca. Marilah kita kuatkan barisan menentang pemimpin zalim demi bangsa, agama dan tanahair.
Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi Allah. Aamin ya rab.
MAS DARBY