Menganggap kenyataan Menteri Luar Arab bahawa 2.6B adalah derma dan isu itu dengan sendirinya selesai... sangat tidak masuk akal, otak lembu kak ijat pun tidak boleh terima sifir semudah itu.
Takkan nak kata dia bodoh atau bangang sebab dia Menteri, ada kelulusan tinggi... takkan nak kata dia pemakan dedak sebab dia pun kaya sejak kecil menabung...
Setakat itu sahajalah akai Ketua Pemuda yang mewakili pemuda umno malaysia, malang dan hina sungguh nasib hampa kalau masih dok berketuakannya.
Persaolannya kenapa Kj yang terdesak untuk satu statement menyokong melulu, jika itu dari Nazeri atau Anuar Musa kita boleh faham, itu otai monopause.
Bila kes Pegawai Kementerian Belia dan Sukan akan dibicarakan (?) Kita nak dengar ada tak nama Menteri turut terpalit (?)
Lengkap dan sempurnalah UMNO untuk menerima nasib mereka di kemudian hari.
Kalau UMNO lenyap, lingkup dan musnah sekepas ini, tidak ada apa yang nak dihaiirankan...
Gerakan menyelamat Malaysia, sebenarnya lebih kepada menyelamatkan UMNO, jika gagal, bukannya gerakan itu, tapii UMNO itu sendiri..
Tun telah mencipta legacynya tersendiri, ia tidak mampu dipadam setakat Tun keluar UMNO, atau oleh pemimpin keladak dedak dan hingusan seperti Kj, Mat Maselan, Rahman Dahlan, Salleh Keruak dan lain lain malah Najib sendiri sebahagian legacy Mahathir yang terkeluar dari landasan perjuangan kerana memilih sendiri jalan pintas berskandal.
Legacy Mahathir tersendiri, tidak perlu diteruskan oleh pemimpin selepasnya tetapi gantikanlah yang lebih superb darinya untuk rakyat nilai, masih terlalu awal sendiri masuk bakul, sendiri angkat.