Friday, April 15, 2016

4 PERINGKAT KETAT..MANA MUNGKIN 1MDB TAK OK

Sesuatu yang kita mungkin terlepas pandang bahawa pengurusan 1MDB mempunyai empat peringkat yang perlu dilalui dan adalah sukar sesuatu keputusan itu dibuat tanpa berhati hati.
Setuju atau tidak (?)

Oleh itu persepsi terhadap 1MDB kena dinilai semula supaya kita tidak tergolong daripada mereka yang dianggap bengap.
Setuju atau tidak (?)

4 Peringkat tersebut:
1. Perdana Menteri
2. Menteri Kewangan
3. Penasihat/Pengerusi 1MDB
4. Lembaga Pengarah tanpa wakil Pegawai Kementerian Kewangan

Kita mungkin bersetuju nama PM tidak dikait dan disebut (on microphone) walaupun dia tandatangan semua dokumen . Lawyer Najib kata Najib sekadar ikut procedure, seolah tanpa membaca dan memahaminyanya ....(Mahathir anggapnya badigol).

Dalam hal ini sekurang-kurangnya PM patut meminta AG  mengambil tindakan terhadap Menteri Kewangan atau Penasihat/Pengerusi 1MDB untuk diseret ke mahkamah beserta CEO dan ahli Lembaga Pengarah.

Jika itupun tiada, nyatalah mungkin Pengerusi PAC menjadi "kaldai padang pasir" yang bengap.



# Apakah 4 peringkat ini menyamai Tingkat 4 era Paklah !



HASAN ARIFFIN PATUT LETAK JAWATAN KERANA LAPORAN PAC UMPAMA TISU TANDAS, KATA MAZLAN HARUN


Seorang bekas Adun yang pernah menjadi Pengerusi PAC di peringkat negeri Selangor, Mazlan Harun menyifatkan laporan PAC mengenai 1MDB yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini sebagai sesuatu yang amat memalukan rakyat dan negara.

Katanya, laporan itu langsung tidak komprehensif kerana tidak memanggil banyak saksi yang relevan berkaitan masalah 1MDB, malah tidak disertakan dengan laporan audit yang sehingga kini kekal diletakkan dibawah OSA.

Bekas Adun Lindungan itu menjelaskan, hakikatnya intipati audit adalah kunci kepada proses menyediakan Laporan PAC dan tanpanya, tiada sebarang laporan dapat dimuktamadkan.

Menurut Mazlan yang berpeluang memikul tanggungjawab itu selama 8 tahun,  dengan kedua-dua perkara itu gagal dilakukan oleh PAC yang diketuai oleh Hasan Ariffin, laporan yang dibentangkan di Parlimen itu langsung "tak boleh pakai."

Tambahnya, lebih memalukan ialah kerana hanya beberapa hari setelah laporan itu dibentangkan, International Petroleum Investment Corporation atau IPIC telah menghantar laporan kepada London Stock Exchange menafikan Aabar BVI yang menerima RM14,000 juta cagaran sekurit daripada 1MDB, sebagai anak syarikat atau ada kaitan dengannya.

Tegasnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana  Laporan PAC mengenai Aabar BVI kelihatan tergantung sedangkan mereka sepatutnya mengumpul bukti sebanyak mungkin sebelum menyiapkan laporan dan membentangkannya di Parlimen.

"Jelas Laporan PAC mengenai 1MDB itu sangat memalukan, malah bagi saya tidak ubah seperti tisu tandas saja layaknya," kata beliau dalam satu perbualan telefon dengannya.

Sebab itulah, ujar Mazlan lagi, lebih banyak masalah timbul setelah laporan itu dibentangkan berbanding ia sepatutnya menunjukkan jalan penyelesaian kepada semua pihak.

Sehubungan itu, kata Mazlan yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris,  sepatutnya Hasan Ariffin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAC dengan serta-merta ekoran kepimpinannya yang memalukan rakyat dan negara itu.

"Tidak ada sebab lagi Hasan perlu duduk sebagai Pengerusi PAC sekarang ini. Beliau telah memalukan semua orang  dan kita semua turut malu dengan kerja dan kepimpinannya," tegas beliau dengan nada kecewa, walaupun mengakui Pengerusi PAC itu adalah juga kenalan baiknya. (SH 16/04/2016).

No comments:

Post a Comment

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...