Thursday, April 21, 2016

NURUL, POLITIKNYA MAHU SAMPAI KE MANA, SETAKAT CELAH KAKNGKANG SAJA KE (?)

Dari awal hingga ke la ni, Nurul pemain politik yang ditolak kedepan atas keterpaksaan keadaan masih lagi tidak nampak missi dan vissinya.


Masih lagi sama seperti di peringkat awal, perjuangan untuk kebenaran papa dan kini perjuangan untuk melepaskan papa.

Perjuangan di alam bunian hanya sesuai untuk politik orang kayangan dan bukan dibumi realiti yang dipijak.

Rumahtangga lambang kekeluargaan, pengurusan yang sepatutnya dijaga hancus di tengah jalan. 
Saolan lazimnya, bagaimana dia mahu menguruskan kawasan, rakyat dan negara..

Politikus macam Nurul sangat bahaya, dia tiada prinsip perjuangan yang
jelas, tumpang dikenali dari mak bapak, sampai bila (?)
Politik mak bapak pun haru biru... 

Dalam lain perkataan, jika ada sesiapa yang dapat membantu melepaskan papa nya, Nurul boleh bekerjasama (?)
Begitukah (?)

Apakah Nurul sedang tercari cari idola pemimpin wanita yang mahu dijejakinya..

Wednesday, April 20, 2016

APA STATUS TERKINI SIASATAN PDRM...

Selepas laporan PAC, dikhabarkan PDRM menubuhkan satu siasatan yang diketuai sendiri oleh KPN...

Kemungkinan besar inilah satu satunya siasatan terakhir setelah pelbagai siasatan sebelum ini gagal membersihkan Najib dari kacamata rakyat.
Jika persepsi rakyat sekarang di ambilkira, harapan BN untuk kekal sebagai kerajaan agak tipis.

PRU sarawak bukanlah cerminan sebenar kerana berbeza sentimen dan isu, lebih kepada kenegerian, bagaimanapun di bandar besar, tidak nampak keberangkalian boleh diambil BN.

Menyekat kemasukan beberapa nama ke Sarawak tidak banyak membantu BN tetapi membenarkannya akan menambah parah.

Bukanlah niat siasatan harus mengaitkan Najib tetapi laporan siasatan mestilah ada kewarasan, kredibiliti dan integriti untuk tidak mengaitkannya.

Kegagalan siasatan memberi penjelasan dan jawapan yang memuaskan tidak sedikitpun membantu Najib, malah menyusahkannya.
Kelemahan pengurusan krisis sekarang di pihak Najib lebih banyak memberi kerosakan kepadanya berbanding dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang.

Jawapan dan kenyataan-kenyataan Salleh Keruak, Anuar Musa, Shabery Chik, Rahman Dahlan sekadar memburukan keadaan.
Sokongan terbaru Zahid dan KJ mengenai pemberian derma tok arab sekadar menambah beban kepada Najib.

Ada dengar Najib jawab (?)

Peranan media seperti TV3, Utusan - pemberitaan berat sebelah melampau, akan menyebabkan lebih ramai lagi yang mencari berita dan lebih percaya di internet.

PDRM bernasib baik kerana walaupun sudah hilang keyakinan dari sesetengah pihak dari sudut tertentu tetapi PDRM juga memiliki pegawai pegawai yang masih mempertahankan dan menunjukkan tahap tanggungjawab dan profosyenal yang tinggi.

Rakyat berharap laporan siasatan PDRM tidak sebakul dengan laporan PAC sehingga ada yang menilainya sebagai tisu tandas.

MENTERI BODOH KE RAKYAT YANG BODOH...



Akhlak pemimpin...
Menghalalkan cara.




MAHASISWA AKAN JADI OTAK BEKU KALAU DENGAR DIA LECTURE

Analisis statik dari jauh sebeginilah membuatkan mahasiswa kekal otak beku atau bangun memberontak...

Apa yang sebenarnya Tun perjuangkan langsung tidak dikupas, ertinya rasuah, menyeleweng, menzalimi rakyat, berbohong, menipu, tiada akhlak boleh dikompromi, disekongkol, dimaafkan sekadar membangkitkan kerjasama dengan pembangkang.



Tun M 'berperang' kerana masih mahu kuasai pentadbiran negara

SHAH ALAM: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mengganggu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak adalah bukan suatu perkara yang baru, demikian menurut penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid.

Katanya kerjasama dengan pembangkang baru-baru ini seolah-olah membuka peluang yang lebih besar, untuk merealisasikan agendanya yang sebelum ini tidak mendapat sokongan daripada pemimpin Umno yang lain.

"Dia (Mahathir) dalam keadaan yang terdesak, perlu sokongan itu dan beliau ingin mengambil pengaruh DAP kearah itu. Saya rasa ada benarnya yang diutarakan Najib bahawa Mahathir mahu kembali (menguasai) pentadbiran negara.

"Mahathir cuba untuk menguasai dalam keadaan Tan Sri Muhyiddin dipecat, dan Mukhriz juga turut dipecat, dan pertembungan antara Muhyiddin dan Najib.

"Dalam Perlembagaan kita tidak ada referandum untuk menjatuhkan kepimpinan. Saya melihat kepada prinsip pertukaran kerajaan melalui pilihanraya.

"Apa pun yang kita rasa tidak bersetuju tetapi kita kena kembali kepada prinsip pilihanraya dan Parlimen," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Najib bahawa Mahathir masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu.

Perkara itu dizahirkan Najib dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News terbitan media Indonesia.

Pada pendapat beliau, pertembungan antara Mahathir dan Najib bermula apabila, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal meraih kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 2013.

"Saya lihat pertembungan yang berlaku diantara Tun Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ini sudah lebih kepada politik generasi sebab apa yang cuba dirangka oleh Mahathir ini dia berbeza dengan apa yang dirangka oleh (Datuk Seri) Najib.

Menurut Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, pemecatan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah juga antara faktor utama yang menyebabkan Mahathir bertindak  bersekongkol dengan pembangkang dalam melancarkan Deklarasi Rakyat yang mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya lihat apa yang berlaku kerjasama dengan Lim Kit Siang saya rasa itu tidak akan memberikan kesan yang positif kepada Mahathir kerana saya lihat apa yang dilakukan oleh DAP itu sebagai musuh pada peringkat awalnya dengan perjuangan DAP.

"Maka dengan keadaan terdesak dia membuat perkara demikian saya rasa orang Melayu tidak akan boleh menerima keadaan itu dia melihat kepada keadaan orang yang terdesak mengambil kerjasama itu," ulas Mohd Noor lagi.

Tuesday, April 19, 2016

LAGI BERITA TENTANG DEDAK.......SIAPA MENTERI JAKIM..TOLONG JAWAB...JANGAN SEBOK DENGAN KAYU GOLF SAHAJA...

MESTI BACA

Dari grup usahawan MARDI untuk renungan semua.

Sahabat.
Saya adalah seorang yg ada nama dlm industri penternakan negara, tetapi saya berundur...

Saya telah lalui 10 thn pendidikan formal di universiti; 22 tahun dalam industri terutama ternakan ayam.


Hari ini saya ingin membuka pekung industri... terutama
ayam daging & lembu

Saya berundur dari industri ayam sebagai orang yg ada nama dgn satu kesedaran...
industri ini sangat SAKIT.

Sebagai muslim saya minta maaf jika dlm grup ni ada yg belum muslim yg mungkin tersinggung dgn apa yg saya ucapkan ini. Saya dapat buktikan betapa sakitnya industri ayam ini di jalankan.

Ramuan makanannya ;-
sumber protinnya dari
- tepung darah
- tepung daging
- tepung tulang
 (majoriti di impot). Pengesahan sumber bahan ini adalah dari sumber babi

Semasa proses penternakan ada bhn kimia seperti punca arsenic,
antibiotik terlarang digunakan secara berleluasa.

Pada 1996 berlaku pembocoran maklumat dan terjadinya isu ayam nitrofuran.
Saya berundur dari industri ini secara total pada 1999.

Saya menjalankan kajian apa punca protin yg boleh di bangunkan secara skala komersial yg tidak ada undang2 mengekang kita.
Ia bermula dengan
1.pembiakan ikan guppy biasa - ikan ini lambat dan sekali cycle jumlah x byk.
2. cacing tanah - sukar dgn kerenah media dan penggandaan yg lambat
3. selidik larva lalat spt Chrysomia bezziana (lalat hijau) juga musca domestica (lalat rumah) - masalah yg kita hadapi adalah pencemaran E.coli dan Salmonella pada larvanya sbb mmg tabiat lalat sukakan kotor. (Afrika bangunkan juga larva lalat ini).
4. kajian penggandaan tikus putih makmal secara besar-besaran utk tepung protin. Ia juga bermasaalah dgn mcm mana nk proses anak2 tikus dan juga ada punca penyakit yg di bawa.
5. Sy tlh lama perhatikan larva BSF (tak tahu nama dan nama saintifiknya).Akhir2 ini saya mencari secara giat dlm internet dan jumpa artikel MAGMEAL®.
barulah saya tahu dan langsung jumpa dgn geng2 BSFL ni...

Matlamat & visi saya adalah utk menukarkan sumber protin dari sisa babi kpd punca yg halal syarak utk sekurang2nya makanan saya sekeluarga.

Saya pernah ke dialog JAKIM, JAIS, Halal Hub dlm isu ayam babi di The Palma Hotel, Putrajaya.

Dm dialog itu para pegawai berkenaan bermati2an tuduh saya sebagai talibarut pihak berkepentingan dlm industri menyebarkan dakyah palsu.
Jawapan balik saya kepada mereka:
Jika saya adalah penyebar dakyah ,maka pihak tuan2 semua perlu buktikan yg anda betul dengan menguatkuasakan LOGO HALAL JAKIM pada beg makanan ayam komersial.

Bermula dari tarikh itu sampai ke jam wasap ini di tulis BELUM ADA LOGO HALAL DI BEG MAKANAN AYAM KOMERSIAL.

Ayam ini kita suap hari2 kpd kita, emak kita, isteri kita, anak2 kita, ustaz2 kita...
Apa yg saya nampak ialah ada proses kerosakan yg sedang berlaku dlm.diri kita iaitu keras hati, sifat tamak haloba membiak, timbul penyakit pelik2.

Saya bersyukur menemui kumpulan ini .

Saya bermula balik dari kursus 27hb mac lalu , berhempas pulas  menjalankan usaha menggunakan segala sumber yg ada utk merealisasikan BSFL adalah PENGGANTI KPD SISA BABI YG DI GUNAKAN SEKARANG.

Maafkan saya, terpaksa buka cerita ini demi melorongkan matlamat murni ilmu ini bg faedah ummah.

Terima kasih sifu krn memberi ilmu sifu dan halalkan kpd saya.

Jika kita bergerak dalam skala besar, kita boleh mengubah industri.
jika bergerak dlm skala kecil, kita hanya mampu mengubah makanan keluarga kita.
Saya dah 16thn total stop makan ayam komersial semata2 isu tepung protin dan residu antibiotik yg sangat menakutkan jika tuan2 sahabat mengetahuinya.

ikhlas.
Dr. Saari
Dip. animal health n production UPM
Doctor of Vetrinary Medicine UPM

working experience
1. Ayam Dinding - Perak
2. Perak Meat - Perak
3. TD Poultry - Trg
4. Murni Hatchery - Kel
5. Ayam Organik HPA - Perlis.
6. sekarang mengasaskan pergerakan muamalat dlm kumpulan sedar ekonomi QC2U.COM

Maaf jika tersinggung.
1. Saya tidak berniat utk berada di saf hadapan
atau mengambil peranan yg aktif.
2. Tolong viralkan semoga lepas tanggungjawab kita. 3. Jika pernyataan sy tidak benar  diharap ada lihak yang akan menjelaskannya nanti.
Allahhuaklam bissawab.

TIKUS TIKUS MAKIN MENYEPI, KAPAL DAH NAK KARAM...

PETANDA AWAL:

ZAHID DAN KJ SENDIRI SUDAH MERAYU, KES 1MDB SEGERA DITUTUP DENGAN SKRIP PENGAKUAN MENTERI LUAR ARAB SAUDI BAHAWA 2'6B ADALAH DERMA....WALAUPUN SEBELUM INI MENTERI YANG SAMA MENYATAKAN PELABURAN...

PERKEMBANGAN SEMASA BUKAN LAGI TERTUMPU KEPADA 2'6B, TETAPI JUMLAH YANG LEBIH BESAR...

ITU NAK DIKATEGORIKAN DUIT ITU DATANG DARI MANA PULA (?)


MEMBURUKAN MAHATHIR SECARA TERLAMPAU MERUPAKAN SATU KERJA BODOH DAN TIDAK BERBALOI SEDANGKAN ISU SEBENAR BUKAN MAHATHIR TETAPI NAJIB....

GAGAL MEMBERSIHKAN NAJIB TETAPI CUBAAN MENGOTORKAN MAHATHIR, STRATEGI SUDAH KEHABISAN PELURU.... PROVOKASI MAHATHIR SEKONGKOL LIM KIT SIANG TIDAK BERKESAN....




[18:46, 4/19/2016] ‪+60 16-455 0928‬: C&P
 Malaysiakini

Dr M cuba bekukan aset Najib bernilai RM2.6b
Hafiz Yatim
19 Apr 2016, tengahari 1:26
Dikemaskini 19 Apr 2016, tengahari 1:31


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan membekukan atau penyekat perdana menteri daripada memindah, mengeluar atau melakukan sebarang urusniaga ke atas aset beliau yang bernilai RM2.642 bilion.

Bekas perdana menteri itu bersama-sama bekas naib ketua Umno cawangan Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin, turut memfailkan permohonan pendedahan yang menghendaki Najib untuk memaklum dan memberi butiran aset-aset beliau termasuk artanah, baki kredit, tunai dan aset-aset lain dalam bank, institusi kewangan dan saham syarikat.

Permohonan itu difailkan hari ini pada jam 10.40 pagi menerusi firma guaman, Haniff Katri di pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

"Arahan kepada Najib untuk menyediakan senarai aset dalam masa 10 hari bermula tarikh penghantaran surat ini kepada beliau," kata permohonan itu.

Permohonan itu adalah berlandaskan kesemua mereka telah memfailkan tindakan sivil menentang Najib, pada 23 Mac yang lalu, bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.


Menurut mereka, Najib selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Mengulas lanjut, tambah mereka, telah dibuktikan RM2.6 billion dimasukkan dalam akaun perbadi Najib menerusi Ambank pada bulan Mac 2013, dan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.
[18:46, 4/19/2016] ‪+60 16-455 0928‬: Tun M mohon halang Najib berurusan dengan aset

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lagi hari ini memohon perintah mahkamah bagi menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada berurusan dengan asetnya.

Dr Mahathir memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada jam 10.40 pagi tadi melalui peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Permohonan ini adalah susulan kes saman difailkan Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin terhadap Najib berhubung salah laku membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Dalam permohonan itu, ketiga-tiga mereka memohon perintah bagi menghalang Najib daripada memindahkan, menyusut atau berurusan dengan asetnya sama ada secara sendiri, melalui penama atau secara milik bersama.

Mereka juga memohon Najib mengemukakan afidavit bersumpah dengan memberikan butiran mengenai aset beliau dalam tempoh 10 hari daripada tarikh penyampaian perintah itu.

http://www.bharian.com.my/node/145277

Monday, April 18, 2016

UMNO KENA BELAJAR CARA SUAPAN ZAMAN BILLION




Nasihat kepada Kak Jat, untuk menyuap bukan position sebelah kiri pakcik tu, duduk dihadapan atau sebelah kanannya...itu position posing sebab nak di ambil gambar, suapan lakonan, kurang ikhlas....

Gara-gara pemimpin mahu menongkat jawatan sampai kiamat dan gara-gara disokong pemimpinnya, berbaloikah Tun Dr Mahathir dilayan sebagai musuh, denyut nadi rakyat diperlekehkan dan hari ini lebih ramai bangsa Melayu sedar, Melayu tidak bangsat 
tanpa pemimpin UMNO sekarang....




KENYATAAN MEDIA

AMANAH sokong cadangan penubuhan 'Bank of Johor'

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menjunjung dan menyokong penuh cadangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk menubuhkan 'Bank of Johor' bagi kemudahan rakyat di negeri itu.



2. Penubuhan bank persendirian ini diyakini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu bukan sahaja dalam membuat pinjaman perumahan malah juga untuk pelaburan.


3. AMANAH ingin menegaskan bahawa kami bersedia bila-bila masa untuk menyumbang idea terhadap usaha murni yang dicetuskan Tuanku Sultan Johor ini. Pada kami, pengalaman 'Grameen Bank' di Bangladesh adalah antara model terbaik yang boleh dijadikan contoh.

4. 'Grameen Bank' menjadi sebuah mercu yang sangat unik dengan konsep 'bank untuk golongan miskin' yang sangat berbeza daripada bank konvensional lain. Pengasasnya Muhammad Yunus juga telah diberikan anugerah nobel ekoran kejayaannya membantu golongan miskin di Bangladesh melalui usaha penubuhan bank ini.

5. Pengalaman dan kejayaan Muhammad Yunus ini sewajarnya diteladani oleh 'Bank of Johor' ini nanti. Malah AMANAH mengharapkan Bank of Johor ini didasarkan kepada perbankan tanpa faedah dengan kata lain perbankan Islam yang lebih progresif.

"Harapan Baru"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
18 April 2016




6ANGKA