Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Isnin – Ultra kiasu tidak perlu risau apa pun istilah yang diberi kepada mereka, termasuk kafir harbi, kerana orang Melayu tidak akan mengapa-apakan mereka, kata Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Percayalah, inilah sifat Melayu yang saya kenali sejak dari kecil. Ultra kiasu tidak perlu risau, apa juga istilah yang digunakan termasuk harbi, memahami orang Melayu, mereka tidak akan mengapa-apakan ultra kiasu, kecuali ultra kiasu merancang untuk memusnah Islam,” katanya kepada Ismaweb.net.
Mengulas perkataan kafir harbi yang menjadi isu panas di kalangan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, MCA dan MIC, beliau berkata hakikatnya puak ultra kiasu ini tidak perlu bimbang dengan istilah itu.
“Adakah dengan label tersebut mereka dianiaya? Tidak juga. Malah, sama ada yang zimmi atau harbi (jika ada), boleh membina empayar kekayaan sehingga jauh meninggalkan umat Islam sendiri.
“Bahkan ada yang membawa wang lari keluar negara. Ini tidak termasuk perniagaan haram seperti money laundering. Jadi, apa isunya?,” soal Ridhuan Tee.
# Pemimpin Islam (zindik) pun berniaga haram seperti money laundering, mereka lebih bebas dan terus berkuasa.
Istilah kafir harbi muncul semula selepas akhbar Utusan Malaysia, 23 Jun lalu melaporkan bahawa DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.
Akhbar itu melaporkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sebagai berkata bahawa, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Susulan itu, puak DAP, MCA, dan MIC serta ultra kiasu bangkit menentang dan membantah kenyataan berkenaan.
Soal Ridhuan Tee lagi, apakah benar supremo ultra kiasu menangis dengan label itu.
“Jangan berlakonlah. Apakah supremo ultra kiasu dia tidak sedar selama ini umat Islam telah lama menangis dengan kata-kata dan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam?
“Malang sekali ultra kiasu Melayu PKR dan PAN bersama mereka. Lebih baik berdiam diri seperti UMNO dan PAS,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau berkata, sebelum ini pun UMNO pernah dilabelkan sebagai kafir juga, dengan istilah sebagai taghut, tetapi UMNO relaks sahaja dengan label tersebut walaupun istilah taghut teramat kasar, lebih kasar daripada harbi.
“Yang penting sedar diri. Peliknya ultra kiasu begitu sensitif. Nasib baiklah ultra kiasu tidak dilabelkan sebagai harbi dan taghut. Pasti jadi lebih gamat,”katanya.