Pendakwaan ke atas lim guan eng yang akan diketuai oleh Peguam Negara adalah satu proses undang undang dan kerja baik oleh SPRM.
Oleh kerana pendakwaan diluluskan oleh AG ia membawa maksud bukti yang cukup kuat kerana AG selalunya Pemurah dan lembut.
Lebih penting puak. Juak dan cai yang ada kepentingan politik jangan terlampau pandai dan berlebih lebih mempolitikan isu. Ia lebih kepada batang tubuh lim guan eng sendiri dan tidak ada kena mengena dengan kaum, kafir harbi atau parti.
Biar ia berjalan mengikut proses undang undang dan tidak dipersepsikan bermotif politik. Kes tidak selesai dalam sehari dua.
Wednesday, June 29, 2016
Tuesday, June 28, 2016
MUKHRIZ KATA POKOK ADA GOYANG, HADI KATA TAK ADA ANGIN...
Untuk menguasai Negeri atau Pusat, sebuah parti itu mesti menang dengan majoriti atau membentuknya bersama sama parti lain untuk menguasai majoriti dalam menubuhkan kerajaan negeri atau pusat.
Apabila Mukhriz menyatakan kemungkinan terdapat persetujuan penyerahan Kedah dan Terengganu serta Kelantan kekal kepada pentadbiran PAS ia membawa maksud PAS mestilah menangi kerusi DUN negeri negeri tersebut secara majoriti. Untuk majoriti PAS perlu tandingi dan menang banyak kerusi.
UMNO boleh memberi laluan dengan pelbagai cara.
Oleh itu pengesahan Hadi tidak lari dari maksud Mukhriz..
Kemungkinan besar timbal balas persetujuan, kerusi Parlimen akan banyak di menangi UMNO sesuai dengan hasrat Hadi sekarang lebih menjadi Penasihat kerajaan dan bukannya menguasai Putrajaya.
Soalnya jika benar ada persetujuan strategi politik sebegini, berapa ramaikah yang tahu...
Apakah dakwaan Mukhriz berasaskan maklumat dalaman atau ada yang terlepas cakap (?)
Mukhriz wajar memberi pendedahan lanjut !!!

# Apapun jika benar ada kerjasama dan persetujuan strategi politik sebegini, ia sangat baik untuk kelansungan politik Melayu dan Islam walaupun terpahat kepentingan peribadi.
Yang perlu di awasi, jangan sekadar kuantiti ini menjadi tempat bersarangnya Melayu yang low kualiti dan kesepakatan membenarkan salahguna kuasa dan segala bentuk kemungkaran.
MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ PERLU PERKASAKAN PAS DAN AMANAH
Pilihan terbaik untuk Mukhriz ialah nenyertai PAS tetapi halangan mungkin datang dari Hadi sendiri yang dipandu untuk memimpin PAS.
Muhyiddin pula sesuai menyertai Amanah dan Shafie menertai PKR.
Sangat menarik untuk Mukhriz membantu PAS Kedah dan Muhyiddin membantu Amanah Johor disamping boleh menjadi jambatan untuk mendamaikan PAS dan PAN.
DAP kekal sebagai partner dalam Pakatan Harapan sepertimana MCA dan MIC dalan BN. Kalau mahu dinamakan kafir harbi, ketiga tiganya sama...
DAP kekal di kerusi mereka manakala PAS, PKR dan Amanah perlu membuat pembahagian yang adil.
Amanah kuasai Johor, PKR kuasai Selangor + Wilayah.
Kedah, Kelantan, Terengganu dikuasai PAS. Pulau Pinang kekal DAP + Perak.
Parlimen juga mampu dikuasai dan seterusnya menawan putrajaya.
Pembahagian kerusi mesti melalui dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Harapan yang wajib dipatuhi.
Pakatan Harapan wajar mempunyai sokongan dari beberapa NGO Dan individu yang berpengaruh sebagai Golongan Pemikir membantu menyelaraskan perbezaan pendapat dan menyuntik idea perpaduan.

TAMPARAN SEMPORNA...
Kena hormat prinsip MT sebulat suara menyingkir Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie. Mereka bertindak atas tunjuk kuasa dan dendam kesumat.
Kena lebih hormat kepada akar umbi seperti ahli UMNO Semporna yang menolak Najib dan UMNO sekaligus menyahkan UMNO dari bumi Semporna.
Mereka bertindak atas maruah.
Sebagai golongan bawahan yang bersepakatan, sesuatu yang harus dikagumi, tentunya mempunyai Ketua Bahagian yang telah memberi perkhidmatan terbaik hingga dihormat dan disanjung, bila dicubit paha kanan, paha kiri turut terasa.
Begitu juga reaksi umno paguh, walaupun tidak sehebat jati diri ahli umno semporna.
Bagaimana dengan reaksi Jerlun, sudah tentu itu petanda awal kegagalan Mukhriz sendiri...
Adalah kurang diyakini, akan ada lagi yang lebih bermaruah dari umno semporna untuk bertindak selepas ini.
Kalau setakat untuk berzapin, kuda kepang dan silat pulut, kot mungkin ada.

Monday, June 27, 2016
TAHNIAH KEPADA YANG MENGUNDUR DIRI
UMNO JOHOR AKUR
Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz Wajar – UMNO Johor
Oleh Ketua Pengarang / dalam Politik / pada Saturday, 25 Jun 2016 12:42 PM / 0 Komen / 352 sudah membaca
Umno Johor berkata ia akur dengan tindakan Majlis Tertinggi parti itu memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut Bernama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Umno Johor yakin tindakan itu wajar, dan akur dengannya.
Malam tadi, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz dan penggantungan keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Kuala Lumpur.
Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (Berhubung Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Penggantungan Datuk Seri Shafie Afdhal)
Dalam sesebuah wadah siasah, memutuskan sesuatu keputusan penting akan pasti mengundang perhatian banyak pihak. Ada keputusan diterima dengan baik dan terbuka. Tidak kurang yang mengundang kecaman dan kemarahan. Namun, yang penting, biar semudah atau sesukar mana sekalipun, suatu pendirian yang tegas mesti diputuskan, demi sebuah kelangsungan perjuangan.
Keputusan Majlis Tertinggi UMNO semalam yang memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta menggantung Datuk Seri Shafie Afdhal, adalah satu keputusan yang paling sukar, namun paling penting dan amat perlu untuk dilakukan.
UMNO Johor akur dengan keputusan tersebut berdasarkan empat pertimbangan.
Pertama, UMNO sejak 7 dekad yang lalu telah memilih untuk menampilkan dirinya sebagai gerakan yang berasaskan penyatuan. Mantera UMNO adalah kesepaduan, kebersamaan dan kebulatan tekad dan suara dalam mengangkat kedudukan terbaik orang Melayu. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab parti, untuk terus berpegang, mendukung dan mempertahankan prinsip kebersamaan ini. Mana-mana ahli parti yang gagal menghargai prinsip ini, harus memilih jalan dan wadah berlainan.
Kedua, sekalipun UMNO adalah parti yang amat terbuka dan sentiasa meraikan perbezaan pendapat, disiplin dan santun kepartian punya batasan. Apatah lagi apabila perbezaan pandangan itu berterusan begitu lama sehingga menggangu fokus dan perjuangan parti. UMNO mengiktiraf perbezaan pendapat itu adalah warna-warna yang mencantikkan rona fabrik yang membaluti parti. Namun, jika ia dicorakkan dengan terlalu kasar sehingga meracik dan mengoyakkannya, parti akan pasti hilang wibawanya.
Ketiga, sebarang perbalahan dalaman parti, yang membarah dan memudaratkan, mestilah sebaiknya diselesaikan segera. Jika tidak, parti akan berpecah dan berpuak-puak, serta menjadi lemah. Dan tidak ada mereka yang waras yang akan terus menyokong kita jika parti tidak stabil, tidak kuat dan dilihat sentiasa bercanggah dan berbalah dalam segala hal. Oleh itu, keputusan MKT UMNO ini bermatlamatkan untuk menyatukan kembali parti dan memulakan episod baru dalam meneruskan agenda besarnya. Maka segala unsur dalaman yang tidak konstruktif, mesti segera dilumpuhkan.
Keempat, keputusan MKT ini adalah satu bentuk kata putus yang jelas dan pengiktirafan langsung, kepada mereka yang memilih untuk berjuang dalam UMNO. Agar tiada mereka yang dilihat berpendirian separuh ular separuh belut. Lantang di luar, di dalam bermanis mulut.
Bersandarkan keempat-empat pertimbangan ini, demi hanya untuk membuahkan sebuah kebaikan kepada parti, dan menghormati prinsip kebertanggungjawaban bersama, maka UMNO Johor menerima keputusan Majlis Tertinggi tersebut.
UMNO Johor mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas segala jasa dan sumbangan ketiga-tiga ahli UMNO ini, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan segala sumbangan beliau kepada negeri Johor khususnya.
UMNO dan mereka telah memilih jalan dan haluan masing-masing. Semoga dalam haluan yang berbeza ini, ia tidak menjadi menjadi penamat kepada segala ikhtiar dan perjuangan masing-masing dalam mengangkat kedudukan terbaik untuk orang Melayu.
Semoga keputusan paling sukar namun paling perlu ini, membuahkan hikmah yang akan mengukuhkan dan membawa manfaat dan kebaikan jua kepada UMNO secara keseluruhannya.
Terima kasih
TAG SEBAGAI: Umno Johor
Pemimpin Islam Zindik dan Pemimpin Kapir Harbi sama bahayanya...
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Isnin – Ultra kiasu tidak perlu risau apa pun istilah yang diberi kepada mereka, termasuk kafir harbi, kerana orang Melayu tidak akan mengapa-apakan mereka, kata Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Percayalah, inilah sifat Melayu yang saya kenali sejak dari kecil. Ultra kiasu tidak perlu risau, apa juga istilah yang digunakan termasuk harbi, memahami orang Melayu, mereka tidak akan mengapa-apakan ultra kiasu, kecuali ultra kiasu merancang untuk memusnah Islam,” katanya kepada Ismaweb.net.
Mengulas perkataan kafir harbi yang menjadi isu panas di kalangan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, MCA dan MIC, beliau berkata hakikatnya puak ultra kiasu ini tidak perlu bimbang dengan istilah itu.
“Adakah dengan label tersebut mereka dianiaya? Tidak juga. Malah, sama ada yang zimmi atau harbi (jika ada), boleh membina empayar kekayaan sehingga jauh meninggalkan umat Islam sendiri.
“Bahkan ada yang membawa wang lari keluar negara. Ini tidak termasuk perniagaan haram seperti money laundering. Jadi, apa isunya?,” soal Ridhuan Tee.
# Pemimpin Islam (zindik) pun berniaga haram seperti money laundering, mereka lebih bebas dan terus berkuasa.
Istilah kafir harbi muncul semula selepas akhbar Utusan Malaysia, 23 Jun lalu melaporkan bahawa DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.
Akhbar itu melaporkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sebagai berkata bahawa, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.
Susulan itu, puak DAP, MCA, dan MIC serta ultra kiasu bangkit menentang dan membantah kenyataan berkenaan.
Soal Ridhuan Tee lagi, apakah benar supremo ultra kiasu menangis dengan label itu.
“Jangan berlakonlah. Apakah supremo ultra kiasu dia tidak sedar selama ini umat Islam telah lama menangis dengan kata-kata dan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam?
“Malang sekali ultra kiasu Melayu PKR dan PAN bersama mereka. Lebih baik berdiam diri seperti UMNO dan PAS,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau berkata, sebelum ini pun UMNO pernah dilabelkan sebagai kafir juga, dengan istilah sebagai taghut, tetapi UMNO relaks sahaja dengan label tersebut walaupun istilah taghut teramat kasar, lebih kasar daripada harbi.
“Yang penting sedar diri. Peliknya ultra kiasu begitu sensitif. Nasib baiklah ultra kiasu tidak dilabelkan sebagai harbi dan taghut. Pasti jadi lebih gamat,”katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...