Wednesday, September 28, 2016
LEBIH BANYAK KERUSI DARI PEMIMPIN DUNIA YANG DENGAR ZAHID BERUCAP
Mewakili PM berucap di PBB seoerti bulan jatuh ke riba apatah lagi dapat bergambar dengan proxi yahudi dunia, obama.
Hajikatnya tak seindah itu, bukan satu penghormatan tetapi kena berdepan dengan dunia ketika maruah negara cukup hina dengan skandal 1MDB.
Di situ tidak ada salleh keruak. Nazri, rahman dahlan, mat maslan, anuar musa, tajuddin rahman, ali tinju, jamal pak tongkol dan lain lain, mereka setakat ayam tambatan kampong hulu, berkokok ketika matahari sudah tinggi, pungkoq bergelumang tahi.....
Sedihnya selain dari Bahasa Inggeris yang berterabur, siapa pula yang sanggup mendengar, lebih banyak kerusi dari pemimpin dunia..
Kita tidak seharusnya salahkan "Zahid" 100%...Kita juga mahu pemimpin negara kita dikagumi..
Tetapi itulah hakikatnya..
Zahid seharusnya lebih sedar kenapa semua itu berlaku..
Di dalam negara, penyokong Hishamudin sedang bertepuk gembira...
Jika Zahid balik masih mahu mendabik dada di depan rakyat yang buta internet, terpulang kepadanya...
Masa untuknya pun sudah tak banyak lagi. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian sudah tiada guna lagi..
KITA MASIH BERDOA, GAMBAR ITU TIDAK BENAR..
NAK JADI PM TAK PERLU CANGGIH
Kenapa tiba tiba pula puak umno pelik sangat Muhyiddin disebut sebagai PM atas cadangan Tun Dr Mahathir jika pembangkang menang.
Selayaknya ia sebagai Presiden BERSATU. Tidak pelik juga jika nama Hadi Awang, Azizah atau Mat Sabu turut disebut.
Jika Muhyiddin kekal di umno, sudah tentu puak umno juga akan mencadangkan Muhyiddin sebagai PM jika Najib tiada.
Seperti sekarang, mungkin Zahid yang paling sesuai, tetapi dalam umno sekarang, kesetiaan amat penting untuk Najib, jadi Hishamuddin di anggap lebih layak menggantikan Najib sebagai PM.
Samada zahid atau hishamuddin, ia memungkin sebelum PRU, jika selepas... Nasib umno sudah tidak sama!
Berdasarkan angin, BERSATU itu bermasalah, DAP dan Azmin tidak sebulu, PAS tak akan sertai pembangkang dan banyak lagi... Sewajarnya puak dan pemimpin umno boleh bersantai santai dan bersenang hati walau siapa pun dicadangkan oleh pembangkang.

Tuesday, September 27, 2016
HISHAMUDDIN KJ PASANGAN SERASI
Kajian Institiut Darul Ehsan terhadap pengundi di Selangor menunjukan pemegang jawatan sekarang TPM tewas satu undi kepada Hishamuddin sebagai calon PM.
Walaupun satu undi tetapi sebagai pemegang jawatan TPM ia memberi gambaran yang kurang baik kepada Zahid sebagai tidak menyerlah aura dan penguasaannya sekarang.
Salah satu faktor utama yang diambil kira sudah tentu penguasaan Bahasa Inggerisnya yang kurang baik dan lancar.
Dalam krisis 1MDB, Hishamuddin juga menampakan kematangan dengan menjarakan diri dengan Najib supaya dilihat tidak terlalu rapat, yes man, bersubahat atau tunduk ke lantai kepada Najib.
Hishamuddin tidak mahu jika politiknya runtuh, runtuhnya kerana dan bersama Najib dan kalau naik bukan kerana dijulang dan yes man semata mata atas hubungan keluarganya dengan Najib.
Dengan Kementerian Pertahanan di tangannya, dia lebih rasa selesa dan selamat. Sikap tidak gelojoh dan berangan angan untuk menjadi PM, Hishamuddin berjaya menutup banyak kelemahannya.
Dengan Kj di belakangnya sebagai pilihan ketiga popular, Hishamuddin lebih serasi dengan Kj dan ini menjadikan Zahid tiada pasangan yang sesuai atau tercari cari.
Rahman Dahlan atau Jamal Sekinchan masih jauh di bawah. Salleh Keruak tiada penyokong grass root untuk turun padang dan kesetiaan buta tulinya ke atas Najib sudah melekat. Anuar Musa dan Nazri sekadar kuda tua kaki sakit yang hanya menumpang.
Zahid akan menerima nasib yang lebih baik dari Muhyiddin jika berundur secara terhormat dengan sebab sebab kesihatan seperti yang terjadi ke atas Ghani Patail.
Jangan tunggu dan terpaksa berundur ketika dia pasti tewas jika bertanding Timbalan Presiden tahun hadapan.
Apa yang boleh membantu Zahid pada masa hadapan ialah jika ada satu lagi pak arab gila yang sanggup memberi derma ke dalam akaun peribadinya dalam masa terdekat atau api politiknya terpadam dengan hanya sekali hembus.

MENTERI PERLANCONGAN JANGAN LEPAS TANGAN
Tahun 2005 dulu, masa Pak Lah jadi PM, beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen mengesan 50 ribu org pelancong dari China yang masuk "melancong" ke Malaysia tetapi tiada rekod mereka pernah meninggalkan negara selepas tamat tempoh yg di benarkan utk melancong.
Selepas 11 tahun, iaitu semalam, Presiden Persatuan Cina Gongzhong Malaysia, Tan Sri Khuat Khong Khek pula mendesak kerajaan segera meluluskan permohonan kerakyatan 100 ribu orang cina yg tak boleh berbahasa Melayu yg dah tinggal "lama" di Malaysia sbg hak mrk di bawah Perkara 16 Perlembagaan.
NAMPAK TAK?
50 ribu hilang, 100k mintak warganegara.
Jangan terkejut kalau saya katakan jumlah warga asing+bukan Melayu di Malaysia ni dah 2 kali ganda melebihi jumlah Orang Melayu di Malaysia.
Nak bagi lagi?
Cucu ko nanti nak teroka hutan mana nak bina pondok?
https://m.malaysiakini.com/news/43338

Monday, September 26, 2016
MELAYU TIDAK PECAH, YANG PECAH TEMBELANG UMNO (3)
MENYALAHKAN ORANG LAIN, WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS
Oleh Mohammad Agus Yusoff
Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?
Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?
Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?
Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.
Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.
Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!
http://www.kedahlanie.info/2016/06/kepada-pas-umno-sudah-sudahlah.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&m=1

LEMAH SANGAT KE PM MALAYSIA
Sejak laporan palsu Naib Ketua Pemuda umno tidak diambil apa apa tindakan oleh polis, kini seorang lagi exco pemuda umno akan buat laporan, sama seperti sebelum ini, semuanya atas dakwaan nak jatuhkan PM.
Apakah PM Malaysia begitu rapuh, asyik nak dijatuhkan saban masa..
Tetapi kurang jelas, nak jatuhkan PM ke, Najib atau Menteri Kewangan.
Nak jatuhkan kerajaan Najib bukan satu rahsia, parti pembangkang sentiasa menunggu peluang tersebut di pihanraya.
Exco ini mendakwa mendapat maklumat pagi tadi dan esok pagi dah nak buat report.. Cepat sungguh, tentu kali ini pun report peribadi tanpa pengetahuan Kj dan Najib.
Report atas nama jawatan rasmi, exco pemuda tanpa pengetahuan Ketua... Aku terlepas ketawa, maaf.
Jika kekerapan report untuk maksud yang sama terus berlaku, elok Pemuda buat rumah tepi balai polis supaya kerja mereka menjadi mudah.
Dan selalunya, setiap function umno tak akan sepi dengan kehadiran ribuan penyokong, itu tanda sokongan...
Besok ada kot 30 ribu orang mengiring si badut ke IPD, Dang Wangi.
Dalam ketika riuh rendah PRU awal, kita boleh terima akal dan logik si mamat ni nak tonjolkan diri. Kita bagi dia 5 bintang...
Sunday, September 25, 2016
UMNO PELURULESS BILA DAP JAUHKAN DIRI DARI BERSATU
AMARAN: ANALISA BODOH DAN SYOK SENDIRI, JANGAN RISIKOKAN TEKANAN DARAH DAN JANTUNG ANDA DI SINI
Jika hari ini umno dan kerajaan diserang hebat adalah kerana kesilapan awal yang dibuat oleh umno dan kerajaan kerana gagal memisahkan isu peribadi Najib fengan isu parti dan kerajaan.
Menjadikan isu peribadi keluarga najib sebagai isu parti dan kerajaan adalah kesilapan besar sehingga mengheret parti dan kerajaan menjadi bahan lawak dan kecaman seluruh dunia. Negara dan rakyat dipandang begitu sinis.
*Dalam situasi ini, Paklah harus dipandang tinggi akan pengorbanan, prinsip dan budi pekertinya ketika membuat keputusan berundur*
Isu moral dan etika tidak semestinya semata mata mesti dibuktikan di mahkamah malah jika dihalusi ia sebenarnya ia sudah disekat dan dihalang diperingkat awal.
Benarlah bahawa bau bangkai itu sudah mencukupi untuk memaklumkan memang ada gajah mati yang disembunyi dan dilindungi.
Akhir masa tulang belalang pasti terjumpa juga. Sejarah tidak akan pernah berbohong pada kita.
Penubuhan BERSATU adalah petanda kegagalan dan kesilapan bessr umno dan kerajaan melihat isu dengan kebijaksanaan.
Mempertahankan individu dengan mempertaruhkan parti dan kerajaan ke arah kehancuran.
Asas perjuangan dan jati diri umno sudah parok, tiada lagi jalan keluar dalam ketika melucur laju di cerun curam, tiada lagi maaf buat umno kerana pemimpinnya memilih jalan yang sesat dan salah.
Pembentukan BERSATU menjadikan parti lain berasas Melayu bertambah kuat. AMANAH parti setahun jagung tetapi sangat kuat mencengkam di bumi Johor dan Kelantan.
Sukar untuk dipercayai PAS tidak dapat membendung keghairahan ahli berhijrah ke parti mat sabu gara gara kegilaan Hadi bermadu cinta dengan Najib dan sikap pandang remeh PAS pada perkembangan AMANAH.
BERSATU juga jika dibiarkan hingga 2018 akan menjadi ancaman yang sangat besar pada UMNO selagi Najib di situ. Perkembangan BERSATU yang disokong AMANAH dan PKR sudah tentu maju dan kuat.
Satu kerjasama peringkat awal sangat dikagumi menunjukkan teori perpecahan Melayu yang dimomokan umno tidak benar.
Malahan semakin jauh DAP mengasingkan diri dengan BERSATU, ia menjadikan umno peluruless.
BERSATU tidak lagi perlu bergantung kepada Tun Dr Mahathir kerana kepimpinan di peringkat cawangan bahagian dan pusat sudah terbentuk.
Mereka bukan orang lain, mereka adalah bekas pemimpin umno di peringkat pertengahan dan grass root yang belum tercemar atau yang tidak dapat dibeli yang memilih untuk kesinambungan perjuangan sebenar umno untuk diterapkan ke dalam BERSATU untuk dilaksanakan secara mulia dan bermaruah.
Memang sebahagiannya antara yang kalah di peringkat Bahagian, kalah kerana tewas di tangan "kuasa duit" dan mereka yang kalah, kalah semua.. Satu prinsip yang salah di peringkat kepartian. Yang kalah telah dinafikan untuk memberi sumbangan.
Mukhriz sendiri tewas dalam pertandingan Naib Presiden semata mata demi menyelamatkan Hishamuddin.
Hari ini mereka memilih BERSATU sebagai landasan perjuangan. Harimau yang cedera sangat merbahaya berbanding dengan harimau montel yang selesa dalam sangkar zoo... Auwww
Besok, kalau ditakdirkan Azmin, Mat Sabu atau Tuan Ibrahim menjadi PM pertama tanpa umno, ia bukan satu lagi mimpi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...