Sunday, October 2, 2016

MANA HALATUJU EZAM SELEPAS KELUAR UMNO

*KENYATAAN SKUAD KEADILAN PULAU PINANG*

*2/10/2016*
*21:02*

*SKUAD KEADILAN PENANG MERASA GEMBIRA DENGAN KENYATAAN SDR. EZAM YANG KELUAR DARIPADA PARTI UMNO*

*TETAPI PADA KAMI SKUAD KEADILAN PENANG TIDAK BERMINAT DAN KURANG BERSETUJU SEANDAINYA BELIAU UNTUK BERKECIMPUNG KEMBALI DI DALAM PARTI KEADILAN*

*SEBELUM INI BELIAU KELUAR DARIPADA PARTI KEADILAN KERANA UNTUK MENDAPAT DEDAK DARI NAJIB DAN ROSMAH. SETELAH DI LUCUTKAN JAWATAN DARI PAJABAT ROSMAH DAN TEAM NAJIB BARU NAMPAK TEAM LAMA.*

*JANGAN LUPA..!! EZAM LAH YANG MEMBAWA SIFUL BUKHARY BERJUMPA NAJIB 2 HARI SEBELUM KES FITNAH LIWAT DSAI*

*KAMI DARI SKUAD KEADILAN PULAU PINANG TIDAK LANGSUNG BERMINAT SEORANG PERJUANG YANG BERSIFAT SEDEMIKIAN.. SUMPAH KERAMAT BELIAU SEBELUM NI DAH MENJADI SUMPAH KEPARAT KEPADA BELIAU.. DAN BAGI KAMI TIDAK PERLU KAMU LAGI*

*MOHD EDY JAB*
*KETUA SKUAD KEADILAN PENANG*

ADA YANG TAK PUAS HATI DENGAN EZAM

TINDAKAN EZAM MENINGGALKAN UMNO SEMEMANGNYA TEPAT KERANA UMNO PERLU DIBERSIHKAN DARI MANUSIA TIADA INTEGRITI DAN HIPOKRIT SEPERTI BELIAU - LOKMAN ADAM

Akhirnya mantan Ketua Pemuda Keadilan, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor memilih tarikh 1 Muharam 1438 untuk meninggalkan UMNO, sungguhpun hasratnya sudah lama telah dihidu sejak beliau meninggalkan jawatannya dalam kerajaan 6 bulan yang lalu.

Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengulas tindakan beliau ialah apabila saya membaca kenyataan 14 perenggan beliau yang penuh dengan penyataan seolah-olah beliau ini seorang yang cukup bermoral, berprinsip dan cukup anti rasuah.  Sebagai bekas rakan tahanan di Kamunting dan Setiausaha Pemuda Keadilan, yang berketuakan Ezam, kenyataan beliau itu membuat saya merasa cukup meluat kerana saya cukup mengenali manusia tiada integriti dan hipokrit bernama Ezam ini.  Berikut ialah jawapan balas saya tentang kenyataan Ezam :

1. Saya menyokong penuh tindakan Ezam meninggalkan UMNO.  Malah, saya amat kesal bila manusia yang sarat dengan masalah korupsi, tidak amanah, hipokrit dan langsung tidak boleh dipercayai ini dibawa masuk semula ke dalam UMNO.

2. Mengenali Ezam, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam kerajaan dengan Gred Jusa A, tanpa mendapat tawaran yang lebih baik dari itu.  Ini adalah kerana, pada tahun 2004,  disaat akhir beliau telah menarik diri daripada memimpin kumpulan 12 menyertai UMNO kerana permintaan beliau agar dilantik sebagai sekurang-kurangnya Timbalan Menteri ditolak. Dato' Seri Reezal Merican , Setiausaha Politik PM ketika itu telah memaklumkan kepadanya bahawa Pak Lah sedia menerima beliau semula menyertai UMNO tanpa sebarang syarat.  Disebabkan tidak mendapat sebarang habuan, Ruslan Kassim akhirnya menjadi kambing hitam memimpin kumpulan 12 tersebut.

3. Keputusan Ezam meletakkan jawatan dalam kerajaan sebenarnya dibuat selepas beliau mengadakan rundingan dengan pihak PKR.  Wan Azizah dan Nurul Izzah yang selama hari ini mencemburui Azmin cuba untuk membawa masuk Ezam untuk mengimbangi pengaruh Azmin yang mula dilihat lebih layak menerajui PKR dan diangkat menjadi calun Perdana Menteri Pakatan.  Namun, dari sumber dalaman yang saya perolehi, cadangan untuk membawa masuk Ezam ini mendapat tentangan hebat dari pihak PKR sendiri.

4. Bila, beliau mengambil keputusan meninggalkan UMNO ini, hanya 2 kebarangkalian mungkin telah berlaku.  Pertama, PKR dah terlalu terdesak dan tiada pilihan selain terpaksa menggunakan Ezam semula.  Ini tidak pelik kerana kesetiaan Ezam kepada Anwar berakhir sebaik sahaja Nurul Izzah diijabkabulkan dan kesetiaan beliau terhadap Anwar kini bila-bila masa boleh dipulihkan kerana Izzah sudahpun berstatus Janda. Tidak perlulah saya ulas panjang, memadai saya, Ezam dan beberapa sahabat lama yang pernah menegur beliau memahami maksud saya.  Kalau dah lupa siapa, pasti kamu tidak lupa bila terpaksa membayar Bil Maxis lebih RM30,000 kerana bersembang dengan buah hati ketika berada di Kota London tahun 2001.  Kalau Ezam, masih tidak boleh diterima oleh PKR, kebarangkalian kedua tindakan beliau meninggalkan UMNO ini adalah kerana beliau menerima tawaran yang lebih baik dari pihak Parti Bunga Raya yang sememangnya ketandusan pemimpin dan hanya mampu meletakkan 7 nama sebagai Jawatankuasa Penaja Parti mereka.

5. Usahlah mereka cerita bahawa beliau menyertai UMNO dulu kerana mendapat komitmen Pak Lah untuk melakukan perubahan dalam usaha memerangi rasuah bagai. Mungkin budak-budak NGO Gerak boleh dikelentong dengan cerita kamu seolah-olah kamulah manusia yang bertanggungjawab sehingga BPR bertukar menjadi SPR, ISA dihapuskan dan perubahan-perubahan lain dilakukan.  Dan tiba-tiba kini kerana OSA tidak dihapuskan, kamu menuduh kerajaan menggunakan OSA untuk melindungi penerima rasuah.  Jangan lupa saya dan ramai lagi yang lain ada dalam Mesyuarat Pemuda Keadilan dimana kamu mengarahkan agar dokumen yang kamu dedahkan itu diposkan kepada kamu supaya ianya dilihat seolah-olah ada orang dalam yang membocorkan maklumat.  Kamu gunakan isu itu untuk mempopularkan diri kamu walaupun sudah tahu ianya menyalahi undang-undang. Bila kena penjara nak salahkan akta pula. Kalau takut dengan risiko, tak payahlah bicara soal perjuangan.

6. Bersih sangatkah kamu wahai Ezam?  Kalau bersih sangat, dedahkanlah dari mana kamu dapat dana untuk bina bunglow di kawasan elit Shah Alam walaupun ketika itu kamu merengkok dalam penjara.  Dedahkanlah apa jadi dengan duit yang Joseph Estrada bagi dan kamu seludup masuk melalui tambak Johor.  Tidak payahlah nak berlakon alim Ezam, duit yang Azmin Ali bagi untuk beli komputer Ibu Pejabat Pemuda Keadilanpun habis kamu sapu.  Semua ini masih segar dalam ingatan dan bakal saya bongkarkan semula sebaik sahaja kamu menaiki pentas pembangkang kelak.  Cabaran saya untuk kamu bersumpahpun sampai sekarang tidak berani kamu sahut.

7. Hakikat sebenar Ezam meninggalkan UMNO tiada kaitan dengan OSA ataupun Rasuah.  Ianya hanya kerana kepentingan peribadi dan masa depan beliau dalam UMNO yang semakin malap.  Malap kerana kamu gagal meyakinkan ahli UMNO untuk menerima kamu walaupun kamu diberikan laluan mudah menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.  Ahli UMNO juga tidak boleh melupakan pembohongan kisah 6 kotak rahsia UMNO yang kamu war-warkan dulu sehingga kamu hilang integriti.

8. Kamu sepatutnya bersyukur diberi peluang oleh Perdana Menteri sebagai Senator dan Pengarah Strategik Kementerian Kewangan.  Sepatutnya jawatan tersebut kamu gunakan sehabis baik untuk mengukuhkan UMNO dan Kerajaan.  Curahkan bakti tanda keinsafan dan tunjukkan kesetiaan kamu yang tidak berbelah bahagi kepada parti.  Malangnya kamu gagal segagal-gagalnya.  Sebagai Pengarah Strategik MOF, apa yang telah kamu lakukan untuk meningkatkan kefahaman rakyat tengang GST? Kamu gagal. Langsung tidak boleh diharap.

9. Hakikat dan realitinya, Kamu hanya mampu menjadi pembangkang. Ilmu yang kamu timba selaku Setiausaha Politik Menteri Kewangan gagal kamu gunakan untuk membantu kerajaan apabila kembali di dalam kerajaan.  Akibat dah terlalu lama menjadi pembangkang, kamu gagal menyesuaikan diri sebagai pemerintah.  Maka sesuailah jika kamu berhajat menyertai PKR semula atau jadi Mat Bunga. Bolehlah kamu sambung kerja membangkang.

Jika kamu merasakan agenda Reformasi, Transformasi, Perubahan atau Pembaharuan mesti menjadikan agenda melawan rasuah sebagai keutamaan. Saya nak bagi jaminan kepada kamu bahawa agenda saya juga sama dan saya akan pastikan manusia hipokrit yang cuba berlagak alim sebagai penentang rasuah juga akan saya perangi habis-habisan.

Lokman Adam

Friday, September 30, 2016

SOKONG BERSATU, TOLAK DAP, TOLAK PARTI RASUAH (1)

Setiap pemimpin baru ada pemimpin lama, sebelum pemimpin lama itu menjadi lama dia juga baru.
Pemimpin baru sekarang pun akan jadi lama.

Tidak ada beza pemimpin baru atau lama.

Setakat diketahui tidak pula pemimpin lama itu diketahui mengeluarkan kata maki hamun barua,  bangsat, haramjadah samada kepada pemimpin baru atau lama, samada kepada rakyat atau peneroka.

Tetapi bagaimana dengan pemimpin baru?
Pernahkah dia melontar kata dan ayat tersebut?
Apakah itu prinsipnya dan yang diajar oleh Al Quran. (?)

Tetapi untuk pengetahuan pemimpin baru, tanggungjawabnya,  jika gagal, tidak perlu alih kepada pemimpin lama atau kepada orang lain.
Sepertimana dia selalu mendabik dada itu ini adalah kejayaannya.
Pertama,  apa kejayaannya (?)
Kedua,  jika ada,  kenapa kejayaan itu tidak dikongsi atas kebijaksanaan orang lain.

Yang maki hamun pemimpin baru saban saat,  minit dan jam bukannya pemimpin lama itu,  tetapi rakyat termasuk ahli umno.

Pemimpin lama hanya banyak bertanya, mengupas dan menjelaskan kepada rakyat perilaku dan sikap pemimpin baru.

Jika pemimpin lama berdusta dan fitnah,  samanlah.
Jika pemimpin lama pernah bermaksiat atau jenayah, siasat dan dakwalah.

Setidak tidaknya,  jawablah di belakang jika takut jawab berdepan.

SOKONG BERSATU, TOLAK DAP, TOLAK PARTI RASUAH...

STOP THE BLAME GAME.
YOU ARE THE CAUSE OF THE DIVISIONS.

Cukup cukup lah menggunakan Agama untuk menghalalkan cara.

Perpecahan tidak akan berlaku jika pemimpin tidak menyelami budaya rasuah & salahguna kuasa.

Siapa yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi? Anak siapa yang menggunakan duit rakyat untuk berjudi & membeli hartanah mewah.

Siapa yang menggadaikan aset aset strategik negara kepada negara luar?

Siapa yang menyalahgunakan undang-undang (SOSMA) untuk memenjarakan mereka yang tidak bersehaluan.

Siapa yang mengarahkan tindakan diambil ke atas aktivis-aktivis yang lantang bersuara?

Yang paling terkesan orang melayu-islam juga.
Yang hilang kerja/digantung-dibuang universiti kerana tindakan-tindakan "disiplin", orang Melayu-islam juga.
Yang tak dapat peruntukkan yang sepatutnya, orang Melayu-islam juga.
Yang dibatalkan biasiswa, majoritinya melayu-islam juga.

If you really want to use race & religion as a political tool, you'll notice that it will backfire more than it can help.

Syed Saddiq
1/7 Pengasas BERSATU

OLANG CINA PUN MASUK BERSATU MAA....






Hari ini kamal mencuba perkenalkan Pribumi kepada keluarga cina yang membuka perniagaan Bengkel Motosikal. Mula muqaddimah dengan menyapanya, nyonya nama saya kamal. 

Tujuan saya mahu kenalkan parti perbumi bersatu pada nyonya dan keluarga. Parti ini adalah parti politik baru tapi pemimpinnya orang lama. Siapa orang tu tanya nyonya cina ini. 

Dengan bangga kamal mengatakan orang itu Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin. Terus sahaja nyonya itu memanggilkan suami dan 2 anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan. Kalau Tun Mahathir sama Tan Sri Mahyuddin itu pagoh punya orang saya sokong mesti sokong. 

Kalau sekarang punya saya tak mau. Sini tipu sana curi cakap tak sama punya orang. Kita semua susah ma. Terfikir sejenak..cina ini mengadu susah dan terus isi borang satu keluarga hanya dengan pengenalan Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin. 

Usai mengucapkan tahniah nyonya ini bertanya, encik kamal kalau Tun Mari Sini saya sama family mau angkat foto sama Tun boleh ka? Dengan megah kamal menjawab saya akan bawa nyonya satu keluarga ambil foto sama Tun. Itu janji saya. Dengan senyum dan hormat nyonya mengata terima kasih encik. Syukur Alhamdulillah.

Banyak cara nk promosi, sebahagian besar rakyat sdh  menolak kepimpinan najib. kita blh cuba cara ini utk dptkan ahli bersatu.
Kamal ini seorang pendaftar keahlian parlimen rembau N9






Thursday, September 29, 2016

PEMUDA UMNO PUTERAJAYA JUGA KENA BANGKIT..


BEGITU JUGA... 
PEMUDA UMNO PEKAN.. 
PEMUDA UMNO PAHANG
PEMUDA UMNO MALAYSIA

PERLU PENGHIJRAHAN IMAN..
BERSUARA BENAR
JAUHI SONGKOLAN, SUBAHAT DAN DEDAKS.. 

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...