Wednesday, October 5, 2016

SAOLAN TAMBAHAN

Kerajaan Australia tidak akan campur tangan dalam sistem keadilan Malaysia, kata Menteri Luarnya, Julie Bishop ketika diwawancara sebuah stesen televisyen tempatan.


Polis menahan sembilan lelaki warga Australia kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

“Mereka merupakan pelancong yang masuk ke Malaysia untuk menonton perlumbaan F1.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli seluar dalam itu di Australia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan.

Beliau berkata mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Gambar sekumpulan lelaki memakai seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Pengguna Internet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan itu menghina negara.

- Bernama



SAOLAN TAMBAHAN
Sesuai untuk latihan matematik di sekolah menguji kecekapan minda pelajar.

SPRM terpaksa mengambil masa 15jam dengan 30 kakitangan untuk mengira wang tunai berjumlah RM52juta dalam kes penangkapan rasuah di sabah minggu ini.

Berapakah masa yang diperlukan oleh SPRM untuk mengira wang tunai jika jumlahnya RM2.6B (?)

“Biggest corruption bust ever” more a reflection that MACC has yet to become an independent and professional anti-corruption agency to combat the scourge of corruption which has become a runaway problem tarring the country as “global kleptocracy”



Dalam beberapa akaun bank, jumlah wang tunai yang dirampas pula diberitakan berjumlah lebih RM60 juta. Jumlah wang yang dapat dirampas sehingga ini ialah RM112 juta.

Turut dirampas ialah puluhan kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lain-lain lagi.

Diberitakan  juga ada enam peti simpanan bank yang turut disita, tetapi cuma satu yang sudah diketahui isinya, manakala lima lagi masih menunggu beberapa prosedur dengan pihak bank yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 

Bermakna, kalau dicampurkan  - wang tunai, kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lima peti simpanan yang belum dibuka, jumlah keseluruhannya mungkin mencecah melebihi RM300 juta.

Setakat mana ia dikaitkan dengan UMNO Sabah seperti yang sudah mula diviralkan (?)

(10markah)

JAMAL MEMBANGKITKAN SEMULA SENTIMEN ABU



Aku tak tau setakat mana penerimaan orang umno atas sikap dan lagak Jamal ni.  Sekali tengok,  dia ni ada lebih gaya dan layak sebagai Ketua Pemuda umno.

Tengok lagi sekali.. Patut buka sarkas pusing Malaya.

Tindakan Jamal lebih mendorong kepada BERSIH 5 yang kurang sambutan kini mendapat publisiti yang lebih meluas. Asal Bukan UMNO (ABU)  kembali bergema kerana tindakan kasar dan ganas tidak mendapat kedudukan tinggi pada rakyat Malaysia. Api tidak boleh dilawan dengan minyak.

Kecualilah keganasan ini sudah memang dirancang untuk keperluan strategik lain!

Tuesday, October 4, 2016

Ada Yang Tercuit Walau Sekadar Sebutan...



PPBM yang lebih mesra disebut BERSATU di kalangan ahli dan penyokongnya turut dimuliakan dengan gelaran parti bunga oleh penyokong Najib dikatakan berkemungkinan dibatalkan ROS atas gundah gulana pihak atasan.

Singkatan BERSATU telah dilarang oleh pihak ROS tetapi setakat mana sahnya kuasa larangan tersebut?

Lagipun singkatan tersebut lebih kepada sebutan dari pihak penyokong amnya dan bukan disebut dan diguna secara rasmi oleh Presiden, Jawatankuasa dan Pengurusannya.

Elok ROS meng adakan undang undang dan peratoran supaya mana mana pihak,  kumpulan atau individu yang menyebut BERSATU boleh didakwa dan jika sabit, penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi limapuluh ribu ringgit.

Sekurang kurangnya denda ini boleh digunakan untuk meringankan beban hutang negara.

Satu berita yang tidak diketahui setakat mana benar dan seriusnya. Tetapi kalau tiada monyet masakan pokok bergoyang.

Apakah monyet ini sudah gabra dan goyang sekadar aura sebutan ??
Atau apakah jumlah angka yang menyertai BERSATU membuatkan mereka goyang...

MR BEAN BUAT UMNO PEDIH MATA

Kenyataan Media

*TAHNIAH PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN PKR DAN BERSATU YANG MENJADI RAKAN DAP DAN AMANAH*.

1. *Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan Pas yang menyatakan sedia bekerjasama dengan PKR dan Bersatu dalam usaha untuk mengalahkan Bn dalam Pru14 akan datang*.Kenyataan tersebut yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pilihanraya Datuk Hj Mustafa Ali sudah tentu sebagai mewakili Pas secara rasmi.

2.Kenyataan tersebut sudah tentu dibuat dalam penuh sedar  *kerjasama dengan Pkr dan Bersatu adalah merupakan rakan kerjasama Dap dan Amanah yang dimusuhi Pas*.Kenyataan Presiden Pas sebelum ini menyatakan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang bekerjasama dengan Dap. *Kenyataan Mustafa Ali menunjuk yang Pas kini bakal kembali kepada mainsterim politik pembangkang*.

3.Saya percaya jika Pas boleh berubah dari tidak menerima parti yang menjadi rakan Dap dan Amanah untuk bekerjasama bagi mengalahkan Umno Bn pada pru14, *sudah tentu Pas juga akhirnya boleh menerima Dap dan Amanah untuk capai hasrat mengalahkan Umno Bn.Mungkin pimpinan Pas perlu mengambil masa bagi menerima kedua dua parti tersebut*.Kerana Pas pernah menerima dan bekerjasama pada pru 1990 dengan parti serpihan Pas iaitu Berjasa yang pernah bekerjasama dengan Umno pada pru 1978 dan membawa Pas tinggal batu nisan di Kelantan.

4.Berjasa sudah tentu boleh di anggap sebagai pengkianat Pas sehingga Pas tinggal batu nisan,tetapi *kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz menerima Berjasa dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah membawa kepada kemenangan besar pada Pas dalam Pru 1990 kekal hingga hari ini*.

*KERJASAMA DAN PENGAGIHAN KERUSI PRU14*.

5.Kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Bersatu sudah tentu dengan penuh sedar yang Bersatu adalah parti baru yang akan bertanding dalam pru14 nanti. *Sudah tentu akan berlaku penyerahan sejumlah kerusi yang selama ini ditandingi oleh Pas dan Pkr kepada Bersatu dan Amanah*.Inilah makna kerjasama politik yang akan membawa kepada situasi menang menang. Dalam erti kata lain *Pas akan bertanding dengan jumlah kerusi yang kurang dari pru13*.Moga pru14 ini akan melakarkan lanskap baru politik dan ekonomi Malaysia yang memberi kebaikan dan keadilan untuk rakyat.

6.Saya mengharap dengan kesediaan awal Pas untuk kerjasama ini akan membuka jalan kepada *mengwujudkan grand coalotion bersama parti parti Pembangkang lain termasuk Dap,Amanah dan parti baru dari Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal dan parti parti lain di Sabah dan serawak* bagi mengwujudkan Politik baru Malaysia tanpa Umno Bn.

#PascaPru14MalaysiaTanpaUmnoBn
#SelamatkanMalaysia


*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
6.30pm Taman AlWalid Alor Setar
4 Okt 2016/3 Muharam 1438H

# Apapun tafsiran yang dibuat ke atas Ezam yang keluar umno,  ia tetap menunjukkan umno makin hilang pengaruh.
Jika Ezam tidak penting,  kenapa emosi dan meledak sangat puak tu bagi komen,  macam tersangkut tulang ikan.

Monday, October 3, 2016

KENAPA RAHMAN DAHLAN DAN SALLEH KERUAK MASIH DIPERLUKAN(?)

*1MDB: Jho Low dan beberapa individu lain akan didakwa di AS*

03 Oktober 2016 | MALAYSIA DATELINE

Ahli perniagaan Jho Low antara individu utama  akan didakwa oleh Pendakwaraya Amerika Syarikat kerana terbabit dalam pengubahan wang haram di negara itu dalam masa terdekat.

Jho Low  yang juga warga negara Amerika Syarikat  itu dipercayai adalah proksi  kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Kemungkinan nama lain yang terbabit dalam sebahagian tempoh kecurian berlaku termasuk Jasmine Loo (juga pemastautin di Amerika Syarikat); Riza Aziz (anak tiri Najib);Eric Tan (bertanggungjawab menguruskan pengubahan wang haram untuk Jho Low) dan Shahrol Halmi (Ketua Ekesekutif 1MDB).

Terdapat juga spekulasi Goldman Sach Asia Tenggara, Tim Leissner yang mendapat habuan USD600juta kerana meningkatkan pinjaman yang mencurigakan sebanyak USD6.5bilion juga dikatakan akan didakwa.

Sarawak Report (SR) pada Selasa lalu, dengan tajuk beritanya: 'Criminal Charges Imminent Over 1MDB- Jho Low Top Wanted' melaporkan akan mendedahkan lebih banyak tindakan sivil yang akan dikenakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk mengesan semula semua harta yang diperoleh melalui wang yang dicuri daripada rakyat Malaysia itu.

Khabar angin juga turut tersebar luas menyebut individu pertama yang akan dikenakan tindakan sivil oleh DOJ adalah Jho Low yang mewakili perdana menteri Malaysia sebagai 'penasihat' di 1MDB.

SR adalah portal media pertama mendedahkan peranan Jho Low menguruskan dana awal tahun lalu, walaupun Najib dan 1MDB menafikan Jho Low memainkan peranan menguruskan dana tersebut.

Malah dilaporkan juga Jho Low turut pernah menghadiri mesyuarat lembaga pengarah dan menyelia 'pelaburan' utama dan usahasama 1MDB itu - mengaut berbilion dollar AS dalam proses untuk membayar 'backhanders' melalui syarikatnya dan kemudian secara haram merampas melalui atas talian membabitkan syarikat perbankan di luar persisir seperti BSI,Coutts,UBS,Falcon, Standard Chartered dan bank-bank lain.

Walau bagaimana pun Najib selaku perdana menteri Malaysia, dilaporkan SR, mengunakan kedudukannya sebagai tokoh politik di negara ini memainkan peranan dalam membuat keputusan tersebut.

Terdapat juga sebab Najib telah mengunakan proksinya itu untuk semua tawaran habuan bertujuan  membersihkan namanya di AS, yang mana penanda aras bukti diperoleh amat tinggi.

Mereka termasuk anak tirinya Riza Aziz lebih USD100juta ke dalam akaun syarikat peribadinya Red Granite untuk membuat filem Wolf of Wall Street (dibintangi Leonardo De Caprio), juga Pengarah Eksekutif Kumpulan Strategi 1MDB Jasmine Loo dan Ketua Pegawai Ekesekutif Shahrol Halmi dan Pengarah Eksekutif Casey Tang.

Terdapat juga individu lain di AS yang tidak senang duduk kerana berperanan menguruskan sejumlah wang yang mencurigakan itu.

Antaranya dilaporkan SR adalah Debra Johnson yang telah dibuang dari jawatannya di NKFSB selepas skandal pengubahan wang haram ini didedahkan pada awal 2014.

Riza bersama Joey McFarland yang membantu Jho Low dalam pembelian karya seni utama mungkin juga akan di dakwa.

Terdapat juga pengurus dan syarikat yang lain turut terbabit dalam konspirasi membabitkan Aabar/Falcon Bank dalam skandal mega 1MDB ini.

Ini termasuklah pegawai kanan Aabar Mohammed Al Husseiney dan Khadem Al Qubaisi dan pengurus Petro Saudi, Tarek Obaid dan Patrick Mahony dan juga pembantu perundangan seperti Tim Buckland yang sebelum ini bekerja di Firma White & Case.

MUHYIDDIN BUAT SHABERY CHIK KEPANASAN..

Apa tindakan,  sikap dan keputusan PAS terhadap BERSATU biarlah pemimpin PAS yang layak mengulasnya.
Shabery jagalah Parlimen Kemaman molek-molek...

BERSATU bukan nak minta kawasan PAS yang menang, tapi kawasan yang kalah,  ertinya Shabery akan berdepan satu lawan satu dengan BERSATU di Parlimen Kemaman jika PAS bersetuju, patutlah kalut berbueh mulut jadi nya...




Sunday, October 2, 2016

APAKAH PERLU SEMUA KETUA BAHAGIAN UMNO JADI KETUA SAMSENG.

Bung Mokhtar kata BERSIH 5 pun samseng.

Dalam vedio,  kita tengok sendiri siapa yang berlagak samseng.

Jadi Ketua Bahagian, mungkin belum cukup popular, belum cukup glamour...kena tunjuk lagak samseng..

Di mana Baju Merah kat sini (?)
Cukup ke sekadar samseng kampongan, sekadar samseng dengan sama bangsa..





MANA BAJU MERAH???!!!

6ANGKA