*1MDB: Jho Low dan beberapa individu lain akan didakwa di AS*
03 Oktober 2016 | MALAYSIA DATELINE
Ahli perniagaan Jho Low antara individu utama akan didakwa oleh Pendakwaraya Amerika Syarikat kerana terbabit dalam pengubahan wang haram di negara itu dalam masa terdekat.
Jho Low yang juga warga negara Amerika Syarikat itu dipercayai adalah proksi kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Kemungkinan nama lain yang terbabit dalam sebahagian tempoh kecurian berlaku termasuk Jasmine Loo (juga pemastautin di Amerika Syarikat); Riza Aziz (anak tiri Najib);Eric Tan (bertanggungjawab menguruskan pengubahan wang haram untuk Jho Low) dan Shahrol Halmi (Ketua Ekesekutif 1MDB).
Terdapat juga spekulasi Goldman Sach Asia Tenggara, Tim Leissner yang mendapat habuan USD600juta kerana meningkatkan pinjaman yang mencurigakan sebanyak USD6.5bilion juga dikatakan akan didakwa.
Sarawak Report (SR) pada Selasa lalu, dengan tajuk beritanya: 'Criminal Charges Imminent Over 1MDB- Jho Low Top Wanted' melaporkan akan mendedahkan lebih banyak tindakan sivil yang akan dikenakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) untuk mengesan semula semua harta yang diperoleh melalui wang yang dicuri daripada rakyat Malaysia itu.
Khabar angin juga turut tersebar luas menyebut individu pertama yang akan dikenakan tindakan sivil oleh DOJ adalah Jho Low yang mewakili perdana menteri Malaysia sebagai 'penasihat' di 1MDB.
SR adalah portal media pertama mendedahkan peranan Jho Low menguruskan dana awal tahun lalu, walaupun Najib dan 1MDB menafikan Jho Low memainkan peranan menguruskan dana tersebut.
Malah dilaporkan juga Jho Low turut pernah menghadiri mesyuarat lembaga pengarah dan menyelia 'pelaburan' utama dan usahasama 1MDB itu - mengaut berbilion dollar AS dalam proses untuk membayar 'backhanders' melalui syarikatnya dan kemudian secara haram merampas melalui atas talian membabitkan syarikat perbankan di luar persisir seperti BSI,Coutts,UBS,Falcon, Standard Chartered dan bank-bank lain.
Walau bagaimana pun Najib selaku perdana menteri Malaysia, dilaporkan SR, mengunakan kedudukannya sebagai tokoh politik di negara ini memainkan peranan dalam membuat keputusan tersebut.
Terdapat juga sebab Najib telah mengunakan proksinya itu untuk semua tawaran habuan bertujuan membersihkan namanya di AS, yang mana penanda aras bukti diperoleh amat tinggi.
Mereka termasuk anak tirinya Riza Aziz lebih USD100juta ke dalam akaun syarikat peribadinya Red Granite untuk membuat filem Wolf of Wall Street (dibintangi Leonardo De Caprio), juga Pengarah Eksekutif Kumpulan Strategi 1MDB Jasmine Loo dan Ketua Pegawai Ekesekutif Shahrol Halmi dan Pengarah Eksekutif Casey Tang.
Terdapat juga individu lain di AS yang tidak senang duduk kerana berperanan menguruskan sejumlah wang yang mencurigakan itu.
Antaranya dilaporkan SR adalah Debra Johnson yang telah dibuang dari jawatannya di NKFSB selepas skandal pengubahan wang haram ini didedahkan pada awal 2014.
Riza bersama Joey McFarland yang membantu Jho Low dalam pembelian karya seni utama mungkin juga akan di dakwa.
Terdapat juga pengurus dan syarikat yang lain turut terbabit dalam konspirasi membabitkan Aabar/Falcon Bank dalam skandal mega 1MDB ini.
Ini termasuklah pegawai kanan Aabar Mohammed Al Husseiney dan Khadem Al Qubaisi dan pengurus Petro Saudi, Tarek Obaid dan Patrick Mahony dan juga pembantu perundangan seperti Tim Buckland yang sebelum ini bekerja di Firma White & Case.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
sehingga kini mengapa DOJ dan mahkamah di amerika masih senyap?
ReplyDeleteSenyap bendanya bro.....Tunggu jer ler......mcm kat sini gak ...mcm2 prosedur yg perlu diikuti.........Adoiiiiii jgn komen BANGANG mcm ni........
DeleteSabo...sabo bro. Apa2pun, tunggulah. Tak payah la berbangang-bangang bagai ni. Tak baik utk kesihatan. Kan ke yg dipertanggungjawabkan tu org lain, tak payah la kita beramuk kt sini. Komen je yg molek2 ayatnya. Belah mana nak sokong, masing2lah.
ReplyDeletePegi daa...konon belah mana nak sokong, masing2lah. Minggu lepas satupun posting saya kamu perap tak keluarkan..bukanpun ada ayat2 mencarut..kenapa..??
DeleteTolong usah hipokrit di sini walaupun kita semua tau kamu blogger upahan UMNO/BN.
Agi Iduo DSB, Agi Ngelaban DSN
ReplyDeleteAGI IDUP DSN, AGI NGELABAN DSN
ReplyDelete