Friday, October 7, 2016

MANA CAWANGAN BERSATU? SATU PUN TAK ADA...

Itulah yang sedang digahkan oleh mereka mereka yang selalu berkata BERSATU tiada sambutan tetapi dalam masa yang sama sendiri pun cuak dengan perkembangan...

Begitu juga dengan jumlah ahli yang didaftarkan? Mereka lebih teruja nak tahu, lebih teruja dari ahli BERSATU sendiri, apahal?
Siang malam agaknya mereka berdoa supaya jumlahnya ciput.

Apakah pengumuman tambahan 6 ribu ahli umno oleh kuman dan mungkin ribuan lagi yang rayu nak sertai semula umno bukan satu perkhabaran yang baik?
Sepatutnya mereka dah boleh berpesta ria bergelak ketawa.

Untuk makluman yang bertanya,  anda boleh bangga dengan angka cawangan dan bahagian yang ada tetapi ia ujud dengan baik dan banyak di era Mahathir. Ramai jadi ahli umno di eranya.
22 tahun ada 3 juta ahli.  Najib 6 tahun tambahan 6 ribu.. Tolong kira berapa tahun nak capai tambahan lagi 3 juta (?)

Kalau nak tepat tanya kunan berapa tambahan ahli umno di era Najib?  Jangan malu nak sebutkan.. Jangan jangan jumlah kena gantung keahlian lebih ramai dari kemasukan.. Yang terbaik umumkanlah.

Berbalik kepada jumlah cawangan dan bahagian BERSATU,  biarlah proses pendaftaran ahli diteruskan dulu..
Apa guna ada ribuan  ketua cawangan dan ratusan ketua bahagian,  tapi nak jawab GST dan 1MDB pun tergaru garu...
Mana pemidato JASA,  masuklah cawangan berucap,  kenapa lari dan merajuk bila ahli tanya?

Ada lagi ke ahli umno yang berani sembang di kedai kopi tentang kebaikan umno? Kalau dia balik tanpa kena ludah di muka sudah dikira selamat dan baik. Itulah hakikatnya di bawah sana.

Hanya berani sembang sesama sendiri.. Hanya beraksi ketika pakai baju merah kerana dipayung.

Heh..

Thursday, October 6, 2016

BERAPA BANYAK DERMA DAAAA..

Ratusan juta kini status terbaru rasuah di kalangan pegawai kerajaan.

Kemungkinan besar ada kaitan dengan pihak atasan termasuk orang politik yang berjawatan. Logiknya kerana mereka dikawalselia oleh orang atasan dan procedure kelulusan sesuatu perkara dan projek kena melalui pihak berkenaan.

Apakah istilah "tidak tahu" boleh dijadikan alasan melepaskan diri. Dan mungkin sebab itulah "tak tahu" digunakan untuk memerangkap yang dibawah yang "tahu".

Pegawai Kerajaan sendiri perlu membuktikan bahawa rasuah yang mega dasyat ini sebenarnya lebih banyak dj kalangan mereka sendiri sendiri tanpa pengetahuan boss dan pak pak menteri atau sebenarnya kongsi makan tetapi yang kena hanya "sendiri".

Belum pernah kita dengar Ketua Setiausaha Kementerian,  Ketua Jabatan malah Menteri yang membuat laporan dia cuba dirasuah si polan dan si polan.
Pernah dengar Timbalan Ketua Pengarah buat laporan dia dicuba rasuah oleh Ketua Pengarahnya sendiri (?)

Yang kita mungkin dengar Pegawai Kerajaan dipecat,  ditukar atau diugut kerana tidak ikut arahan,  agak agak arahan untuk apa,  kebaikan atau keburukan (?)

Kita pernah dengar anggota polis cuba dirasuah tetapi menolak dan si perasuah itu ditangkap, didakwa dan dihukum.. Syabas dan tahniah.

Dan yang makan dedak walau dari mana team sekalipun, termasuk blogger tersohor atau yang makan gaji tu juga kena ingat,  itu juga rasuah...
Anda tulis atas dasar upah...

Sebab tu bila kes rasuah,  anda tak berapa nak tulis,  tak ada terasa hati nak ulas sebab sumber itulah juga yang anda makan..  Malah anda pertahankan atas alasan makan duit derma atas derma..

Berapa banyak derma daaa...

UNTUK MERAWAT PEMIMPIN YANG SAKIT PERLUKAN DOKTOR, BUKAN LOYAR..



Surat loyar Marina kepada Jamal dikoyak dan dibuang ke dalam lubang jamban...

Nasib Nazri boleh sampai ke tahap itu..


Elok Nazri cukup tidor dan makan ubat ikut dos,  presskripsi..






RAKYAT YANG MENGADA NGADA SEDANGKAN MALAYSIA THE BEST IN THE WORLD..

REALITI

Ini fakta!
Hukuman menyeberangi sempadan

1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.

2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.

4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.

6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.

7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.

8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.

10) Jika anda  menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:

- Mykad sementara atau
- Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih            
   berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat  
   melayu.
- Kad kredit
- Bolej buka akaun di mana2 bank
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
- Jadii tauke kedai runcit.
- Jadi bos org tempatan
- Beli rumah
- Beli tanah free hold
- Kahwin orang tempatan
- Boleh dpt gelaran datok
   Dll.

Copy paste dari group wassap bangla,nepal myanmar.Indon..Kemboja..

SAOLAN TAMBAHAN (2)

Mana lebih bagus berkawan dengan DAP tanpa makan babi atau ambik rasuah berjuta juta, menjadi kroni raja segala penyelewengan.

ADUN JORAK SETIAUSAHA BERSATU

*Tahniah YB Datuk Dr Shahrudin atas perlantikan sebagai Setiusaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia*

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)

Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan pegawai-pegawai kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung, YBhg. Dato’ Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung dan YBhg Datuk Hj Kamarudin bin Md Nor sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan-pelantikan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan awam, Universiti Bradford, United Kingdom. Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran. Beliau merupakan mantan Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan (1998-1999), Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008) dan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009). Beliau juga merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor. Sebelum menceburi bidang politik, beliau adalah pensyarah di fakulti kejuruteraan awam UiTM Shah Alam dan pernah menjawat jawatan sebagai Rektor UiTM Johor di Segamat.

Dato’ Mohamed Salleh Bajuri merupakan lulusan Institute of Chartered Accountant, Ireland. Beliau adalah seorang akauntan bertauliah. Beliau bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dengan memegang beberapa jawatan dalam pertubuhan kebajikan. Antaranya Bendahari Persatuan Bekas Murid Sekolah Dato’ Abdul Razak (1980-2002), Pemegang Amanah Tabung Anak-Anak Melayu Pontian (1995-2011) dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan SDARA (1997-2002).

Datuk Kamarudin Md Nor adalah lulusan Ijazah Sarjanamuda Sastera Universiti Malaya. Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan kemasyarakatan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Beliau adalah mantan Exco Majlis Belia Malaysia (1971-1973), Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (1973-1985), wakil Himpunan Belia Islam Dunia (WAMY) bagi Asia Pasifik (1982-1992), Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Puteh (1986-1987), Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Puteh (1988-1993), Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Kelantan (1993-2008) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Kelantan (1997-1999; 2004-2008). Sejak tahun 1990 hingga kini, beliau adalah ahli yang mewakili Asia Tenggara dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Antarabangsa (IICO) yang berpangkalan di Kuwait.

Semua penjawat jawatan di atas memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan kanan dalam PPBM dan berdoa semoga para penjawat parti yang baru dilantik ini akan dapat menyumbang tenaga dan fikiran dalam memastikan kelicinan perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti.


TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

6 Oktober 2016


Wednesday, October 5, 2016

SAOLAN TAMBAHAN

Kerajaan Australia tidak akan campur tangan dalam sistem keadilan Malaysia, kata Menteri Luarnya, Julie Bishop ketika diwawancara sebuah stesen televisyen tempatan.


Polis menahan sembilan lelaki warga Australia kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

“Mereka merupakan pelancong yang masuk ke Malaysia untuk menonton perlumbaan F1.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli seluar dalam itu di Australia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan.

Beliau berkata mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Gambar sekumpulan lelaki memakai seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Pengguna Internet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan itu menghina negara.

- Bernama



SAOLAN TAMBAHAN
Sesuai untuk latihan matematik di sekolah menguji kecekapan minda pelajar.

SPRM terpaksa mengambil masa 15jam dengan 30 kakitangan untuk mengira wang tunai berjumlah RM52juta dalam kes penangkapan rasuah di sabah minggu ini.

Berapakah masa yang diperlukan oleh SPRM untuk mengira wang tunai jika jumlahnya RM2.6B (?)

“Biggest corruption bust ever” more a reflection that MACC has yet to become an independent and professional anti-corruption agency to combat the scourge of corruption which has become a runaway problem tarring the country as “global kleptocracy”



Dalam beberapa akaun bank, jumlah wang tunai yang dirampas pula diberitakan berjumlah lebih RM60 juta. Jumlah wang yang dapat dirampas sehingga ini ialah RM112 juta.

Turut dirampas ialah puluhan kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lain-lain lagi.

Diberitakan  juga ada enam peti simpanan bank yang turut disita, tetapi cuma satu yang sudah diketahui isinya, manakala lima lagi masih menunggu beberapa prosedur dengan pihak bank yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 

Bermakna, kalau dicampurkan  - wang tunai, kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lima peti simpanan yang belum dibuka, jumlah keseluruhannya mungkin mencecah melebihi RM300 juta.

Setakat mana ia dikaitkan dengan UMNO Sabah seperti yang sudah mula diviralkan (?)

(10markah)

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...