Thursday, October 13, 2016

SIAPA CAKAP AKU TAK TAKUT (?)

KEMASKINI:

Tahniah...
 Sultan Kelantan telah dilantik sebagai DYMM YANG DIPERTUAN AGUNG mulai l3 Disember 2016
Sultan Perak jadi Timbalan 




Politik itu hanyalah perkataan yg membawa maksud mengikut kefahaman masing~ masing. Boleh jadi, ianya bersifat negatif mahupun bersifat positif melihat perancangan, perilaku penggerak serta tindakan.

UMNO pd preliminari kemunculannya, cukup hebat, hatta dgn teras perjuangannya yg ingin merealisasikan erti kemerdekaan serta hak keistimewaan melayu. UMNO adalah rumah melayu.

Detik berganti minit, minit bergantikan jam, jam pula menggantikan hari. Setelah berabad lamanya, ' rumah ' itu semakin usang. Tiangnya Hampir roboh, atapnya bocor, dinding sudah dimakan anai2 dek kerakusan, tamak haloba serta sarakah menggila pemimpin UMNO.

Tidak perlu menceritakan lagi tentang rasuah, nepotism, kroni2 bangsat, skandal billion wang rakyat yg dikerah tanpa noktah melalui kelicikan dlm 1MDB, SRCC dan banyak lagi... sudah2lah kawanku

UMNO wajib ada penggantinya yg lebih berdaya saing, trensperensi, telus, lebih segar utk menongkah arus cabaran global dan kepantasan era digital tanpa batasan.

UMNO sudah begitu uzur dan kansernya sudah tidak dapat dirawat lagi.

Jangan sampai bila UMNO ditalkinkan, busuknya masih lagi terpalit pd orang melayu. Nauzubillah.

Berhijrahlah  dlm kontekstual yg lebih besar bukan sekadar  BR1M mahupun dedak yg sehari dua...Rakyat tidak terhutang budi kepada pemimpin tetapi pemimpinlah yang terhutang budi kepada rakyat kerana memilih mereka menjadi kerajaan dan hari ini mereka kaya raya melampau melepasi 7 keturunan.. 


Melayu bukan peminta sedekah, tapi UMNO lah yg jadikan melayu sebegini...

Kami mahukan joran atau jala, bukan umpan utk sesuap nasi...

Jangan sampai anak-anak kita bertanya;

*"DIMANA MAK DAN ABAH SEMASA SKANDAL PENYELEWENGAN TERBESAR YG MERAGUT MARUAH MALAYSIA DI MATA DUNIA? HANYA KERANA SEDIKIT DEDAK, ABAH DAN MAK SANGGUP MELACURKAN HUKUM AGAMA DEMI SESUAP NASI DAN BERI KEPADA KAMI? APA YANG MAK DAN ABAH INGIN UNGKAPKN, BILA BERTEMU MAHA PENCIPTA?..."*

Wednesday, October 12, 2016

KAH KAH KAH KAH...


SOKONG MAHATHIR DAPAT APA (?)

Boleh ke kita masuk syurga kalau sokong penipu,  pembohong dan perompak..
Lebih teruk lagi dia buat hutang untuk enjoy anak bini,  kita yang kena bayar.. 

Kalau ada sesiapa yang boleh memberi jaminan "menyokong" tidak akan menghalang masuk syurga,  dengan sendirinya aku akan tidak lagi membantah. 

Saja je aku nak kaitkan dengan ketuhanan kot kot dah ada yang lupa,  kot kot depa ingat Islam itu dah cukup sempurna kalau sekadar duduk atas sejadah dan lepas tu bebas nak buat apa sahaja.

Kena ingat status dedak atau menyokong dedak adalah makanan haiwan,  jangan downgradekan diri ke arah itu samada orang tahu atau tidak..

Semua orang mengaku tahu,  faham.. But seriously ambik kesah ke tidak,  guna nama samaran,  berayon ke tidak,  anon ke tidak.. Kilat guruh petir tak kenal semua benda tu. 



Monday, October 10, 2016

TAWAN PUTERAJAYA MELALUI JOHOR

Johor tiang seri umno akhirnya senget,   satu petanda yang sangat jelas bagaimana umno semakin lama semakin rapuh...
Lahir dan kubur di tempat yang sama.

Dengan Kedah,  Perak,  Terengganu, Sabah dan kini Johor diramal jatuh kepada pembangkang,  Puterajaya bukan lagi satu angan angan..
Kelantan,  Selangor dan Pulau Pinang kekal milik pembangkang.

Melaka,  Negeri 9, Pahang juga boleh digempur dan sesuatu yang bukan mustahil untuk ditawan.


Semua ini akan ditertawakan, mungkin bagi mereka Jamal Ikan Busuk sudah cukup untuk menguruskan semua perkara.

Nyawa umno kini hanya bergantung kepada dua faktor utama, persempadanan semula oleh SPR dan harapan PAS sekali lagi sedia jadi lembu cucuk hidung untuk merealisaikan tiga penjuru.

Sedangkan PAS berharap kerjasama dengan umno lebih kepada pembahagian kerusi yang lebih adil dan PAS lebih bersedia untuk 1 lawan 1 dengan PKR,  AMANAH atau BERSATU. Jika kerjasama PASumno bertujuan tiada pertembungan sesama mereka,  ia juga bagai pucuk dicita ulam mendatang.


UMNO WAJAR MELUCUTKAN JAMAL DARI KETUA BAHAGIAN



Perlakuan sarkas tidak wajar dibenarkan..

Ia tidak membantu imej parti dan Perdana Menteri. Mengekalkan Jamal bererti menyokong segala tindak tanduknya.
Nazri dan Kj patut usulkan di Majlis Tertinggi jika benar Jamal tidak mewakili umno dalam aksi baju merah.




Sunday, October 9, 2016

JAMAL KENA SEKOLAH



Sumber FB



Jamal Pak Tongkol Bebal itu patut tahu bahawa *perkara 10 Perlembagaan Persekutuan* memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan.

Setiap konvoi Bersih 5.0 telah mendapat kebenaran pihak polis dan soal samada mereka mematuhi atau melanggar undang-undang,  biarlah pihak polis yang kendalikan.
Jamal elok kembali ke Sekincan,  jual ikan bakar.

Ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik bukannya penindas rakyat ataupun penyekat kepada hak-hak dan kebebasan mereka.

Yang dia sebuk nak mengacau perhimpunan Bersih 5 dah kenapa?

6ANGKA