DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO' MENTERI BESAR
Adalah dengan ini saya Hazimy Bin Hassan yang menetap di Rawang, Selangor ingin mengemukakan hasrat
saya dan sebahagian besar rakyat Muslimin dan Muslimat negeri Selangor Darul Ehsan.
Hasrat kami sebagai rakyat Islam adalah supaya kerajaan negeri Selangor dapat mengubah cuti hari minggu hari Ahad kepada hari Jumaat.
Hal ini adalah kerana majoriti pekerja makan gaji sektor swasta dan kerajaan yang Muslimin termasuk saya mengalami keadaan kurang kondusif untuk bersolat Jumaat.
Pada masa sejak merdeka hingga kini, Jumaat adalah hari bekerja bagi rakyat kaum pekerja di Selangor.
Tak kira Muslimin sektor swasta dan kerajaan terpaksa bergegas untuk pergi solat Jumaat dalam keadaan kesuntukan masa, kesesakan jalan raya dan tekanan kerja. Kecuali hari cuti umum jatuh pada hari Jumaat.
Sedangkan jika dicutikan hari Jumaat, banyak solusi untuk kaum Muslimin dapat diraih. Kaum bapa boleh pergi bersama anak yang kanak-kanak lelaki menunaikan solat Jumaat.
Ada 2 sesi persekolahan anak umat Islam di negeri Selangor. Hari Jumaat juga hari persekolahan. Maka, majoriti murid lelaki Islam sekolah rendah tidak sempat menghadiri solat Jumaat kerana kekangan masa, kenderaan dan tiada peneman akibat bapa bekerja di tempat lain.
Anak-anak ini juga memang tak sempat bersolat Jumaat kerana setelah pulang dari sekolah kebangsaan di sebelah pagi, kena bergegas pula untuk pergi sekolah agama harian kerajaan Selangor pada sebelah petang. Mereka kena tunggu van sekolah supaya tak terlepas ke sekolah agama.
Manakala kaum pekerja mengalami masalah tekanan masa. Contohnya, saya sendiri yang merupakan guru sekolah 2 sesi yang bertugas sesi petang mengalami stres untuk sampai ke pejabat sekolah sebelum atau tepat pada jam 2:15 setiap hari Jumaat.
Dan saya telah 2 kali menerima SURAT TUNJUK SEBAB akibat beberapa kali terlewat yang ber SEBAB. Saya hanya ingin menunaikan solat Jumaat namun saya pula dikenakan tindakan oleh Guru Besar saya seorang veteran Muslimah yang Hajjah.
Jika hari Jumaat dicutikan, produktiviti sebenarnya meningkat. Sebab, hari Ahad tiada solat Jumaat maka pekerja bekerja sepenuh masa seperti jumlah jam bekerja pada hari Isnin hingga Khamis.
Pada hari Jumaat, tempoh bekerja kurang satu jam lebih atau dua jam. Ini situasi win-win bagi pekerja dan majikan / Ketua Jabatan.
Saya mengharapkan Dato' Seri dapat mengusulkan dan meluluskan perubahan yang begitu baik dan Islamik seperti mana Negeri Johor Darul Ta'zim melaksanakannya tanpa sebarang masalah.
Insya Allah jika Dato' berjaya membuat perubahan yang bermakna ini, ia akan menjadi pencen kubur dan saham akhirat Dato' Seri dan sekalian ADUN beragama Islam negeri Selangor.
Semoga Allah mempermudahkan segala kerja buat dan urus tadbir Dato' Seri. Hari Jumaat penghulu segala hari dan lihatlah betapa bahagianya Muslimin dan Muslimat di negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Semoga siapa yang membaca warkah ini dapat mem viral kan warkah rakyat marhaen ini. Mudah-mudahan cuti hari minggu hari Jumaat dapat jadi kenyataan di negeri Selangorku Sayang ini.
Allah jua yang membalas jasa baik kalian
semua.
Salam hormat dari diriku, hamba Allah yang jahil kerdil.
Hazimy Bin Hassan
03:22
5 SAFAR 1438 HIJRIYYAH
bersamaan
5 NOVEMBER 2016.Jom sama2 virel kn...dapat kn cuti pda hari jumaat untk umt islam.bukti mlysia ngara islam.npe nk ikut kristian cuti hari ahad.kristian nk gi church sbb tu di umum kn sunday cuti..fkir2 kn lah..😢😢