Friday, November 4, 2016
KENAPA PAS MASIH NAK MENARI SILAT PULUT DAN BUKAN PUKUL GENDANG PARANG..
Pemimpin PAS kini sudah jadi corak kain batik Kelantan atau kain sutera tenunan moden Terengganu, pelbagai corak dan warna.
Imej jubah serban sekadar pakai kerana yang lama masih ada, lebih ke arah sedondon dengan senyum dan hati berbunga bunga macam baru dapat bini muda remaja.
Taksub tok guru dan ulama, masih ada asal jangan sampai hilang di mata, pudar sama saatnya pemergian Nik Aziz.
Kalau dicalonkan Bapa Perubahan, Bapa Kebebasan, Bapa Penasihat, Bapa Permodenan tidak ada calon yang sesuai selain Hadi Awang.
Sebab itulah kalau terdengar pra syarat PAS mahu bergabung dengan Pembangkang dengan syarat Hadi sebagai PM sangatlah layak, molek berketepatan..
Mudah mudahan reputasi dan maruah menjunam Malaysia di mata dunia angkara pemimpin umno dapat segera dinaikkan semula oleh Naib Presiden Ulama Islam Sedunia.
Muhyiddin bukanlah calon yang paling tepat 100% sebagai PM jika Puterajaya ditawan kalau mahu dibandingkan dengan Hadi Awang.
Kalaupun Lim Kit Siang itu di melayukan, pun tidak tertanding dengan Hadi Awang yang bukan sahaja banyak pengalaman tetapi juga sepak terajang, Sepenggal MB Terengganu jangan dilihat lemah dan kurang, tapi lihat kepada PAS Terengganu yang masih tabah hingga sekarang.
Atas alasan itu, kekuatan itu pemimpin PAS jangan bersikap isteri cerai hidup atau suami mati bini dalam berpolitik.
Jangan parti, hidup segan mati tak mahu diajak jadi teman, jangan berkawan dengan parti kelepek takut bini sendiri terlepas pada kawan..
Carilah yang sama padan.. Masuk dijemput pergi ditahan.
Pandai pandailah layan anak abu yang merajuk pilih jalan, bertegur tegurlah dengan musuh yang kini bukan lagi abang besar...
PAS sewajarnya berjalan ke depan, tunjuk jalan, mengepalai setiap peperangan dalam situasi sekarang...
JANGAN SETIAP KALI ADA PELUANG, PAS KEKAL CERDIK TAPI TAK BOLEH DITUMPANG...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BOIKOT DAP
BOIKOT DAP BUKAN SAHAJA DARI SEGI POLITIK BOIKOT JUGA DARI SEGI EKONOMI 63% KUASA BELI MELAYU HARUS DIGUNAPAKAI SEPENUHNYA.. Daftar percum...
-
Yang sokong dan yang tidak sokong 1MDB, cuba setkan semula otak anda kepada neutral, kosong, "0" dan kita dengar dari mereka ...
-
Sentimen perkauman tidak patut samasekali diperalat untuk tujuan politik. Negara mempunyai undang² yang cukup untuk mencegah da...
-
Sudah 3 bertahun segala usaha dan jentera digunakan untuk memburukan dan fitnah Tun sekadar kerana Tun memberi nasihat, teguran tertutup, ...
Ha..macham ni la Kluangman..nampak bertenaga sikit. Tak kontot dah. Anyway ngko agak2 Hadi ni peduli ke tulisan ngko ini?
ReplyDeleteKalau hari hari guna beg tangan birkin, boring jugak, sesekali nak juga petaling street..
DeleteAda hamba Allah yang sentiasa menghidu juboq kluangman Perangai anjing, monyet dan lain2 binating!
ReplyDeleteAyah ni mula EMO. Bahasa lain macham je. Ada bakat Ayah Pin nih
ReplyDelete