Saturday, November 19, 2016

5 KOSONG




Ada yang mengukur kejayaan dengan angka yang keluar... Sebok jadi nujum.

Dari segi jumlah,  baju merah ke baju kuning yang lebih 1- 0

Ada keganasan? 2-0

BaJu merah dapat halang baju kuning?  3-0

Siapa yang lari ke luar negara?  4-0

Siapa yang tinggalkan sampah untuk DBKL?  5-0

BERSIH 5

Syabas Dan Tahniah PDRM,
Terima Kasih Tun Dr Mahathir (92thn bukan 29thn)
Salam Istiqamah Untuk Maria Chin,
Salam Takziah Buat Jamal
PERANCANGAN ALLAH LEBIH HEBAT.




SIAPA NAK UMNO TUMBANG DIJALANAN (?)


Saolan itu sahaja sudah salah..
Kata pendedak: Tidak Demokrasi,  Tidak Berpelembagaan...
Aku sokong.

Kelepek dan menyamun juga tidak demokrasi dan tidak ada dalam perlembagaan..
Siapa sokong?

Tiada siapapun mahu umno tewas di atas jalanraya..
Pembangkang pun tak kata..
Pembangkang pun tak mahu..

Kalau ada yang kata mahu tukar kerajaan di jalanraya,  itu dari fikiran yang bangkrap idea,  pemakanan yang tidak menyumbang oksigen di otak,  itu mereka yang takut dengan bayang2 sendiri,  takut melihat kebangkitan rakyat..

Demonstrasi jalanan hanya luahan rakyat..
Kerajaan yang prihatin dan bijaksana akan menjadi pendengar yang baik..

Hadapi,  tangani,  uruskan,  selesaikan...
Kalau logik undur,  letaklah jawatan dengan keinsafan rakyat dan negara lebih utama dari peribadi...


Kalau BERSIH dah jadi BERSIH 5 itu tandanya kerajaan tak buat kerja,  tak ada pemimpin cerdik dalam umno.

Umno akan ditewaskan di pilihanraya umum jika pilihanraya di adakan. Jika diadakan.   Jika diadakan..

Pembangkang tidak akan jadi pembangkang selamanya.  Pengganti untuk jadi pembangkang sudah ada, umno memang layak.

Di Selangor, PP dan Kelantan  umno telah menjadi pembangkang yang bagus - syabas dan tahniah, teruskan....
Johor,  Melaka,  Pahang,  Terengganu,  Kedah juga umno patut rebut jadi pembangkang...

Umno tidak wajar gentar kalah - Tak jadi kerajaan,  tak ada kuasa dan jawatan pun,  orang umno akan berjuang demi ugama,  bangsa dan negara.




Heh..

Friday, November 18, 2016

NAK TURUN...

Katanya.
Baju Kuning kena beli RM20, logiknya tambang,  petrol, spanduk,   hotel sendiri tanggung..

Baju Merah free, logiknya duit tambang, sapu tangan,  topeng,   makan,  tunai dapat lagi...

Mana satu nak sokong..




Saolan budak PASTI:
Apa status duit sogokan buat sedekah...


BERSIH VS JHOLOW


DUA STATEMENT YANG PENDEDAK BERKERUT MUKA SAMPAI 2018

1) Pembangkang tidak akan jadi pembangkang selamanya - Muhyiddin
# UMNO dan BN adalah bakal pembangkang terbaik... Cuba guna slogan selepas ini " Tanpa jawatan pun pemimpin umno akan berjuang demi bangsa, ugama dan  negara"

2. Azmin Ali antara contoh Pembangkang yang mentadbir negeri Selangor lebih baik dari negeri yang ditadbir BN malah lebih baik dari Puterajaya.

IMPLIKASI




Thursday, November 17, 2016

APA STATUS BERSIH 5 TERKINI...

OTAK Rafizi berfungsi dengan baik.  Satu nasihat yang sangat bijaksana...

Inilah pemimpin yang selalu memikirkan kebaikan semua pihak... walaupun kadangkala tersasul, terlajak laju..

Jangan jadi MENTERI sekadar rasa bimbang tetapi dalam masa yang sama sokong baju merah...





Apakah itu HALAL dan HARAM berkaitan BERSIH 5 pada 19.11.2016 ??? !!!

Yang HARAM adalah kesemua tafsiran SONGSANG oleh kesemua pemimpin kerajaan dan badut-badut mereka dalam perjawatanan awam seperti KETUA SETIAUSAHA NEGARA dan KETUA POLIS NEGARA !!!

Bila suruh ikut undang-undang kena baca peruntukan PERKARA 10 PERLEMBAGAAN dan AKTA PERHIMPUNAN AWAM 2012 !!!

Dan, jika masih pihak kerajaan tidak faham juga undang-undang maka bacalah PENGHAKIMAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang baru diberi pada jam lebihkurang 7.35 malam tadi, 17.11.2016, secara khusus berkaitan perhimpunan BERSIH 5 dan GERAKAN BAJU MERAH yang diisytiharkan SAH dan HALAL !!!.

Namun, diTEKANkan lagi oleh Hakim dalam PENGHAKIMAN itu, bahawa ianya adalah tanggungjawab POLIS untuk bagi dan selia jalan alternatif kepada GERAKAN BAJU MERAH supaya tidak menganggu perjalanan aman BERSIH 5 !!!

Kalau POLIS masih buat tidak endah, maka BERSIH 5 boleh nanti ambil tindakan PENGHINAAN MAHKAMAH terhadap KHALID ABU BAKAR sebagai KETUA POLIS NEGARA dan mana-mana pihak lain, termasuk TIMBALAN PERDANA MENTERI, jika ZAHID HAMIDI bertegas arahkan pihak berkuasa melanggar PERINTAH MAHKAMAH itu !!!!

Sekian. Maklumat ini adalah setakat pada jam 2.46 pagi, Jumaat 18.11.2016 !!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!!
Fb Haniff Khatri



# Apapula status baju merah terkini?
# BERSIH 5 wajar dibiar sendirian.. Sebarang keganasan sekadar merosakan reputasi mereka.

6ANGKA